Doktor Kongsi Cara Periksa Covid 19 Sendiri Di Rumah Guna Point Kalau 2 3 Point Segera Ke Hospital


Rasa nak ke hospital lah, nak check Covid-19. Anda risau anda dapat #COVID19 ? Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan? 
Anda bagus sebab anda concern pasal kesihatan anda dan orang sekeliling anda.
sumber gambar: Sinar Harian Tapi tunggu dulu! Kami sayang anda.
Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAK ADA COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.
1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)
– kalau ya, 1 point
– kalau ada salah satu saja, tak dikira ya
2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?
– China, South Korea, Japan, Italy, Iran, etc
– join tabligh Sri Petaling, Church di Sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID
– kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA
– kalau ya, 1 point
3. Anda ada ‘close contact’ dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?
– close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
– contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(tambahan anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
– Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
– Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing-masing. Tak sepatutnya dia berjalan-jalan di tempat awam.
– Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA
– jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point
KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:
0 point
– anda berisiko rendah dijangkiti covid
– duduk diam-diam dekat rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jangan ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.
1 point
– anda berisiko rendah dijangkiti covid
– duduk diam-diam di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 dan 3 point
– anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
– anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
– pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
– pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil tak nak check, kesian dekat ahli keluarga anda.
Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)
Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.
Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID-19 di HOSPITAL.
Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit-himpit bersesak-sesak menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID-19 secara tak sengaja.
Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.
KKM buat begitu untuk:
1. mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2. mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam-diam di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID-19 ini.
Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.
Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.
KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA.
ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.
COVID19 WILL PASS
WE CAN DO THIS
#COVID19
#MALAYSIA
#stayathome
#KKM
#breakthechain
#flattenthecurve
Semoga nasihat ini sedikit sebanyak membantu melegakan kegusaran hati nurani anda.
Sumber:
Dr. Wan Ahmad Zhafran Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang The post Doktor Kongsi Cara Periksa Covid-19 Sendiri Di Rumah Guna Point, Kalau 2-3 Point Segera Ke Hospital appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/doktor-kongsi-cara-periksa-covid-19-sendiri-di-rumah-guna-point-kalau-2-3-point-segera-ke-hospital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Kongsi Cara Pengambilan Sample Ujian Covid 19 Azab Kepala Rasa Nak Meletup

Doktor Kongsi Cara Pengambilan Sample Ujian Covid 19 Azab Kepala Rasa Nak Meletup

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 701 hits
Ramai ambil enteng soal Perintah Kawalan Pergerakan bila diumumkan dengan alasan mereka masih sihat Tiada kontak dengan pesakit positif dan berbagai alasan lain Ya memang kita sihat ketika itu tetapi kalau tidak stay di rumah masih merayau ...
Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 522 hits
Kes jangkitan COVID 19 semakin meningkat dan sehingga semalam sudah mencatat angka kematian sebanyak 20 kes Rakyat Malaysia kini sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti Sekiranya te...
Cara Cegah Covid 19 Di Rumah

Cara Cegah Covid 19 Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 228 hits
CARA CEGAH COVID 19 DI RUMAH Mungkin diluar kotak fikiran kita bahawa mungkin boleh sampai dan berada di rumah kita Jadi anda patut mula risau dan mencari cara cegah Covid 19 di rumah bagi mengelakkan ia merebak masuk ke dalam rumah anda Ki...
Cara Membuat Disinfektan Sendiri Di Rumah Efektif Cegah Virus Corona

Cara Membuat Disinfektan Sendiri Di Rumah Efektif Cegah Virus Corona

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 227 hits
Di tengah pandemi virus Corona yang penyebarannya semakin luas dan pesat banyak orang mulai melakukan berbagai macam langkah antisipatif Hal ini dilakukan tidak hanya agar mereka tidak tertular namun juga agar tidak menulari orang lain
Jakim Kongsi Cara Pengurusan Jenazah Covid 19 Tanpa Air Guna Kaedah Tayamum

Jakim Kongsi Cara Pengurusan Jenazah Covid 19 Tanpa Air Guna Kaedah Tayamum

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 230 hits
Kes COVID 19 di Malaysia semakin digeruni kerana sudah melibatkan kematian Kes ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Urusan pengebumian mangsa juga telah selamat dijalankan Memandangkan virus COVID 19 boleh berjangkit melal...
Risau Kesihatan Anak Waktu Covid 19 Doktor Ini Beri Cara Untuk Kuatkan Imuniti Mereka

Risau Kesihatan Anak Waktu Covid 19 Doktor Ini Beri Cara Untuk Kuatkan Imuniti Mereka

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 290 hits
Sebagai seorang ibu atau ayah sudah tentu kesihatan anak yang paling kita risaukan Memandangkan anak anak masih kecil sistem imunisasi mereka juga mungkin tidak sekuat orang dewasa Oleh itu kita perlu lebih peka dengan tahap kesihatan merek...
Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna Magic Sponge

Cara Mudah Bersihkan Contengan Rumah Guna Magic Sponge

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 677 hits
hi there Cara mudah bersihkan contengan rumah guna MAGIC SPONGE menjadi seorang surirumah memerlukan kita untuk mengetahui life hacks yang menyenangkan kerja kerja surirumah Hari hari duduk rumah boleh stress mak mak surirumah selalu berdep...
Doktor Kongsi Suasana Getir Barisan Hadapan Berdepan Keganasan Covid 19

Doktor Kongsi Suasana Getir Barisan Hadapan Berdepan Keganasan Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 438 hits
Gais siapa boleh masuk kerja malam ni Teamate kita dah 19 orang kena kuarantin Tak boleh kerja Kita short staff Tolong gais Baru sempat nak habis baca mesej Takpe aku masuk Terima lagi mesej lain Aku boleh sambung double shift Mesej lain pu...
Cara Mudah Hasilkan Sendiri Hand Sanitizer Di Rumah

Cara Mudah Hasilkan Sendiri Hand Sanitizer Di Rumah

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 875 hits
Cara mudah hasilkan sendiri Hand Sanitizer di rumah Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya wabak Covid 19 semakin menunjukkan peningkatan di Malaysia Setakat artikel ini di tulis seramai 428 orang telah dijangkiti coronavirus menjadi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip