Covid 19 Tiga Kematian 147 Kes Baharu


Mohammad Arif Nizam Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR – SEbanyak tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari, sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif kes kematian akibat virus itu meningkat kepada 133 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-131 iaitu kes ke-10495 merupakan wanita warganegara Indonesia berumur 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Jelas beliau, mangsa mula mengalami gejala lemah badan, muntah, batuk dan demam pada 14 September lalu dan kes telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Tawau, Sabah pada 18 September 2020 dalam keadaan separa sedar.
Katanya, keadaan mangsa didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 19 September lalu dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama serta saringan Covid-19 didapati positif semalam.
“Kes kematian ke-132 iaitu kes ke-10493 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 54 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah pada 18 September lalu bagi gejala demam, batuk dan sukar bernafas serta saringan COVID-19 telah dijalankan.
“Keadaan mangsa didapati semakin merosot dan kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada 20 September lalu di mana kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta disahkan meninggal dunia semalam di mana saringan Covid-19 didapati positif.
“Kes kematian ke-133 iaitu kes ke-9224 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dengan latar belakang penyakit strok dan telah dikesan sebagai kontak rapat kepada kes ke-9124 yang telah meninggal dunia dan merupakan kes positif dalam Kluster Tawar.
“Kes tidak bergejala ini dikesan positif Covid-19 pada 19 Ogos lalu dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan keadaan mangsa didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) serta disahkan meninggal dunia semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 147 kes baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 10,505 kes.
Jelas beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu adalah 770 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
“Ingin dimaklumkan daripada 147 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara dari India dan satu bukan warganegara dari Indonesia;
“Daripada 143 kes penularan di dalam negara, 115 kes adalah warganegara Malaysia dan 28 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan dalam negara melibatkan Sabah sebanyak 134 kes, Kedah (lima kes), Selangor (dua kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (satu kes) dan Kelantan adalah satu kes.
“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/covid-19-tiga-kematian-147-kes-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Kematian Covid 19 Di Catatkan Sebanyak 147 Bilangan Kes Baharu Hari Ini

Tiga Kematian Covid 19 Di Catatkan Sebanyak 147 Bilangan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Tiga kematian akibat Covid 19 dicatatkan hari ini dengan bilangan kes baharu terus meningkat kepada 3 angka iaitu 147 Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 133 kematian dicatatkan setakat ini Daripada 147 kes ba...
Covid 19 Indonesia Catat 3 806 Kes Baharu 106 Kematian

Covid 19 Indonesia Catat 3 806 Kes Baharu 106 Kematian

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 280 hits
JAKARTA 12 SEPT Indonesia mencatatkan 3 806 kes positif baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di republik itu kini 214 746 kes Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indone...
Covid 19 Sebanyak 150 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini

Covid 19 Sebanyak 150 Kes Positif Baharu Dengan Satu Kematian Di Rekodkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 313 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 150 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Sabah terus mencatatkan kes tertinggi dengan pertambahan jangkitan sebanyak 124 kes baru hari ini Sementara itu s...
Stfc Penularan Tempatan Sumbang Kes Baharu Covid 19 Meningkat

Stfc Penularan Tempatan Sumbang Kes Baharu Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM 28 SEPT Selangor merekodkan 11 kes baharu Covid 19 dan satu daripadanya adalah jangkitan luar negara membabitkan pengembara bukan warganegara dari India Pasukan Petugas Covid 19 Selangor memaklumkan angka berkenaan menjadikan juml...
147 Kes Baru 3 Kematian

147 Kes Baru 3 Kematian

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 189 hits
Jumlah kes baru Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu di negara ini melepasi tiga angka iaitu 147 kes dengan Sabah kekal mencatatkan jumlah tertinggi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu catatan di Facebook berkata daripa...
47 Kes Baharu Covid 19 591 Pesakit Aktif Kata Kkm

47 Kes Baharu Covid 19 591 Pesakit Aktif Kata Kkm

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 278 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kes Foto BernamaKUALA LUMPUR 13 Sept Kes baharu Covid 19 kekal dua digit dengan 47 kes dilaporkan membabitkan 45 kes penularan te...
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Kembali 2 Angka Covid 19 Catat 45 Kes Baharu Dilapor Hari Ini

Kembali 2 Angka Covid 19 Catat 45 Kes Baharu Dilapor Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 343 hits
Sebanyak 45 kes baharu COVID 19 dilaporkan di negara ini hari ini membabitkan 44 kes penularan tempatan dan satu kes import melibatkan warganegara yang pulang dari Brazil kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau ...
2 Di Sabah Amp 1 Di Kedah Kes Kematian Covid 19 Meningkat Ketara Hari Ini

2 Di Sabah Amp 1 Di Kedah Kes Kematian Covid 19 Meningkat Ketara Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 273 hits
Walaupun tiada sidang media dilaporkan pada hari ini berkenaan Perkembangan Covid 19 di Malaysia namun Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Datuk Sri Dr Nor Hisham Abdullah masih memuat naik laporan t...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord