Percutian 4 Hari Di Pusat Kusta Negara Part 2


Assalamualaikum... Terasa panjang pula entry sebelum ni, jadi mommy asingkan. Kebetulan 2 tempat berbeza kan... Sebolehnya nak cerita detail, tapi apakan daya... perkara dah hampir 4 bulan berlalu... ihihih makin sedikit ingatan ni. 


Lepas 4 hari di Hospital Sungai Buloh, nurse jengah bilik tanya mommy... "Puan N***lin, Dr ada bagi tahu tak, Puan kena pindah ward bawah?" Mommy pun jawap takde pun... kemudian, dia suruh siap-siap kemas barang, nanti akan ada orang datang bawa pergi ward bawah. 
Dalam otak ni kan, dok ingat ward kat bawah bangunan je. Sebab cara ibu lain cakap, nurse cakap, memang macam ada kat bawah jer.... Rasa macam dekat sangat. 
Mommy pun terus kemas semua barang. Kebetulan pagi tu, ada basuh baju, jenuh lah mommy dok mengeringkan kat sebelah katil je. Sebab kalau letak dalam toilet, nanti takut lupa. huhuhuh. Barang lain semua dah masuk bag, setting cun-cun sebab nanti senang nak bawa, bag makanan pun asing siap-siap bagi Hafidh carry nanti

Lepas makan tengahari, tak lama sikit macam tu ada jururawat pakai PPE datang jemput kami. Mommy pun laju-laju ikut dia. Macam biasa kami guna lift khas untuk pesakit covid. Bila sampai bawah, mommy ingat dah sampai, tapi nurse terus bawa ke ruangan menuggu bas. Kami duduk situ dalam 20 min. Awalnya ada kami je, kemudian penuh rruangan menunggu tu. Mommy ingtkan kami akan naik ambulan, tapi rupanya naik bas. 


Seronok si Hafidh tu dapat naik bas. Kebetulan kami datang awal, kami lah orang awal naik bas tu, duduk belakang sekali, ngam anak beranak je. Kemudian, sorang-sorang naik sampai bas penuh. Semua peringkat umur ada. Ibu dalam pantang pun ada dengan baby

Bila bas mula bergerak, mereka stop di pusat kusta pertama. Kat situ, mommy perhati nama yang dorang panggil turun hanya yang datang single. Ibu dan anak bergerak ke pusat lain. Macam biasa, nurse hantar sampai bilik. 
Kebetulan mommy punya bilik betul-betul depan nurse station. Nurse suruh mommy masuk, pilih katil sendiri. Bila mommy masuk je, terus stress oiittt... macam asrama. Saya budak tak pernah duduk asrama...huhu... 


Cari katil 2 dewasa dan 1 katil baby... kena cantum kan sendiri.. Serius masa tu mmg stress. Tak ada orang tolong. Pandai kau lah nak hidup, cari tempat baring. Kebetulan, yang masuk situ sekali dengan mommy ibu berpantang, bagi lah dia pilih tempat dulu. Muka dia pun macam tak puas hati. Anak kecil lagi, dengan kain batiknya nak tarik katil lagi. Leh bayang tak stress ibu itu. Mommy nak tolong, tapi sendiri pun tak ada katil lagi, kasi settle hal sendiri dulu, baru tolong. 

Puas pusing tak nampak katil korang, kebetulan, dalam dewan tu, ada bilik lagi, so mommy pun menjengah lah. Dengan muka tak tau malu, tanya mak-mak dalam tu, ada katil kosong tak untuk 2 orang? tak ada yag jawap, tapi mommy dah nampak katil kosong kat hujung bilik tu, ni ada orang punya tak? ada mak tu jawap, tak ada... boleh duduk sini. Mommy pun cepat2 pasang cadar, sarung bantal dan kemas apa patut. Tak ada nak lengah lagi dah. 


Bila dah siap kemas, duduk kejap perhati sekeliling... allahu... ujian sungguh. Kena hantar tempat macam ni. Dalam tu, semua mak-mak yang ada anak. Ada baby, ada yang setahun, 2 dan ada yang besar macam hafidh. Semua buat sendiri, ada yang berborak dengan jiran, ada yang tidur, menyusu anak.... 
Settle hari pertama.... 
Mandi pula, bilik mandi luar dari dewan. Memang nak pakai baju semua dalam tandas lah. Tak nampak lagi yang berkemban keluar dari situ. Jangan buat hal, tempat terbuka tu... hahahaha Tempat sidai baju, basuh baju semua ada kat luar tu. Memang macam asrama lah. 
Mommy sejenis ikut waktu, mandi dan bangun tidur. Awal pagi, dah suruh Hafidh mandi dulu. Sebab dalam pukul 8 nanti ada cek suhu, bp dan oksigen. Memang rutin kat situ, pastu Doktor akan buat rondaan, dan tanya kalau ada masalah. 

Makan memang sedap. Deria rasa dah kembali, nikmat makan pun kembali. Asal time makan, memang mommy akan amik makanan, untuk anak-anak sekali. Bubur pun mereka sediakan untuk anak-anak yang baru belajar makan tu. Memang bagus dan tiptop lah. Belum nampak lagi ada ibu atau anak yang kebulur kat situ. Makanan sentiasa ada. Ada je orang sedekah. Amik je. Tapi, berpada-pada lah. Jangan amik semua, ingat orang lain kan. 


Orang makanan dari luar pun boleh. Ni yang syok. Tapi mommy tak beli lauk atau nasi. Mommy beli pampers Harraz, pastu beli lah jajan dan coklat untuk malam-malam kan. Sejenis nak membeli gak. Dah laki kata beli je.. Bini pun beli je lah. Dah beli, baru tau.... Pampers pun ada orang sedekah kat situ. cetttt.... Tau, tak beli. Sebab pampers harrazz ada je lagi, tp dah sikit.. risau... Tu beli wat standby. Sekali, memang sampai balik, tak guna pun. Tak pe lah kan... 


Petang pula, memangg anak-anak bebas main keliling dewan tu. Sepanjang kawasan tu, dorang boleh je berlari. Mana yang besar-besar seronok lah main. Yang kecik-kecik kena dalam pemantauan ibu lah. Sebab ada longkang, tangga takkan nak biarkan pula. Kerja mommy petang-petang memang bawa dorang berjalan. Membontoti je lah. Abang dahhh ada geng mmg tak layan adik. 


Memang penat ye... Masa ni lah Harraz taknak main dengan abang dia. Asyik nak mommy je. Mommy memang tak sempat lah nak tengok live shopee atau drama korea. Mujur 4 hari je. Mujur sangat. Sebab ada je dah ebih 2 minggu kat situ, sebab bersambung kuarantin dengan anak. Memula mak positif, pas tu anak. Begitu lah kesahnya. 


4 hari kat situ macam-macam ragam mak kita leh tengok. Ada yang tak hirau anak.. Anak  main kat luar sendiri, mak main hp kt katil. Ada yang anak lasak, mak plak depress... sampai bawa anak duduk dalam bilik air hampir sejam. Datang doktor kena pujuk bagi keluar, takut di apa2 kan anak-anak tu. Kesian anak-anak dia. Kebetulan, mak tu duduk katil depan mommy. Kang sikit-sikit Dr. tnya mommy dia ok tak? anak dia ok tak? tak pasal kena menyibuk hal orang... uhuhuh demi kebaikkan... tak per lah kan. 


Oh ye, kat situ kan guna telefon biasa untuk panggil pesakit. Dan kebetulan katil mommy dekat dengan telefon tu. Errmmm maka jadi receptionist lah aku. Kejap-kejap kang panggilkan siti nordiana. Panggilkan ani, minta datang ke nure kaunter ye. Kalau kenal tak pe weiii ni tak kenal. Jenuh aku menjerit... Siti Hawa... siapa siti Hawa? Nurse panggil. Gitu lah mommy kat sana.Dari nak buat hal sendiri, terpaksa jadi kepohci cmtu. Redho lah. 
Ada juga yang sedih, suami meninggal kerana covid. Isteri dan anak tak dapat jumpa, sedih akak tu. Tiap malam mengaji, bila buat video call dengan pihak hospital nampak sayu je.. 
Itulah cerita kami, ada macam-mam perasaan. Mommy cuma boleh positifkan diri, anggap ujian buat kami. Kenangan buat kami. Bila dapat balik, Allahu.... seronoknya dapat jumpa suami dan anak-anak... Nikmat Allah pinjamkan lagi untuk berkeluarga. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mommylin.com/2022/01/percutian-4-hari-di-pusat-kusta-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
287 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Hari Ini Positif Covid 19

287 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Hari Ini Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 237 hits
AGENDA DAILY Sebanyak 323 kes import positif Covid 19 dikesan dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi 9 Januari 2022 Seramai 287 lagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan dijangkiti Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehin...
Semakan Pusat Ujian Pksk Tingkatan 1 Dan 4 Mulai 7 Januari 2022

Semakan Pusat Ujian Pksk Tingkatan 1 Dan 4 Mulai 7 Januari 2022

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 408 hits
Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 Dan 4 Mulai 7 Januari 2022 Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM bagi Tingkatan 1 boleh dibuat mulai 7 Januari 2022 melalui pautan Pagi tadi KakYa dah buat semakan untuk Akif Alhamdulill...
Labu Bagus Untuk Mata Anak Vitamin A Dalamnya Bantu Tajamkan Penglihatan

Labu Bagus Untuk Mata Anak Vitamin A Dalamnya Bantu Tajamkan Penglihatan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 545 hits
Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak Sesuai sangat kalau kita dapat kenalkan labu sebagai salah satu makanan pertama anak anak Bila anak baru nak mula makan wajib tau kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu Buat puree labu Kukus lab...
Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

Jemaah Umrah Boleh Pilih Pusat Kuarantin Kerajaan Atau Swasta

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 219 hits
Oleh JEMAAH umrah sedang dipakaikan alat penjejak digital selepas sampai dari Arab Saudi JEMAAH yang baru pulang dari menunaikan ibadat umrah dan diwajibkan menjalani kuarantin boleh memilih untuk ditempatkan di pusat kuarantin swasta atau ...
Kah Kah Apakebenda Menambah Buruk Negara

Kah Kah Apakebenda Menambah Buruk Negara

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 227 hits
Saifuddin Abdullah Menteri Luar PN dan Keluarga Malaysia menambah kepada keburukan imej negara dikalangan negara negara tetangga apabila tidak matang menguruskan dasar luar negara Kan PM Kampuchea ke Myammar diatas inisiatif ASEAN Punya mar...
Semarakkan Sambutan Tahun Baharu Cina Di Pusat Beli Belah Ipc Dan Raih Pelbagai Kebaikan

Semarakkan Sambutan Tahun Baharu Cina Di Pusat Beli Belah Ipc Dan Raih Pelbagai Kebaikan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 242 hits
Pusat Beli belah IPC meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan pengalaman beli belah yang berani dan garang untuk memberikan ganjaran lima hadiah istimewa kepada para pengunjung bersempena dengan tahun Harimau Mulai hari ini hingga 13 Febr...
Selepas Dipecat Jawatan Ajk Pas Pusat Khairuddin Mula Bersuara

Selepas Dipecat Jawatan Ajk Pas Pusat Khairuddin Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 205 hits
January 15 2022 Ahli Parlimen Kuala Nerus Mohd Khairuddin Razali yang dipecat jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengingatkan hukum syarak wajib untuk mengusahakan perpaduan antara partinya dan Umno Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14...
Tubuh Yayasan Bantu Pelajar Pusat Tahfiz Tidak Berdaftar

Tubuh Yayasan Bantu Pelajar Pusat Tahfiz Tidak Berdaftar

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 133 hits
Oleh NOR HAZWANI NOH Foto AMIRA WAZNY SAHIMI SELAYANG Jabatan Perdana Menteri dalam proses menubuhkan satu yayasan pelajaran di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi membantu anak anak di pusat tahfiz yang tidak berdaftar Menterinya Se...
Dji Experience Store Premium Dan Pusat Servis Pertama Dji Kini Di Buka Di 1 Utama

Dji Experience Store Premium Dan Pusat Servis Pertama Dji Kini Di Buka Di 1 Utama

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 345 hits
DJI EXPERIENCE STORE PREMIUM DAN PUSAT SERVIS PERTAMA DJI KINI DI BUKA DI 1 UTAMA Assalammualaikum semua Dah lama Ruby tidak berkongsi tentang peranti DJI Produk DJI sememangnya membuka mata kita semua Setiap inovasi teknologi dan variasi p...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord