Covid 19 Kawasan Zon Merah Wajar Kena Perintah Berkurung Pkpd
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) wajar diperluaskan segera jika masih ramai ingkar terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terutama lokasi diisytiharkan Zon Merah.
Pakar Kriminologi dan Psikologi, Program Sains Forensik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Mayda Dr Geshina Ayu Mat Saat, berkata langkah itu adalah jalan terbaik sebagai usaha drastik mengawal pemerebakan virus COVID-19.
“Ramai yang masih ambil mudah perkara ini, seolah-olah mereka itu ‘kebal’ dan berfikiran yang mereka tidak akan dijangkiti wabak berkenaan atas pelbagai alasan.
“Mereka akan kata ‘saya bukan ahli tabligh’, ‘saya bukan kontak rapat dengan pesakit COVID-19’, jadi mana mungkin saya akan dijangkiti virus itu.
“Masih ramai yang berfikiran sedemikian ataupun ‘fallacy’ iaitu salah anggap sedangkan sesiapa sahaja boleh terdedah kepada virus ini.
“Kita belum pasti dengan cara apa lagi virus ini boleh merebak, apa yang kita tahu virus ini merebak melalui titisan cecair (droplet) seperti air liur dan peluh yang boleh bertahan antara lima hingga enam jam di atas pelbagai jenis permukaan
“Apa yang kita bimbangkan ialah jika virus itu boleh merebak melalui udara atau airbone,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Setakat ini, Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor dikenakan PKPD sejak Jumaat lalu, susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di daerah terbabit.
Tengah malam tadi, tujuh kampung di antara Batu 21 hingga 24, Sungai Lui, Hulu Langat dikenakan perintah sama.
Setakat ini, 15 daerah seluruh negara dikategorikan sebagai Zon Merah dengan masing-masing mempunyai kes jangkitan COVID-19 lebih 41 ke atas.
Kawasan paling teruk terjejas ialah Petaling dan Hulu Langat di Selangor serta Lembah Pantai di Kuala Lumpur.
Justeru katanya, langkah kerajaan melaksanakan PKPD adalah cara terbaik dalam membendung pandemik itu daripada terus menular.
“Kita perlu putuskan rantaian dengan cara duduk di rumah, tapi apa yang saya lihat ramai lagi remaja yang berkeliaran sana sini, ibu bapa bawa anak pergi taman permainan.
“Ini semua soal kesedaran dan tanggung jawab. Ibu bapa perlu mengawal diri dan anak masing-masing selain memainkan peranan dalam memberi kesedaran kepada keluarga tentang pentingnya duduk di rumah dalam situasi sekarang ini,” katanya lagi.
“Kewujudan ramai pembawa virus tidak menunjukkan simptom adalah satu lagi perkara yang membimbangkan.
“Itu pentingnya PKP dan juga arahan mengamalkan ‘sosial distancing (penjarakan sosial). Apabila kerajaan keluarkan arahan sedemikian, pasti ada alasan penting di sebaliknya.
“Sebagai rakyat, kita patut sedar akan bahaya wabak ini dan jangan pula kita menyalahkan pihak tertentu atau kerajaan jika kita atau keluarga kita dijangkiti kelak,” katanya.
Katanya, PKPD adalah sesuatu yang wajar dilaksanakan terutama di kawasan yang sudah disahkan sebagai Zon Merah untuk membendung pergerakan penduduk di situ.
“Ini bagi memastikan angka jangkitan tidak semakin melonjak seperti diramalkan atau sekurang-kurangnya langkah itu adalah yang terbaik buat masa ini untuk membendung penularan COVID-19,” kata beliau.
Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin kerajaan akan melaksanakan PKPD di kawasan lain yang diklasifikasikan sebagai zon merah, dalam masa terdekat.
Musa berkata, tindakan itu perlu berikutan hasil laporan PKP ketika ini, tidak mendapat 100 peratus kerjasama dan kepatuhan rakyat.
“Saya yakin PKPD ini akan diperluaskan ke kawasan zon merah lain, harapannya dalam masa terdekat.
“PKPD ini perlu apabila melihat PKP tidak berkesan secara menyeluruh.
“Isu kesihatan rakyat perlu diutamakan dalam memastikan COVID-19 tidak menular secara meluas lagi,” katanya.
Fungsi Always-On Display Akhirnya Akan Tiba Ke Peranti OnePlus
Always-On Display adalah satu fungsi yang memaparkan jam, tarikh, peratus bateri dan notifikasi pada skrin peranti. Ia popular di kalangan peranti yang menggunakan skrin OLED kerana hanya beberapa pixel yang diperlukan sahaja akan hidup bagi menjimatkan bateri. Kebanyakan peranti mercu sudah pun ada fungsi ini, kecuali OnePlus dengan alasan akan cepat menghabiskan bateri.
The top IDEA is Always-On Display. We hear you, and our OS Product team has replied: it's on our roadmap.
— OnePlus (@oneplus) March 27, 2020
Terkini, OnePlus dilihat sudah temui jalan bagi menyertakan fungsi ini tanpa sebarang masalah. Menurut kicauan OnePlus di Twitter, kemaskini untuk menyertakan fungsi ini sudah pun dijadualkan. Tetapi tidak pasti jika ia akan diperkenalkan kepada OnePlus 8 terlebih dahulu atau semua peranti OnePlus sedia ada akan menerima kemaskini Oxygen OS serba baharu kelak.
The post COVID-19: Kawasan Zon Merah wajar kena perintah ‘berkurung’ PKPD appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/covid-19-kawasan-zon-merah-wajar-kena-perintah-berkurung-pkpd/