Jangkaan Ledakan Kelahiran Tak Berlaku Malaysia Ke Arah Negara Menua


Bernama

Baru setahun yang lalu, ketika sekatan pergerakan ketat kali pertama dikenakan dan orang ramai kebanyakannya berkurung di rumah mereka, banyak pihak yang menjangkakan kemungkinan akan berlaku ledakan kelahiran di Malaysia, Namun setahun kemudiannya jangkaan itu ternyata meleset sama sekali.
Sebaliknya unjuran populasi bagi tempoh 2010-2040 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan bahawa Malaysia mungkin menjadi negara menua menjelang 2030 dengan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas melepasi paras 15 peratus daripada jumlah penduduk.
Kedua-dua situasi itu mencetuskan kebimbangan kerana negara menua akan menjejaskan tenaga kerja negara serta ekonomi secara keseluruhannya dan peningkatan warga emas akan menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan sebahagian besar dananya untuk menyokong peningkatan pemintaan terhadap penjagaan kesihatan dan pencen.
Kelahiran Bayi
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan data yang diperoleh DOSM, jumlah kelahiran bayi baharu di dalam negara tidak begitu tinggi seperti yang dijangkakan. Menurutnya, salah satu faktor termasuklah penangguhan majlis perkahwinan pasangan bagi mengelak penularan pandemik COVID-19.
“Bagaimanapun kita juga melihat beberapa pasangan (yang sudah berkahwin) yang sebelum ini berdepan kesulitan mendapatkan anak memperoleh kesan positif daripada kurangnya pergerakan sepanjang pandemik ini dan berjaya melahirkan bayi.
“Tetapi, melihat kepada sudut yang lebih luas, antara faktor lain yang menyebabkan penurunan populasi muda juga disebabkan masyarakat yang lebih cenderung untuk memilih kerjaya mereka dan gaya hidup yang lebih bebas daripada komitmen.
“Selain daripada itu, ada juga pasangan yang berkahwin di lewat usia yang kemungkinan sesetengah daripada kalangan mereka mempunyai masalah kesuburan,” kata Mohd Uzir berkata kepada Bernama.
Sementara itu, Profesor Ekonomi daripada Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata peningkatan kos hidup merupakan satu lagi faktor yang mengekang pasangan daripada mempunyai anak.
Beliau berkata, kira-kira 80 peratus daripada populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar.
“Ia melibatkan bukan hanya kos menyediakan pendidikan yang baik tetapi juga perbelanjaan tambahan bagi aktiviti sukan, hiburan, seni dan budaya yang merupakan sebahagian daipada gaya hidup di bandar,” kata Yeah.
Negara Menua dan Impaknya ke Atas Ekonomi
Mengikut data terkini yang dikeluarkan DOSM bagi 2020 penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah sebanyak 32.7 juta, terdiri daripada 90.9 peratus (29.7 juta) warganegara dan 9.1 peratus (3 juta) bukan warganegara. Kadar pertumbuhan tahunan berada pada 0.4 peratus, menunjukkan aliran pertumbuhan perlahan.
Pada 2020, populasi berusia 60 tahun dan ke atas meningkat daripada 3.4 juta (2019) kepada 3.5 juta yang mewakili 10.7 peratus daripada jumlah penduduk, manakala penduduk bersia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 2.2 juta (2019) kepada 2.3 juta (2020) membentuk 7.0 peratus daripada jumlah penduduk.
Populasi muda (usia 0-14 tahun) turun sepanjang tahun, yang hanya membentuk 23.3 peratus atau 7.6 juta, manakala penduduk usia bekerja (15-64 tahun) susut kepada 69.7 peratus (22.8 juta).
Sebaliknya, penduduk lebih berusia (65 tahun dan ke atas) meningkat kepada 7.0 peratus (2.3 juta).
Prof Yeah berkata perubahan demografi akan menyebabkan peralihan dalam penggunaan isi rumah dan corak tabungan.
“Implikasi penting adalah kita perlu berdepan dengan isu dan cabaran sosial dan ekonomi berkaitan dengan penduduk menua lebih awal lagi,” katanya.
Beliau berkata peningkatan penduduk usia bekerja di Malaysia (usia 15-64) memuncak pada 2018 dan 2019 dan mula menurun pada 2020.
Ini, katanya, bermakna potensi dividen demografi atau pertumbuhan ekonomi negara daripada pengembangan populasi usia bekerja telah mula menyusut apabila bahagian tanggungan, terutamanya yang berusia 65 tahun dan ke atas meningkat tinggi.
Mohd Uzir berkata sekiranya kadar populasi muda di negara ini berkurangan, ia akan menyebabkan berkurangnya pengutipan cukai kepada negara.
“Mungkin pada suatu masa kita (populasi yang bekerja) perlu membayar cukai yang lebih kerana ia merupakan salah satu sumber hasil negara.
“Selain daripada itu, ada kemungkinan juga negara perlu menyediakan sistem pekerjaan kepada orang yang sudah berumur supaya mereka mempunyai wang simpanan mereka sendiri. Bagaimanapun ia bukanlah seperti pekerjaan di pejabat dan tidak memerlukan tenaga yang banyak," katanya.
Penawaran Buruh yang Berkurangan
Pertumbuhan perlahan populasi ditambah dengan kadar kesuburan dan kelahiran yang rendah akan membawa kepada pengurangan penawaran buruh.
Prof Yeah berkata peningkatan perlahan jumlah populasi, terutamanya dalam kumpulan usia bekerja (16-64) yang susut kepada 0.4 peratus pada 2020 berbanding tiga peratus setahun dalam dekad-dekad sebelum ini telah mengurangkan kemasukan penyertaan baharu dalam pasaran buruh.
“Ini membantu mengurangkan peningkatan kadar pengangguran semasa kegawatan ekonomi seperti yang dialami ketika ini.
“Bagaimanapun, apabila aktiviti ekonomi meningkat dan pekerjaan penuh berlaku, negara mungkin berdepan kekurangan tenaga kerja yang akan membantutkan lagi pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Keadaan semakin ketara sekarang apabila kerajaan mengehadkan pengambilan pekerja asing.
“Kuantiti pengeluaran, hasil dan produktiviti sektor makanan dan pertanian perladangan negara terjejas oleh kekurangan buruh dan peningkatan kos baja dan input lain,” katanya.
Walaupun teknologi pertanian canggih digunakan bagi meningkatkan hasil tanaman, kualiti dan keuntungan, sektor tersebut masih memerlukan tenaga kerja tempatan yang kukuh dan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing.
Beliau berkata ketika aktiviti ekonomi meningkat dalam fasa pemulihan semasa, kadar pengangguran negara pada 4.8 peratus yang dilaporkan pada Februari dijangka menurun.
Sokongan daripada Kerajaan
“Sokongan dan insentif kerajaan untuk mengurangkan kos penjagaan anak seperti memberi subsidi kepada pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika penting bagi mengurangkan kos sara hidup bagi mereka yang ingin memiliki lebih ramai anak,” katanya.
Selain itu, ahli ekonomi berkenaan berkata cuti bersalin dan paterniti yang lebih panjang yang diberikan oleh kerajaan adalah langkah yang sewajarnya bagi memastikan purata saiz keluarga melebihi nisbah penggantian dua.
Pertumbuhan pendapatan isi rumah perlu melebihi peningkatan kos hidup namun ia menjadi semakin sukar dengan peningkatan bilangan tanggungan.
Pelepasan cukai lebih tinggi berdasarkan kepada bilangan tanggungan akan menggalakkan ibu bapa bekerja untuk menimbang memiliki lebih ramai anak, sarannya.
Bagi populasi berusia, kerajaan perlu bersedia untuk berdepan dengan cabaran itu.
Antara cara untuk menanganinya ialah dengan menggalakkan populasi berusia agar terus aktif menggunakan minda mereka untuk mengelakkan mereka menjadi nyanyuk.
Selain itu aktiviti sukarelawan perlu diadakan di setiap komuniti bagi memberi peluang kepada golongan warga emas berkongsi pengalaman dengan masyarakat dan membolehkan mereka terus menyumbang kepada negara, kata Mohd Uzir.
Forum Ekonomi Dunia
Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), Singapura merupakan satu daripada negara yang memiliki masyarakat sedang menua paling ketara di dunia dengan jangkaan hayat sekitar 83 tahun.
Kerajaannya banyak melabur dalam inisiatif pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan potensi modal insan masyarakat serta menggalakkan pembangunan peribadi dan integrasi sosial, demikian menurut sebuah artikel yang dikeluarkan pada Februari 2020.
Jepun yang merupakan sebuah lagi negara Asia yang memiliki populasi semakin menua di Asia telah mengambil pelbagai pendekatan bagi menampung keperluan penduduk Jepun dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Ketika ini, kira-kira 25 peratus daripada penduduk Jepun berusia di atas 65 tahun dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang 2060
Antara lainnya, Jepun melaksanakan pelan Long-Term Care Insurance menyeluruh yang dikenali sebagai satu daripada insurans kesihatan paling komprehensif dan berpatutan di dunia.
Dari segi ekonomi, kerajaan Jepun juga memberi dorongan kepada pewujudan Teknologi Perubatan dan industri penjagaan orang tua dengan memanfaatkan kepakaran Jepun dalam pembuatan perindustrian, reka bentuk dan perkhidmatan pelanggan.
Sebagai contoh, dibantu oleh pembiayaan daripada kerajaan, syarikat Jepun kini melabur dalam mereka bentuk robot seperti ‘Paro the robotic seal’ bantuan penjagaan mekanikal bagi pengasuh dan terapi regenaratif dan sel yang inovatif, demikian menurut artikel tersebut yang bertajuk “These countries are most ready to deal with ageing populations.”
Umur penduduk yang panjang akan mempengaruhi setiap aspek sesebuah negara. Negara-negara perlu mengambil pendekatan kerajaan secara keseluruhan bagi memastikan mereka telah bersiap sedia untuk meraih keuntungan daripada manfaat usia yang panjang, kata laporan itu
Justeru, kerajaan Malaysia juga perlu mula melakukan sumbang saran bagi mencari jalan untuk menangani perkara tersebut.  - Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/jangkaan-ledakan-kelahiran-tak-berlaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Masuk Senarai 10 Negara Teratas Kadar Tertinggi Jangkitan Covid 19

Malaysia Masuk Senarai 10 Negara Teratas Kadar Tertinggi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 255 hits
Malaysia telah menduduki tangga ke 10 dunia yang merekodkan kadar kes jangkitan tertinggi bagi setiap sejuta penduduk Data Universiti John Hopkins yang dikemaskini setakat 11 Mei lalu menunjukkan kes mingguan di Malaysia sudah melepasi Unit...
Malaysia Negara Pertama Lancarkan Narzo 30 Diperingkat Global

Malaysia Negara Pertama Lancarkan Narzo 30 Diperingkat Global

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 357 hits
realme hari ini melancarkan narzo 30 memberi pilihan tambahan kepada peminat untuk meningkatkan prestasi terbaik pada pengalaman permainan mudah alih mereka Malaysia juga terpilih sebagai negara pertama yang melancarkan narzo 30 di peringka...
Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

Pandangan Seorang Rakyat Malaysia Tentang Hala Tuju Negara Kita Ketika Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 247 hits
Penulisan kecil ini tiada sangkutan dengan mana mana parti politik tetapi sekadar pandangan dari penulis yang bukan ahli politik bukan ahli ekonomi atau sebarang pakar Ini ialah pandangan sebagai rakyat jelata yang melihat satu keadaan yang...
Negara Negara Dengan Pendapatan Per Kapita Tertinggi Di Dunia Malaysia

Negara Negara Dengan Pendapatan Per Kapita Tertinggi Di Dunia Malaysia

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 266 hits
Pendapatan per kapita pada dasarnya adalah pendapatan purata setiap penduduk bagi suatu wilayah atau negara Pendapatan per kapita telah lama digunakan untuk kaedah menilai keadaan dan kualiti hidup penduduk di pelbagai kawasan di dunia Pend...
Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

Lejenflix 5 Pelakon Malaysia Ini Pernah Bintangi Filem Luar Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 464 hits
Selain Ibrahim Pendek Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya melebarkan sayap mereka ke persada antarabangsa lima orang pelakon ini turut menerima tawaran berlakon dalam filem luar negara Kami akan kongsikan lima orang pelakon...
Jom Ubah Sejarah Dan Identiti Negara Malaysia

Jom Ubah Sejarah Dan Identiti Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 360 hits
Lepas bidas buku teks pertubuhan Cina mahu sejarah Yap Ah Loy diangkatSebanyak sembilan pertubuhan Cina menggesa supaya sejarah mengenai kapitan Cina Yap Ah Loy dalam pembukaan ibu negara Malaysia Kuala Lumpur dipulihkan Naib Presiden Dewan...
Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan

Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 330 hits
Keadaan makin parah kerajaan sendiri suburkan akar vernakularLaporan bahawa terdapat sebanyak 1 301 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dibina di Malaysia dengan 127 sekolah baharu dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu nyata mengejutkan Meni...
Negara Bakal Alami Hari Tanpa Hujan Mulai 19 Mei Met Malaysia

Negara Bakal Alami Hari Tanpa Hujan Mulai 19 Mei Met Malaysia

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 278 hits
Tempoh monsun barat daya berisiko punca fenomena jerebu BANGI Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak tidak lama lagi menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Ini kerana monsun Barat Daya dijang...
Israel Arah Mossad Bunuh Pemimpin Hamas Di Iran Turki Qatar Dan Malaysia

Israel Arah Mossad Bunuh Pemimpin Hamas Di Iran Turki Qatar Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 354 hits
7 715 total views 7 715 views today TEL AVIV Kepimpinan Israel mengarahkan agensi perisikannya termasuk Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pemimpin Hamas di dalam Gaza dan di luar wilayah Palestin tersebut demikian menurut sumber laman beri...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional