Covid 19 Laungan Azan Lima Solat Fardu Tetap Berkumandang


Gambar hiasan Masjid Terapung. Foto oleh - Tengku SyamimKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Laungan azan lima waktu solat fardu akan diteruskan oleh bilal masjid dan surau yang bertugas sebagai panduan masuknya waktu solat kepada seluruh umat Islam di Terengganu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac depan.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda berkata, dalam tempoh itu juga semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19.

"Ahli kariah hendaklah menunaikan solat zohor pada hari Jumaat dan solat fardu lima waktu di rumah masing-masing bagi memastikan keberkesanan tindakan ini.

"Bagi memastikan penularan wabak COVID-19 tidak terus berlarutan maka seluruh masyarakat di Terengganu hendaklah menghindarkan diri daripada bersalam sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Keputusan itu diambil selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ketiga Penggal ke-13 yang bersidang semalam berdasarkan kepada taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kematian akibat jangkitan wabak COVID-19, maka pengurusan mandi jenazah bagi orang Islam adalah seperti biasa.

"Sekiranya tidak dapat dilakukan, maka hendaklah ditayammumkan seperti biasa, namun sekiranya tidak dapat dilakukan juga, maka dibolehkan dilakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pun pembalut yang membalut jenazah itu.

"Adalah wajib bagi semua rakyat di Terengganu untuk mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa demi memastikan terselamat daripada wabak COVID-19 dengan keputusan ini dibuat berdasarkan kepada Kitab Mughni Al Muhtaj, Al-lnsaf, AlWadih Fi Usul Al-Fiqh, Asna Al-Matalib dan Al-Ashbah Wa Al Nazair," katanya.

Sementara itu di Pulau Pinang,  muazin masjid di negeri itu akan mengubah laungan azan bermula waktu solat fardu Asar hari ini, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata laungan azan itu akan diubah daripada "hayya 'ala al-solah" yang bermaksud “marilah menunaikan solat" kepada "sollu fi buyutikum" yang bermaksud "tunaikanlah solat di rumah kamu".

Laungan azan bagi setiap solat fardu itu akan berkumandang selama 14 hari sejajar pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

"Pada 1 April, laungan azan yang asal akan dilaungkan seperti sedia kala namun bergantung kepada arahan pihak atasan dan situasi COVID-19," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada masjid daerah dan masjid negeri di Pulau Pinang.

"Sumbangan itu adalah bantuan untuk mengimarahkan masjid daerah dan masjid negeri dalam memperkasakan peranan masjid dalam masyarakat.

"Ia juga adalah untuk penganjuran pelbagai aktiviti dan program yang akan dijalankan oleh masjid daerah dan masjid negeri di Pulau Pinang tertakluk kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Masjid yang menerima peruntukan itu termasuk Masjid Negeri Pulau Pinang sebanyak RM510,000, Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas sebanyak RM130,000, Masjid Daerah Butterworth, Masjid Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dan Masjid Daerah Barat Daya masing-masing menerima RM90,000.

Terdahulu, Jabatan Mufti Pulau Pinang bersama Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) telah mengeluarkan arahan kepada kariah seluruh negeri itu supaya menghentikan segala aktiviti perhimpunan termasuk solat jemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di Pulau Pinang dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/covid-19-laungan-azan-lima-solat-fardu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Laungan Azan Di Kuwait Ditukar Kepada Solat Lah Kalian Di Rumah

Covid 19 Laungan Azan Di Kuwait Ditukar Kepada Solat Lah Kalian Di Rumah

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 378 hits
BERIKUTAN penularan wabak COVID 19 pihak berkuasa Kuwait mengeluarkan arahan menutup sementara masjid di negara itu selain menyeru rakyatnya menunaikan solat di kediaman masing masing Media antarabangsa Middle East Eye melaporkan laungan az...
Jemaah Tabligh Laung Azan Dalam Wad Solat Jemaah Dengar Cakap Doktor

Jemaah Tabligh Laung Azan Dalam Wad Solat Jemaah Dengar Cakap Doktor

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 312 hits
Sekumpulan jemaah tabligh yang menerima rawatan di hospital seluruh negara sentiasa mengisi masa terluang mereka dengan melakukan amal ibadah ketika menjalani proses kuarantin akibat Covid 19 Terbaru dua keping gambar mereka di dalam wad Ho...
Hadith Perubahan Lafaz Azan Agar Solat Di Rumah

Hadith Perubahan Lafaz Azan Agar Solat Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 396 hits
SOALAN Baru baru ini tersebar beberapa rakaman video berkaitan beberapa masjid di negara luar melaungkan ketika dan selepas azan dengan meminta para penduduk agar melakukan solat di kediaman masing masing Hal ini disebabkan kes penularan wa...
Covid 19 Berasa Janggal Tidak Dapat Solat Jumaat

Covid 19 Berasa Janggal Tidak Dapat Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 260 hits
Oleh Aslam WiraFoto Khairan Mat JusohMARANG 20 Mac Pastinya berasa janggal bagi umat Islam hari ini tidak dapat menunaikan Solat JumaatBagaimanapun atas dasar Maqasid Syariah yang menetapkan solat Jumaat di seluruh negara termasuk Terenggan...
Covid 19 Netizen Kecam Solat Hajat Di Kawasan Terbuka Di Bangladesh

Covid 19 Netizen Kecam Solat Hajat Di Kawasan Terbuka Di Bangladesh

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 336 hits
DHAKA Tindakan ribuan penduduk Islam menyertai solat hajat di sebuah kawasan terbuka di kota Raipur di selatan Bangladesh semalam mengundang kecaman ramai Perhimpunan tersebut dianggap mengingkari arahan pihak berkuasa yang meminta penduduk...
Bilal Dikehendaki Pesan Solat Di Rumah Selepas Azan Di Wp

Bilal Dikehendaki Pesan Solat Di Rumah Selepas Azan Di Wp

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 481 hits
KUALA LUMPUR Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan lafaz hayya alassolah akan diperlahankan bagi Wilayah Persekutuan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad Cadangan itu disampaikan kepada wakil Istana Negara bagi me...
Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19

Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 403 hits
Covid 19 Amalan Sunat Solat Jumaat Sepanjang Covid 19 ADAKAH disunatkan lagi amalan sunat hari Jumaat jika sekiranya tergugurnya solat Jumaat seperti disebabkan Covid 19 ini Umum sedia maklum terdapat fatwa daripada institusi fatwa antaraba...
Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid 19 Dijelaskan Mufti

Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid 19 Dijelaskan Mufti

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 518 hits
Sejak penularan meluas COVID 19 di seluruh Malaysia semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan Hasil perbincangan antara mufti mufti dan pakar kesihatan ahli agama mengambil keputusan untuk menghent...
Bergema Di Kuwait Bilal Sebak Laungkan Azan Seru Penduduk Solat Di Rumah

Bergema Di Kuwait Bilal Sebak Laungkan Azan Seru Penduduk Solat Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 346 hits
Umum telah mengetahui bahawa wabak virus Covid 19 yang sedang melanda dunia ketika ini semakin memburuk Bilangan kes serta angka kematian yang dicatatkan semakin naik mendadak dari hari ke hari Pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut