Covid 19 Dedahkan Perpecahan Dan Jurang Kekayaan Pbb



PANDEMIK COVID-19 secara tidak langsung mendedahkan ketidaksamaan di serata dunia dan wajar menjadi pemangkin untuk masyarakat sedunia membangunkan model baharu yang lebih inklusif dan adil, ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Guterres dalam satu taklimat khas sempena hari kelahiran Nelson Mandela pada Sabtu merujuk kepada jurang kekayaan yang semakin meluas pada tahap antarabangsa. “Lebih 70 peratus populasi dunia berdepan dengan ketidaksamaan kekayaan dan pendapatan yang meningkat.

“26 individu terkaya di dunia memiliki jumlah kekayaan yang sama dimiliki oleh separuh populasi global,” ujar beliau. Beliau mengibaratkan COVID-19 sebagai X-ray kerana pandemik tersebut mendedahkan perpecahan dan penipuan dalam kerangka masyarakat yang tidak kukuh.

Antara ‘penipuan’ yang dimaksudkan termasuk keberkesanan sistem pasaran bebas serta kepercayaan bahawa dunia telah bebas daripada isu perkauman.

“Walaupun kita menelusuri lautan yang sama, ia jelas bahawa sesetengah orang berada dalam kapal pelayaran, manakala yang lain pula berpaut pada serpihan yang hanyut,” kata Guterres.

Tegas beliau, negara maju lebih tertumpu kepada kelangsungan masing-masing dan gagal memberi sokongan kepada negara membangun ketika tempoh perit ini.

Ketidaksamaan kuasa dan kekayaan global ini lebih jelas dilihat, terutamanya apabila kerajaan, syarikat serta individu dituduh memperoleh barang keperluan dan perubatan untuk kepentingan sendiri.

Ujarnya, pandemik ini seharusnya memberi pengajaran kepada masyarakat sedunia untuk mewujudkan satu perjanjian global baharu yang lebih inklusif.

“Bagi menutup kelopongan itu dan mewujudkan satu kontrak sosial baharu, kita perlukan perjanjian global baharu untuk memastikan kuasa, kekayaan dan peluang dikongsi secara lebih luas dan adil pada tahap antarabangsa.

“Model baharu untuk pemerintahan dunia perlu berasaskan penyertaan inklusif dan sama rata dalam institusi global,” kata Guterres.

Bank Pembangunan Asia (ADB) menjangkakan pendapatan serata dunia akan menurun sebanyak AS$1.2 trilion ke AS$1.8 trilion ekoran pandemik COVID-19.

Dalam masa yang sama, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada April menganggarkan kira-kira 1.6 bilion orang yang bekerja dalam sektor bukan formal berpotensi hilang punca pendapatan mereka ekoran pelaksanaan perintah berkurung.

Pekerja bukan formal di serata dunia mengalami kejatuhan pendapatan sebanyak 60 peratus pada bulan pertama krisis itu tercetus, menurut anggaran ILO.

Ini merujuk kepada 80 peratus kejatuhan pendapatan di benua Afrika dan Amerika, 70 peratus di Eropah dan Asia Barat manakala 21.6 peratus direkodkan di Asia dan Pasifik.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/covid-19-dedahkan-perpecahan-dan-jurang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 New Novgorod Cluster Detected In Melaka

Covid 19 New Novgorod Cluster Detected In Melaka

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 383 hits
Health director general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said the first case from the cluster is a Malaysian case 8 673 who returned from Russia on July 5 File Photo KUALA LUMPUR The Health Ministry today identified a new Covid 19 cluster in M...
Covid 19 Thailand Lapor Tiga Lagi Kes Import

Covid 19 Thailand Lapor Tiga Lagi Kes Import

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 235 hits
BANGKOK 13 JULAI Thailand melaporkan tiga lagi kes import baharu Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 3 220 lapor agensi berita Thailand memetik Pusat Pentadbiran Situasi Covid 19 Angka korban kekal seramai 58 ora...
Us Man 30 Dies From Virus After Attending Covid Party

Us Man 30 Dies From Virus After Attending Covid Party

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 416 hits
The victim thought the COVID 19 virus was a hoax despite it killing more than 135 000 people in the United States so far AFP Photo NEW YORK A 30 year old man from Texas died from the new coronavirus after attending a 8220 COVID 19 8221 part...
12 Mahasiswa Asal Png Dipulangkan Akibat Covid 19

12 Mahasiswa Asal Png Dipulangkan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 219 hits
Dia menjelaskan bahwa ke 12 mahasiswa penerima beasiswa dan kuliah di berbagai perguruan tinggi yang ada di Indonesia dipulangkan akibat merebaknya pandemi Covid 19
Ambil Paksa Jenazah Covid 19 Kerabat Dan Anggota Dprd Makassar Jadi Tersangka

Ambil Paksa Jenazah Covid 19 Kerabat Dan Anggota Dprd Makassar Jadi Tersangka

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 211 hits
Andi Nur Rahmat ikut terlibat dalam pengambilan jenazah yang seharusnya tidak diperbolehkan karena status PDP saat itu Tersangka ini tahu kalau pasien ini status PDP dan dia yang memesan ambulans
Vietnam Bisa Menjadi Pembanding Keberhasilan Penanganan Covid 19

Vietnam Bisa Menjadi Pembanding Keberhasilan Penanganan Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 267 hits
Hingga kini ASEAN terus berupaya meningkatkan kerjasama baik diantara negara negara anggota ASEAN maupun antara ASEAN dengan negara lain
Selangor Catat Empat Kes Positif Covid 19 Hanya Kes Import

Selangor Catat Empat Kes Positif Covid 19 Hanya Kes Import

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 301 hits
SHAH ALAM 13 JULAI Terdapat empat kes baharu Covid 19 direkodkan di Selangor hari ini membabitkan individu yang mendapat jangkitan dari luar negara kata Dato Menteri Besar Semua kes tidak melibatkan jangkitan tempatan ia berpunca daripada k...
Covid 19 Diary Nine Things In Mco

Covid 19 Diary Nine Things In Mco

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 250 hits
So fun fact All this quarantine has made me realize how much I have compromised in the name of everyone has flaws and I am not perfect either I was so eager to please peoples that it grows so tiring especially when I know these aren t the p...
Giliran Menteri Ekonomi Bolivia Positif Covid 19

Giliran Menteri Ekonomi Bolivia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 208 hits
La Paz Menteri Ekonomi Bolivia Oscar Ortiz berkata pada Ahad beliau diuji positif COVID 19 menjadikannya anggota kabinet keempat yang dijangkiti virus tersebut lapor agensi berita Xinhua Saya telah diuji positif COVID 19 saya berasa baik De...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Resepi Kek Lapis Dendam Aurora

Sir Ni Blippi Malaysia Kan Teknik Chant Cikgu Ini Buat Anak Mudah Ingat Ejaan

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading