Covid 19 Sebanyak 24 Kes Baharu Di Rekodkan 18 Kes Penularan Tempatan Dan Enam Kes Import


 


KUALA LUMPUR, - Sebanyak 24 kes baharu dicatatkan hari ini melibatkan 18 kes penularan tempatan dan enam kes import, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kes baharu tertinggi dilaporkan dari Kluster Sungai, Kedah melibatkan 13 kes manakala dua kes dari Kluster Benteng, Sabah.
“Daripada 18 kes penularan di dalam negara, 16 melibatkan warganegara dan dua adalah bukan warganegara,” katanya.

Kedah mencatatkan 16 kes baharu dengan 13 kes daripada Kluster Sungai; satu kes daripada Kluster Tawar; satu kes daripada Kluster Telaga; dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah manakala Sabah merekodkan dua kes daripada Kluster Benteng.
Enam kes merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.
Katanya, enam kes import tersebut adalah dari Bangladesh (dua kes: satu kes di Negeri Sembilan, satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); China (satu kes di Sabah); Indonesia (satu kes di Sabah); Singapura (satu kes di Sarawak); dan Korea Selatan (satu kes di Selangor).
“Kes import melibatkan bukan warganegara telah memasuki Malaysia sebelum pelaksanaan sekatan kemasukan yang mula berkuat kuasa pada 7 Sept.
“Dua kes dari Bangladesh tiba di Malaysia pada 6 Sept dan telah disaring pada hari yang sama manakala satu kes dari China tiba di Malaysia pada 5 Sept dan disaring pada 6 Sept,” katanya.
Beliau menjelaskan keputusan ujian saringan individu terlibat dilaporkan positif COVID-19 hari ini serta beberapa kes import dilaporkan semalam.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk empat kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kekal 128 kes.
Menurut Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini, terdapat pertambahan kes bagi empat kluster iaitu Kluster Sungai, Kluster Telaga, Kluster Tawar dan Kluster Benteng LD hari ini.
Kluster Sungai di Kedah mencatatkan sebanyak 13 kes baharu manakala di Perlis satu kes dikesan positif COVID-19.
Dr Noor Hisham berkata bagi Kluster Telaga dan Kluster Tawar di Kedah, masing-masing terdapat satu kes baharu.
Bagi Kluster Benteng LD pula, sebanyak dua kes baharu dikesan di Tawau.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan hasil siasatan mendapati kes positif dalam kalangan petugas kesihatan KKM kebanyakan berpunca daripada penularan dalam kalangan petugas itu sendiri.
Katanya, ini menyumbang kepada 53 peratus daripada keseluruhan kes melibatkan petugas kesihatan, jangkitan daripada komuniti (22 peratus), manakala jangkitan semasa pengurusan pesakit yang belum diketahui status COVID-19 sebanyak 17 peratus.
“Setakat ini, tiada petugas kesihatan KKM yang dijangkiti COVID-19 semasa pengurusan pesakit disahkan COVID-19 di wad COVID-19 atau di ICU,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/covid-19-24-kes-baharu-di-rekodkan-18.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

Malaysia Mencatatkan 100 Kes Baharu Covid 19 Manakala Sebanyak 12 Kes Pulih

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 356 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan hari ini mencatatkan 100 kes baharu Covid 19 manakala 12 kes pulih Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 100 kes baharu itu membabitkan 85 penularan tempatan dan 15 kes importJumlah kematia...
Kes Baharu Covid 19 Melonjak Kepada 100 Kes Hari Ini Termasuk 85 Kes Tempatan

Kes Baharu Covid 19 Melonjak Kepada 100 Kes Hari Ini Termasuk 85 Kes Tempatan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 333 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 12 kes yang telah pulih pada hari ini Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih adalah sebanyak 9 136 Menurutnya juga terdapat...
Covid 19 Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

Covid 19 Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Selepas merekodkan satu kematian semalam COVID 19 meragut satu lagi nyawa hari ini menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat pandemik meningkat kepada 127 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 348 hits
PUTRAJAYA Kes positif COVID 19 hari ini terus mencatatkan satu angka dengan hanya lima kes baharu tiga daripadanya adalah penularan dalam negara manakala dua lagi adalah kes import Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
10 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 8 Kes Import Dicatatkan Hari Ini Kp Kesihatan

10 Kes Baharu Covid 19 Termasuk 8 Kes Import Dicatatkan Hari Ini Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 349 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih pada hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 36 kes yang telah pulih COVID 19 pada hari ini Jumla...
Singapura Catat 75 Kes Baharu Covid 19 14 Kes Import

Singapura Catat 75 Kes Baharu Covid 19 14 Kes Import

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 363 hits
SINGAPURA 9 SEPT Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 75 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan 14 kes import Menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini hari ini semua k...
Kes Covid 19 Melonjak 182 Kes 181 Penularan Tempatan

Kes Covid 19 Melonjak 182 Kes 181 Penularan Tempatan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR 11 Sept Kes baharu Covid 19 kembali melonjak ke tiga angka apabila mencatat 182 kes melibatkan 181 penularan tempatan serta satu kes import iaitu tertinggi dalam beberapa bulan selepas mencatat 100 kes Selasa lepas Ketua Pengar...
Covid 19 14 Kes Baharu 10 Jangkitan Tempatan

Covid 19 14 Kes Baharu 10 Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR 3 SEPT Jumlah kes baharu Covid 19 melibatkan penularan tempatan sekali lagi direkodkan lebih tinggi berbanding kes import dengan 10 kes hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata bagi ...
Kembali 2 Angka Covid 19 Catat 45 Kes Baharu Dilapor Hari Ini

Kembali 2 Angka Covid 19 Catat 45 Kes Baharu Dilapor Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 437 hits
Sebanyak 45 kes baharu COVID 19 dilaporkan di negara ini hari ini membabitkan 44 kes penularan tempatan dan satu kes import melibatkan warganegara yang pulang dari Brazil kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau ...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt