Covid 19 865 Kes Positif 3 Kematian 99 Kes Sedang Dirawat Di Icu


Jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan angka lebih daripada 800 untuk tiga hari berturut-turut, apabila 865 kes dilaporkan hari ini dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 21,363 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut sebanyak 7,456 kes.


Beliau berkata tiga kematian dilaporkan hari ini dengan kesemuanya di Sabah, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 190 kes.


Selain itu, beliau memaklumkan Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 455 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya sebanyak 13,717 atau 64.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


“Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah Sabah (226 kes), Selangor (107 kes), Kedah (97 kes), Johor (13 kes), Terengganu (lima kes), Negeri Sembilan (tiga kes), Sarawak (dua kes), Pahang (satu kes) dan Labuan (satu kes),” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini.


Beliau berkata daripada 865 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara, termasuk tiga warganegara iaitu dari China (empat kes di Selangor), Australia (satu kes di Kuala Lumpur), Amerika Syarikat (satu kes di Selangor) dan Qatar (satu kes di Selangor).


Daripada 858 kes penularan di dalam negara pula, katanya 767 kes adalah warganegara dengan lima kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Negeri Di Bawah Bayu itu sejak 20 Sept adalah sebanyak 448 kes.


Menurutnya lagi, Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 643 kes (74.3 peratus) dengan lebih banyak ujian makmal dapat dijalankan di negeri itu dan yang dihantar ke Semenanjung Malaysia, sementara negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 13.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Memperincikan jumlah kes penularan dalam negara, Dr Noor Hisham berkata selain Sabah dengan 643 kes, Selangor (101), Labuan (34), Pulau Pinang (26), Perak (18), Melaka (16), Kuala Lumpur (enam), Negeri Sembilan (empat), Kedah dan Putrajaya masing-masing (tiga), Johor (dua) manakala Pahang dan Terengganu masing-masing satu kes.


Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, sebanyak 154 kes (17.8 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Tembok dan termasuk empat kes saringan tahanan Penjara Tapah. 


“Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat,” katanya.


Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 memerlukan bantuan pernafasan.


Selain itu, Kementerian Kesihatan juga mengenal pasti dua kluster baharu, menjadikan kluster aktif di Malaysia setakat ini sebanyak 87.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/covid-19-865-kes-positif-3-kematian-99.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 871 Kes Baharu Positif 7 Kematian

Covid 19 871 Kes Baharu Positif 7 Kematian

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 253 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 871 kes positif Covid 19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 20 498 kes 701 pesakit telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumla...
Covid 19 563 Kes 2 Kematian Lebih 5 000 Dirawat

Covid 19 563 Kes 2 Kematian Lebih 5 000 Dirawat

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 163 hits
October 12 2020 6 39 PMPETALING JAYA Sebanyak 563 kes baharu Covid 19 dilaporkan hari ini dengan 2 kematian manakala kes aktif dirawat di hospital seramai 5 039 orang Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah ...
Covid 19 Jumlah Kes Positif Baharu Melonjak 869 Kes Hari Ini Tertinggi Pernah Direkodkan

Covid 19 Jumlah Kes Positif Baharu Melonjak 869 Kes Hari Ini Tertinggi Pernah Direkodkan

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 285 hits
KUALA LUMPUR Jumlah kes baharu koronavirus di Malaysia melonjak kepada 869 kes hari ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara Empat kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulati...
Kes Pertama Pegawai Penjara Positif Covid 19

Kes Pertama Pegawai Penjara Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 304 hits
PETUGAS Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan ujian saringan terhadap banduan di Kompleks Penjara Seberang Perai Jawi FOTO DANIAL SAADTulisan Audrey DermawanGeorgetown Kes pertama pegawai positif Covid 19 dilaporkan di Penjara Seberang P...
Terkini 871 Kes Positif Baharu Covid 19 Tertinggi Pernah Dicatatkan Dan 701 Sembuh

Terkini 871 Kes Positif Baharu Covid 19 Tertinggi Pernah Dicatatkan Dan 701 Sembuh

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 319 hits
Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid 19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid 19 di Malaysia adalah sebanyak 20 498 setakat Ahad jam 12 tengahari Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan T...
691 Kes Baharu Positif Covid 19 4 Dilaporkan Meninggal Dunia

691 Kes Baharu Positif Covid 19 4 Dilaporkan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 267 hits
Perkembangan terkini Covid 19 di Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 691 kes baharu positif Covid 19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari 6 Oktober 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham...
Dr Zulkifli Disahkan Positif Covid 19 Kini Sedang Jalani Rawatan

Dr Zulkifli Disahkan Positif Covid 19 Kini Sedang Jalani Rawatan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 480 hits
Menerusi status Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid 19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Positif Covid 19Alhamdulillah sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adala...
Kes Baru Covid 19 Cecah 1 228 Paling Tinggi Di Malaysia Amp Diikuti 7 Kematian

Kes Baru Covid 19 Cecah 1 228 Paling Tinggi Di Malaysia Amp Diikuti 7 Kematian

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 309 hits
Gambar Ihsan www straitstimes com Jumlah baru kes baru Covid 19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan cukup membimbangkan Jumlah kes terbaru yang dicatat pada hari ini sehingga pukul 12 tengahari ialah 1 228 menjadikan jumlah keseluru...
Jururawat Icu Positif Covid Unit Icu Kk Lumpuh 40 Jururawat Di Kuarantin

Jururawat Icu Positif Covid Unit Icu Kk Lumpuh 40 Jururawat Di Kuarantin

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 206 hits
Petugas barisan hadapan di wad unit rawatan rapi di Hospital Queen Elizabeth II Kota Kinabalu kini sedang bertungkus lumus menangai kes Covid 19 selepas lebih daripada separuh rakan sekerja mereka kini terpaksa dikuarantin Berdasarkan maklu...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat