Covid 19 Operasi Sanitasi Awam Di Enam Zon Merah Mulai Hari Ini Zuraida


KUALA LUMPUR, 30 Mac – Pelaksanaan kerja sanitasi awam hari ini dijalankan di enam daerah zon merah iaitu Lembah Pantai, Petaling, Hulu Langat, Seremban, Johor Bahru dan Kluang dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata operasi itu melibatkan antaranya sanitasi perabot jalan, kemudahan awam, pasar awam, laluan siar kaki, hab pengangkutan serta di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berada di dalam daerah zon merah.
“KPKT memohon supaya komuniti setempat di kawasan yang terlibat untuk memberi kerjasama agar pelaksanaan kerja-kerja sanitasi awam ini dapat dijalankan dengan baik.
“KPKT akan mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi di tempat awam manakala bagi premis-premis persendirian, kerja-kerja sanitasi perlu dilaksanakan oleh pemilik dengan tanggungan sendiri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam operasi sanitasi awam yang pertama kali diadakan hari ini, Zuraida turut turun padang menyaksikan kerja pembersihan itu yang dijalankan di Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang dan Pasar Awam Jalan Othman, Petaling Jaya.
KPKT melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaku ketua operasi dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi awam itu.
Zuraida berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri dan daerah terlibat bersama dengan SWCorp melalui syarikat-syarikat konsesinya yang akan melaksanakan kerja sanitasi awam ini termasuk di negeri yang tidak menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Katanya, pelaksanaan kerja-kerja sanitasi awam ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama melibatkan kawasan kes tinggi (zon merah) dan kerja sanitasi akan dijalankan secara serentak dan fasa kedua melibatkan kawasan kes sederhana (zon jingga) dan kerja sanitasi akan dijalankan secara berperingkat.
 
Sumber: Bernama
The post Covid-19: Operasi Sanitasi Awam Di Enam Zon Merah Mulai Hari Ini – Zuraida appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/30/covid-19-operasi-sanitasi-awam-di-enam-zon-merah-mulai-hari-ini-zuraida/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Pelawat Tidak Dibenarkan Ke Zon Operasi Tdm Terengganu

Covid 19 Pelawat Tidak Dibenarkan Ke Zon Operasi Tdm Terengganu

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 289 hits
Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam tinjauannya ke Akademi TDM Sungai Tong Setiu baru baru ini KUALA TERENGGANU 1 April Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memuji usaha Kumpulan TDM Berhad t...
Covid 19 71 Lokasi Pasar Awam Di Pulau Pinang Dikenal Pasti Untuk Operasi Disinfeksi Bomba

Covid 19 71 Lokasi Pasar Awam Di Pulau Pinang Dikenal Pasti Untuk Operasi Disinfeksi Bomba

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 339 hits
GEORGE TOWN 2 April Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang telah mengenal pasti 71 lagi lokasi terutama pasar awam di negeri ini bagi operasi disinfeksi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak COVID 19 daripada ...
Covid 19 Empat Zon Merah Di Selangor Catat Kenaikan 24 Kes

Covid 19 Empat Zon Merah Di Selangor Catat Kenaikan 24 Kes

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 508 hits
SHAH ALAM 1 APRIL Empat daerah yang dikategorikan sebagai zon merah di Selangor mencatatkan kenaikan kes baharu sebanyak 24 setakat semalam Mengikut angka di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini empat zon merah berkenaan mencatat...
Ini Senarai 13 Zon Merah Covid 19 Di Malaysia Kkm

Ini Senarai 13 Zon Merah Covid 19 Di Malaysia Kkm

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 330 hits
Astro Awani Mac 29 2020 12 55 MYT Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan...
Covid 19 Enam Kawasan Zon Merah

Covid 19 Enam Kawasan Zon Merah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 305 hits
ENAM kawasan telah dilabelkan sebagai zon merah wabak COVID 19 kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Kawasan kawasan itu ialah Petaling Jaya Selangor Lembah Pantai Hulu Langat Johor Bahru Johor Seremban Negeri Sembilan...
Petaling Jaya Lembah Pantai Antara Enam Kawasan Dilabel Sebagai Zon Merah

Petaling Jaya Lembah Pantai Antara Enam Kawasan Dilabel Sebagai Zon Merah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia mengkategorikan mana mana kawasan atau daerah yang mempunyai lebih 40 kes COVID 19 sebagai zon merah Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ia bagi memastikan pihaknya menump...
Covid 19 Terkini 16 Kawasan Zon Merah Covid 19

Covid 19 Terkini 16 Kawasan Zon Merah Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 426 hits
Batu Pahat menjadi zon merah Pertambahan kes tertinggi 1 Kuching 312 Lembah Pantai 11Kawasan Zon Merah 41 kes dan ke atasKemaskini berdasarkan KKMPutrajaya setakat 12pm 1 April 2020
Covid 19 Kawasan Zon Merah Wajar Kena Perintah Berkurung Pkpd

Covid 19 Kawasan Zon Merah Wajar Kena Perintah Berkurung Pkpd

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 333 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan wajar diperluaskan segera jika masih ramai ingkar terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan terutama lokasi diisytiharkan Zon Merah Pakar Kriminologi dan Psikologi Program Sains Forens...
Sebaran Senarai Kawasan Di Seluruh Negara Yang Kononnya Dikategorikan Sebagai Zon Merah Dan Kuning Adalah Palsu

Sebaran Senarai Kawasan Di Seluruh Negara Yang Kononnya Dikategorikan Sebagai Zon Merah Dan Kuning Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 282 hits
SEBENARNYA Majlis Keselamatan Negara menafikan berita yang tersebar mengenai kawasan kawasan di seluruh negara yang dikategorikan sebagai red zone dan yellow zone dalam tempoh Perintah Kawalan Pegrgerakan SUMBER Saluran Telegram Rasmi MK
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak