Jangkitan Covid Di Malaysia Kedua Tertinggi Selepas India



Situasi Covid 19 semakin membimbangkan, dengan kes jangkitan mengikut statistik dikeluarkan pada 19 Mei lalu mencatat Malaysia di tempat kedua parahnya selepas India.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) memikirkan pelan tindakan segera sebelum keadaan bertambah buruk.
Katanya, keadaan semasa telah membuat rakyat berasa bimbang, tertekan serta mungkin berputus harap.
“Kalau dilihat statistik mengikut minggu kes bagi setiap 1 juta populasi, India tertinggi, diikuti Malaysia.
“Kalau kita tidak anggap ini sesuatu yang sangat membimbangkan maka kita sendiri mengundang malapetaka. Saya seru rakyat semua siap sedia, berjaga dan ikut peraturan ditetapkan.
“Masalah kita adalah vaksin. Kita boleh buat PKP, PKPB, pelbagai langkah, tangkap orang, kompaun. Masalahnya adalah vaksin,” kata Anwar dalam siaran langsung Facebook, malam tadi.
Ahli Parlimen Port Dickson itu mengulangi sekali lagi hal yang beliau cadangkan pada Mac lalu, agar mengikut pengalaman beberapa negara yang teruk diserang Covid 19 dengan menyuntik rakyat satu dos vaksin terlebih dahulu.
Formula itu, katanya telah berjaya mengurangkan kes jangkitan di negara-negara yang mencubanya.
“Saya sebut di sini orang miskin bandar bila nak dapat (vaksin)? Tunggu berapa lama? Di luar bandar, di desa nak tunggu berapa lama?
“Sebab itu saya kata beri satu dos kepada semua. Dos kedua boleh ditangguhkan. Beri peluang kepada orang lain dulu, selesai satu dos tambah lagi.
“Ada komen (idea itu) tidak cerdik. Tetapi inilah keadaannya. Sekarang ini ada kajian membuktikan bahawa lebih lama tunggu dos kedua maka lebih baik,” ujarnya.
Selain itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempertikaikan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pihak kerajaan PN.
Sebaliknya, kata Anwar, pasukan penasihat beliau mendapati pada ketika ini kekurangan pemberian vaksin kepada rakyat berbanding unjuran kerajaan adalah sekitar 3.6 juta orang.
“Ikut unjuran April vaksin 1 juta, Mei 4 juta dan bulan Jun 9 juta orang. Kenyataannya berbeza. Yang dapat vaksin jauh kurang daripada yang diunjurkan. Bulan april ada kekurangan 450,000. Bulan Mei cecah hampir 3 juta orang.
“Ini kita bangkitkan kerana unjuran itu tidak munasabah. Kalau ikut, Jun penerimaan vaksin 9 juta dan ini tidak akan berlaku.
“Sebab itu saya tegaskan soal data yang lengkap perlu diperolehi. Kita tengok apa masalahnya. PM dan menteri beritahu vaksin memihak kepada negara kaya. Ada kebenarannya.
“Tetapi bila lihat data Sinovac dan Sinopharm, pesanan dan penerimaan. Lihat Thailand 7.6 juta dipesan, yang diterima 49%. Indonesia 140 juta diterima 40%, Turki 100 juta diterima 20%, Malaysia yang dipesan 15 juta yang diterima 7%.
“Mengapa begitu teruk keadaan di Malaysia? Apakah PM sibuk sangat tidak boleh hubungi PM China untuk tambah penghantaran vaksin?” tanyanya.
Untuk itu, Anwar tertanya-tanya kerana Menteri Luar, Hishamuddin Hussein baru-baru ini mengakui China sebagai ‘Abang Besar’ Malaysia. Mengapakah Abang Besar tidak menolong ‘adiknya’?
Manakala satu kes lain, menurut Anwar, vaksin Sinopharm yang sejak Mac lalu telah diumumkan 10,000 tiba di Malaysia tetapi sehingga ke hari ini kelulusannya masih belum diberikan.
Katanya, tidak ada guna kerajaan memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja mengimport vaksin jika tiada kelulusan untuk penggunaan. Bagi kes Sinopharm, katanya, 42 negara telah memberi kelulusan namun tidak Malaysia.
Anwar juga menyarankan agar negeri yang terjejas teruk seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Sarawak diutamakan untuk suntikan.
Data lokaliti jangkitan Covid 19 turut dikritik beliau kerana begitu dirahsiakan dan jika diberi pun data yang telah lewat 2 minggu, berbanding negara lain dalam lingkungan 3 hari.
Katanya, apa sahaja langkah tidak akan berkesan jika data lokaliti jangkitan tidak dikumpulkan dengan sempurna dan tepat pada masanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32185

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Masuk Senarai 10 Negara Teratas Kadar Tertinggi Jangkitan Covid 19

Malaysia Masuk Senarai 10 Negara Teratas Kadar Tertinggi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 297 hits
Malaysia telah menduduki tangga ke 10 dunia yang merekodkan kadar kes jangkitan tertinggi bagi setiap sejuta penduduk Data Universiti John Hopkins yang dikemaskini setakat 11 Mei lalu menunjukkan kes mingguan di Malaysia sudah melepasi Unit...
India Catat Rekod Kematian Harian Covid 19 Tertinggi

India Catat Rekod Kematian Harian Covid 19 Tertinggi

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 245 hits
India catat rekod kematian harian Covid 19 tertinggi Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 May 2021 11 45PM
Our Own Fault This Is Why Factories Make Up The Biggest Cluster For Malaysia S Covid 19 Infections

Our Own Fault This Is Why Factories Make Up The Biggest Cluster For Malaysia S Covid 19 Infections

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 323 hits
216 compounds worth RM1 3 m issuedBSC 10 5 21 Despite the screaming headlines the situation remains dire And depressing the fines issued by Saravanan s ministry work out to a miniscule RM6 250 that each employer has to pay on average for fa...
Malaysia S New Covid 19 Infections Leap To 6 806 Beating Previous Day S Record High

Malaysia S New Covid 19 Infections Leap To 6 806 Beating Previous Day S Record High

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 268 hits
After recording a new high of 6 075 cases yesterday the Health Ministry said today new Covid 19 infections surged to a further 6 806 cases in the last 24 hour period In a tweet by Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sela...
Seramai 48 Ribu 261 Bayi Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Malaysia Nyawa Anak Tiada Ganti

Seramai 48 Ribu 261 Bayi Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Malaysia Nyawa Anak Tiada Ganti

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 273 hits
Menurut sumber Setakat ini seramai 48 ribu 261 orang bayi dan kanak kanak telah dijangkiti COVID 19 di Malaysia Daripada jumlah itu 6 290 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah Ini bukanlah satu angka yang kecil malah angka ini sepatutnya...
Komentar Isu Isu Yang Berakar Umbi Sejak Sekian Lama Kini Memburukkan Lagi Krisis Covid 19 Di India

Komentar Isu Isu Yang Berakar Umbi Sejak Sekian Lama Kini Memburukkan Lagi Krisis Covid 19 Di India

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 244 hits
BERITAmediacorp India kini di ambang bencana kemanusiaan yang sangat dahsyat Selewat lewatnya Mac lalu jumlah kes jangkitan COVID 19 di kebanyakan wilayah di India boleh dianggap rendah ketika itu Ini menyebabkan ramai penduduk bertanggapan...
Daily Covid 19 Infections In Malaysia Continue To Soar With 7 857 New Cases Today

Daily Covid 19 Infections In Malaysia Continue To Soar With 7 857 New Cases Today

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 223 hits
Covid 19 cases in Malaysia continue to rise with 7 857 new cases recorded today This is the third day in a row that Malaysia has registered more than 7 000 cases in one day In a tweet Health director general Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ...
Lancar Opsbedil Hacker Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Lancar Opsbedil Hacker Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 755 hits
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini VOCKET Kumpulan hacker dari Malaysia sering kali dianggap wira tak didendang menerusi aktiviti godaman yang dijalankan Berjaya menggodam beberapa laman web negara l...
Cek Fakta Hoaks Jaringan 5g Jadi Penyebab Lonjakan Covid 19 Di India

Cek Fakta Hoaks Jaringan 5g Jadi Penyebab Lonjakan Covid 19 Di India

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 183 hits
Informasi jaringan 5G menjadi penyebab lonjakan Covid 19 di India adalah hoaks Jaringan 5G tidak berpengaruh pada kesehatan Dan jaringan 5G berbeda dengan Covid 19
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti