Laksana Segera Pakej Ransangan Ekonomi Kedua Dr Xavier




Laksana segera pakej ransangan ekonomi kedua – Dr XavierOleh: Redzuan RF8 MediaMarch 20, 2020ShareKerajaan Perikatan Nasional digesa memulakan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi menangani wabak Covid-19, selain menggantung kegiatan urus niaga dagangan di Bursa Malaysia.Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar berkata, pakej ransangan RM20 bilion yang diumumkan oleh kerajaan Pakatan Harapan terdahulu tidak mampu untuk menghadapi kesan ekonomi akibat kawalan pergerakan yang dilaksanakan sekarang.“Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, nampaknya kerajaan hari ini, walaupun bermesyuarat harian, tetap perlahan dalam melaksanakan langkah-langkah penting yang diperlukan untuk membendung kejatuhan ekonomi.“Mereka telah memutuskan untuk mengambil sikap tunggu dan lihat sementara pasaran saham kita akan mengalami kejatuhan mendadak.“Pada masa ini, sangat jelas keadaan sekarang bukan disebabkan oleh asas-asas yang lemah tetapi kemerosotan sistematik dalam tinjauan ekonomi global,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.Dalam keadaan sedemikian, Xavier berkata beliau bimbang pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Feb oleh perdana menteri interim ketika itu, Dr Mahathir Mohamad tidak akan mencukupi untuk meredakan kesan daripada wabak Covid-19.Oleh itu, beliau telah membuat beberapa cadangan kepada kerajaan baru yang disifatkan lebih berkesan.Xavier juga mencadangkan kerajaan menggunakan perbendaharaan negara untuk membantu memantapkan pasaran, mempertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman kadar faedah yang rendah seperti bon samurai atau panda, memanfaatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Khazanah Nasional bagi menyuntik dana ke dalam pasaran saham.Beliau juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan sistem sokongan untuk majikan dan pekerja, terutama bagi kumpulan B40 dan peniaga kecil serta sederhana.Selain itu, tambah Xavier, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan dana gabungan untuk membantu membiayai keperluan ekonomi, melibatkan korporat dan peruncitan.Xavier berkata asas-asas ekonomi Malaysia masih kukuh meskipun menghadapi cabaran global sekarang.“Saya yakin bahawa syarikat-syarikat yang mempunyai modal besar akan dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam masa-masa yang kritikal dan mencabar ini.“Lakukan sekarang sebelum terlambat,” katanya.Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac, dalam cubaan untuk membendung wabak Covid-19.Malaysia kini mencatat 900 kes Covid-19 dengan dua kematian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/laksana-segera-pakej-ransangan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Ransangan Besar Hadapi Kemelesetan Diperlukan Exco

Pakej Ransangan Besar Hadapi Kemelesetan Diperlukan Exco

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 196 hits
Apabila COVID19 mula menular saya mula teringatkan pada tahun 1997 apabila Malaysia terlibat di dalam krisis ekonomi pada ketika itu Memetik pandangan Tun Dr Mahathir COVID19 akan menyebabkan kita kembali ke zaman 1997 malah lebih parah dar...
Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatinrakyat Oleh Pm Ts Muhyiddin Yassin

Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatinrakyat Oleh Pm Ts Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 276 hits
TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSINPERDANA MENTERI MALAYSIAPAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Saudara dan saudari raky...
Segera Bentuk Kabinet Selesai Isu Ekonomi Covid 19

Segera Bentuk Kabinet Selesai Isu Ekonomi Covid 19

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 291 hits
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi Berita Harian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu segera membentuk Kabinetnya bagi mendepani situasi tidak menentu ekonomi negara serta penularan COVID 19 yang semakin merebak Ketua Kluster Governans Per...
Dibanding Stimulus Ekonomi Pemerintah Disarankan Segera Terapkan Lockdown

Dibanding Stimulus Ekonomi Pemerintah Disarankan Segera Terapkan Lockdown

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 167 hits
Dengan adanya stimulus yang dikeluarkan pemerintah tak akan memberikan dampak signifikan Pemerintah disarankan segera melakukan lockdown meskipun aktivitas perekonomian akan berhenti
Covid 19 Kebajikan B40 Perlu Diberi Keutamaan Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Baharu

Covid 19 Kebajikan B40 Perlu Diberi Keutamaan Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Baharu

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 173 hits
Pada 26 Mac 2020Oleh Lim Kit SiangPengumuman pakej rangsangan ekonomi komprehensif yang lebih prihatin rakyat pada Jumaat ini tanpa menunggu sehingga hari Isnin depan dialu alukanSaya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

Segerakan Pakej Rangsangan Ekonomi Umum Bantuan Sebaik Dipastikan Dan Diluluskan Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 280 hits
Datuk Seri Najib Razak memahami ramai yang akan dukacita dan bertambah risau apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan dua minggu lagi ke 14 April Dalam satu hantaran di Facebook Najib menyeru rakyat mempercayai bahawa kr...
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantuan Rm600 Pemandu Teksi

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantuan Rm600 Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 765 hits
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Bantuan RM600 Pemandu Teksi Kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif untuk membantu penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat keadaan ekonomi dan sosial dunia Lebih Info akan kongsikan maklumat
Kawalan Pergerakan Ransangan Ekonomi Tidak Memadai Tutup Kerugian

Kawalan Pergerakan Ransangan Ekonomi Tidak Memadai Tutup Kerugian

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 215 hits
Langkah kawalan pergerakan yang diumumkan malam tadi akan memberi kesan besar kepada sektor perniagaan terutama pelancongan yang akan diarah tutup sepanjang dua minggu sehingga 1 April depan Oleh itu golongan usahawan kini berharap kerajaan...
Takkanlah Hanya Pakej Rm130 Juta Untuk 14 Negeri Bagi Tangani Kesan Ekonomi Adly

Takkanlah Hanya Pakej Rm130 Juta Untuk 14 Negeri Bagi Tangani Kesan Ekonomi Adly

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 235 hits
Adly Zahari bekas Ketua Menteri Melaka melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman RM 130 juta kepada 14 negeri bagi menangani kesan ekonomi kerana Covid 19 Menurut beliau ketika zaman PH mentadbir dahulu bagi negeri Melaka sahaja kerajaan P...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali