Covid 19 Song Joongki Diarah Pulang Segera Penggambaran Filem Bogot Di Colombia Dihentikan
Virus COVID-19 kelihatan tidak akan surut untuk beberapa waktu ini. Bukan sahaja individu biasa yang terpaksa melupakan sahaja niat untuk pergi ke tempat kerja bahkan kesemua pelakon kini turut dinasihatkan supaya menghentikan sebarang penggambaran kerana berisiko tinggi untuk terdedah dengan bahaya COVID-19. Bayangkan melakukan penggambaran di tempat awam selain berkumpul dalam jumlah yang ramai, pasti mudah untuk diserang oleh virus berbahaya ini.
Dikhabarkan bahawa Song Joongki dan seluruh pihak produksi untuk filem “Bogotá” telah diminta untuk menghentikan penggambaran di Colombia, Amerika Selatan dan pulang sahaja ke Korea bagi memastikan keselamatan kesemua pelakon dan kru yang terlibat. Keputusan ini dibuat bukan sahaja kerana polisi negara itu bahkan atas galakan kerajaan Korea disebabkan oleh pandemik ini yang menular di seluruh dunia.
Kesemua staf yang berada di Colombia, Amerika Selatan akan pulang ke rumah selepas mempertimbangkan situasi di benua tersebut. Kami sedang mencari jalan penyelesaian bagi memastikan mereka semua pulang rumah dengan selamat dengan mencari penerbangan secepat mungkin.
“Bogotá” merupakan antara filem Korea yang dinantikan ramai pada tahun 2020 ini. Ia membawa kisah seorang rakyat Korea yang berhijrah ke Colombia dan memulakan hidup baru di sebuah tanah yang asing. Bukan sahaja mendapat perhatian kerana diterajui oleh Song Joongki bahkan filem ini adalah unik kerana percubaan pertama kali produksi untuk merakamkannya di satu lokasi sahaja.
Selepas persediaan yang rapi, filem tersebut telah memulakan penggambaran pada Januari lepas dengan bantuan pegawai tempatan. Namun dengan penularan wabak COVID-19, pihak produksi sedang menimbal balik sama ada mereka akan meneruskan proses penggambaran atau pun tidak.
Atas sebab virus ini yang terus merebak di serata Amerika Selatan dan dunia, pihak produksi mengambil keputusan untuk pulang ke Korea bagi mengkaji semula situasi sekarang dan berbincang jadual penggambaran “Bogotá” pada masa hadapan. Kesemua staf dan pelakon dikatakan akan pulang ke Korea pada hujung minggu ini sejurus selepas jadual penerbangan mereka selesai diaturkan.
Sumber: Sports Donga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/covid-19-song-joongki-diarah-pulang-segera-penggambaran-filem-bogota-di-colombia-dihentikan/