Covid 19 Malaysia Bukan Lagi Negara Contoh


 

May 29, 2021 Hari ini, negara kita terus bergelut dengan kes jangkitan Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan.
Sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan 8,290 kes jangkitan baharu dengan 61 jumlah kematian.
Situasi ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan tahun lalu yang mana dunia melihat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang berjaya menguruskan penularan Covid-19 dengan berkesan.
Susulan itu, kita menjadi contoh kepada negara lain, khususnya dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.
Malah, satu dunia tidak putus-putus memuji kejayaan kerajaan dan petugas barisan hadapan yang mengawal wabak, sekali gus menurunkan lengkuk jangkitan.
Kini, kita bukan lagi contoh… Malaysia menjadi antara negara yang sedang berhempas pulas menangani penularan wabak berkenaan agar situasi kembali terkawal seperti sebelum ini.
Berdasarkan, data Pusat Kajian Strategik dan Antabangsa (CSIS) Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat ketiga dalam senarai jangkitan kes Covid-19 terbanyak bagi negara ASEAN.
Dalam pada negara lain mula merosot jangkitan hariannya, negara kita mula menunjukkan trend peningkatan yang drastik sehingga mengatasi Indonesia, Filipina dan Thailand.
Sementara itu, Brunei yang mencatatkan angka jangkitan paling rendah dalam kalangan negara ASEAN mula membuka gerbang pelancongannya kepada negara lain, lapor CSIS.
Malah, pusat tersebut menjelaskan, Brunei juga telah membuka sektor ekonominya dan membenarkan persekolahan berjalan seperti biasa.
Selain itu, Kemboja dan Laos juga dilihat berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan baik dan kedua-dua negara itu dijangka membuka kembali sektor ekonomi dan pelancongan masing-masing, tambah CSIS.
Kes Covid-19 di Malaysia bukan sahaja menunjukkan trend peningkatan pada jangkitan harian, malah ia turut menunjukkan peningkatan pada kematian harian.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 791 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 sejak 1 Syawal lepas.
Jumlah tersebut merupakan satu angka yang besar dalam tempoh 16 hari dengan jumlah kematian harian tertinggi sebanyak 63 orang.
Situasi tersebut jelas menunjukkan negara kita sedang berdepan dengan saat genting dalam menguruskan penularan Covid-19.
Menurut Pakar Epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan angka kematian Covid-19 meningkat iaitu perkhidmatan kesihatan berada pada tahap genting, petugas kesihatan lesu dan pesakit positif lewat dibawa ke hospital.
Di samping itu, data KKM juga menunjukkan kita berdepan dengan peningkatan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Lebih 500 kes ICU dilaporkan sehari sejak 13 Mei lepas sehingga jumlahnya mencecah ke angka tertinggi iaitu 808 kes pada 28 Mei 2021.
Sebagaimana semua sedia maklum, sistem kesihatan negara kita sedang tenat selain penggunaan fasiliti ICU di hospital kerajaan juga semakin meningkat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, situasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini amat teruk dengan 79 peratus katil ICU di hospital Covid-19 di negeri berkenaan telah digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.
Justeru, penting bagi kita sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab untuk terus berada di rumah dan melakukan sekatan pergerakan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, sekali gus membantu memulihkan kembali sistem kesihatan negara.
Lebih membimbangkan, kes mangsa dibawa sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) akibat jangkitan Covid-19 juga semakin meningkat di negara ini, jelas KKM.
Menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat, KKM memberikan tiga senario yang mungkin berlaku kepada mangsa-mangsa BID.
Senario 1
Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan Covid-19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.
Senario 2
Didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital.
Senario 3
Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini. Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/covid-19-malaysia-bukan-lagi-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbandingan Kes Covid 19 Di Malaysia Dan Beberapa Negara

Perbandingan Kes Covid 19 Di Malaysia Dan Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 369 hits
MALAYSAKINI Berikut adalah maklumat terkini Covid 19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini Di seluruh dunia terdapat 170 051 718 kes Covid 19 disahkan termasuk 3 540 437 kematian seperti dilaporkan kepada Pertubuhan...
Malaysia Masuk Senarai 10 Negara Teratas Kadar Tertinggi Jangkitan Covid 19

Malaysia Masuk Senarai 10 Negara Teratas Kadar Tertinggi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 310 hits
Malaysia telah menduduki tangga ke 10 dunia yang merekodkan kadar kes jangkitan tertinggi bagi setiap sejuta penduduk Data Universiti John Hopkins yang dikemaskini setakat 11 Mei lalu menunjukkan kes mingguan di Malaysia sudah melepasi Unit...
Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 305 hits
Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang...
Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 533 hits
Selain Ibrahim Pendek Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya melebarkan sayap mereka ke persada antarabangsa lima orang pelakon ini turut menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara Kami akan kongsikan lima orang pelakon...
Shorts Tak Senang Duduk Ayah Kena Covid 19 Di Luar Negara

Shorts Tak Senang Duduk Ayah Kena Covid 19 Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 315 hits
WACANA SINAR 256 13 MEI 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 256 bertajuk raya dalam PKP Ini sebab rakyat marah bersama Pengacara Tv dan Radio Herleena Pahlavy UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI Muzik www bensound com SinarHarian Wac
Malaysia Indonesia Brunei Gesa Komitmen Antarabangsa Terhadap Penyelesaian Dua Negara

Malaysia Indonesia Brunei Gesa Komitmen Antarabangsa Terhadap Penyelesaian Dua Negara

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menggesa masyarakat antarabangsa kekal tegas dengan komitmen mereka terhadap penyelesaian dua ...
Jangkaan Ledakan Kelahiran Tak Berlaku Malaysia Ke Arah Negara Menua

Jangkaan Ledakan Kelahiran Tak Berlaku Malaysia Ke Arah Negara Menua

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 311 hits
Baru setahun yang lalu ketika sekatan pergerakan ketat kali pertama dikenakan dan orang ramai kebanyakannya berkurung di rumah mereka banyak pihak yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku ledakan kelahiran di Malaysia Namun setahun kemudi...
China To Help Malaysia With Covid 19 Vaccines

China To Help Malaysia With Covid 19 Vaccines

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 360 hits
Premier Li Keqiang holds a meeting with Malaysian Prime Minister Muhyiddin Yassin via video link on Friday XinhuaBEIJING May 23 China will help improve the Covid 19 vaccine production capacity of Malaysia the first country to agree on a rec...
Jangkitan Covid Di Malaysia Kedua Tertinggi Selepas India

Jangkitan Covid Di Malaysia Kedua Tertinggi Selepas India

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 427 hits
Situasi Covid 19 semakin membimbangkan dengan kes jangkitan mengikut statistik dikeluarkan pada 19 Mei lalu mencatat Malaysia di tempat kedua parahnya selepas India Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar k...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi