6 Tips Deko Bajet Menjelang Hari Raya Aidilfitri
Tips Deko Bajet Menjelang Aidilfitri | Menjelang Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan mula berpuasa atau dikenali sebagai bulan Ramadan. Selepas sebulan dipenuhi dengan aktiviti ibadah, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dinanti-nantikan di Malaysia menjelma dipenuhi dengan jamuan dan kemeriahan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selepas berpuasa sepanjang hari, kongsikan semangat kebersamaan dengan mengumpulkan keluarga dan rakan-rakan untuk sambutan perayaan. Sediakan rumah anda untuk semua makanan yang indah supaya anda menikmati satu sama lain dengan selesa dan bergaya. Berikut adalah beberapa petua untuk anda mencipta rumah yang mesra tetamu pada Ramadan ini untuk anda, keluarga dan rakan-rakan anda
Bila masuk bulan Ramadan, keinginan nak rumah nampak baru pun sama naik jugak! hahaha nafsu tu, nafsu! Tapi bajet tak berapa nak ada. Jiwa pulak meronta-ronta nak create suasana baru dan fresh untuk beraya. Macam mana ek?
Sebenarnya banyak cara renew dan Mamy Syu nak kongsi hacks untuk memberi nafas baru pada hiasan dalaman rumah kita tanpa keluarkan kos yang besar menjelang raya ni. Dengan hanya bajet sekitar RM50 – RM200 je, rumah dah boleh nampak lain ketika raya!
Yang penting kita kena bijak mencari barangan menarik dan murah. Pastikan tempat nak mencari barang tu jugak kena betul okey
Sekarang Shopee ada buat potongan gila-gila bersempena Jualan Riang Ria Raya! Okey, inilah masanya korang grab peluang mencari barang-barang deko untuk rumah korang. Sales Shopee ni bukan je banyak dapat diskaun murah-murah, malah ada sesi jualan kilat (flash sales) lagi setiap 4 jam. Flash Sale yang Shopee adakan ni kalian mesti alert betul-betul, sebab barang yang ditawarkan biasanya sesaat dua je dah lesap disambar beli oleh orang lain. So. Are you ready?!
Okey tanpa berlengah lagi jom tengok satu persatu tips nak deko rumah kita dengan bajet yang ciput
1. Perbaharui Tekstil Untuk Raya Segarkan semula rupa kediaman anda dengan beberapa kusyen tambahan, langsir atau ambal. Menghias Hari Raya dengan tekstil adalah ringkas, mesra dompet dan penampilan keseluruhan rumah anda boleh dipertingkatkan dengan cara yang menarik. Lapiskan tekstil, bermain dengan tekstur dan warna yang berbeza, dan serlahkan gaya anda dengan Shopee
Klik BELI SINI untuk membeli bidai tingkap dari Shopee, seperti di dalam gambar
2. Salin Sarung Kusyen Lama Kepada BaruPertama sekali, sarung kusyen yang dah biasa hari-hari kita tengok tu, kita kena salin! Serius wey. Dengan tersalinnya sarung kusyen kat ruang tamu yang bosan tu automatik berubah suasana dan memberikan mood berbeza. Feeling ruang tamu baru akan tercipta dengan sendirinya.
Kalau tak tukar langsir pun mata you all tetap akan nampak macam ruang tamu you all tu 'lain'
Anda Mungkin Meminati Juga : Sarung Sofa Velvet Kemas Dan Tak Mudah Ronyok
Untuk lebih detail, klik GAMBAR
3. Gantikan Karpet Bercorak Kepada Jenis ModenMenghias dengan hamparan rug dan karpet ialah cara mudah untuk menjadikan rumah lebih bersifat peribadi dan selesa. Rug boleh menjadi border atau pemisah ruang antara ruang tempat duduk, ruang menonton movie, tempat permainan elektronik, ruang makan, dan ruang tidur
Kalau sebelum ni karpet yang digunakan banyak corak kerawang dan bunga-bunga, cuba ubah selera dengan memilih karpet dengan rekaan kosong dan polos. Tapi warna tu kena lah compliment dengan langsir dan sofa. Jangan nak colour block sangat sampai nampak caca marba ruang tamu korang tu tau
Compliment the color tu tak semestinya kena sedondon dengan semua tekstil dalam rumah tau! Ia memadai sekadar masuk dengan tema yang sama. Contoh kalau purple, sesuai karpet warna cream dan dusty pink. Hijau pula satu tema denga color brown dan natural wood. Ahh gittchew!
Siapa sangka karpet pun boleh beli online kan? Itulah salah satu sebabnya aku suka shopping online. Tak payah bazir minyak kereta, bazir tenaga nak angkut barang bawak balik. Tunggu je courier hantar depan pintu rumah.
Klik gambar untuk beli karpet di Shopee
Klik dan dapatkan karpet bulu dari Shopee
4. Beri Nafas Baru Pada Featured WallSekian lama dinding rumah kita dengan warna yang sama, tapi kalau nak cat semula, konfem lah kos tinggi! Setin cat pun dah seratus lebih kot! So apakata kita serlahkan transformasi ruang tamu kita hanya dengan mengubah background dinding utama kita atau omputih panggil featured wall tu?
Sekarang ni dah banyak dan senang je nak dapatkan wallpaper DIY yang suami korang sendiri pun boleh pasangkan.
Klik Sini Untuk Cuci Mata dengan Wallpaper Menarik
Pengalaman pertama aku membeli wallpaper ni secara online dulu, memang sangat-sangat mengecewakan. Seller tu cakap tak serupa bikin. Dia cakap, tak payah letak gam dah, pastu kononnya 3 roll dah cukup lah. Padahal salah semua perkiraan dia tu. Bila sampai, aku nak pasangkan, rupanya kena letak gam sendiri. Bukan nya jenis self adhesive macam yang dikata. urghh
Dan itulah, barang pertama dan deal pertama aku secara online di facebook, dan ditipu pon pertama kali jugak lah! Nak marah sungguh. Masa tu aku baru nak berjinak-jinak dengan shopping online, tapi dah kena tipu. Bila kena macam ni, aku tak tahu nak mintak tolong sape. Seller dah lari, lesap menghilangkan diri, pastu dia pulak independent seller, bukan seller yang terikat dengan mana-mana entiti. Kalau seller bawah e-commerce, boleh la kita log report
Sekarang ni mudah. Beli dengan Shopee, kalau ada pape masalah, kita report je salahlaku seller tu pada Shopee Customer Service Team. Nasib kita sebagai pelanggan lebih terjaga. So macam mana pulak pengalaman korang membeli belah secara online? Pernah terkena atau terpedaya macam yang aku kena tak? Share lah sikit kat komen
5. Tambah Cermin Hiasan DindingKlik > Cermin Hiasan Dinding < untuk membeli di Shopeedeko ruang tamu minimalis
Dengan keupayaan memantulkan cahaya, cermin hiasan dapat membantu mencipta ilusi optik yang membuatkan ruang tamu kita terasa seolah-olah luas dan lapang. Selain dapat memberikan nafas baru kepada hiasan dalaman rumah sempena raya, hiasan dinding berbentuk cermin juga mampu mengubah mood rumah kita kepada suatu suasana yang lebih lapang dan fresh
tip ruang tamu kecil tapi cantikuntuk mewujudkan efek lapang, cermin hiasan tu hendaklah di letakkan bersebelahan atau bertentangan dengan jendela atau pintu sliding
Deko rumah sempit nampak luasSo cermin tu akan memantulkan imej tingkap atau sliding door tersebut lalu secara tak langsung menghasilkan pencahayaan dan efek luas pada ruang tamu kita
6. Sediakan jamuan Hari Raya Aidlilfitri anda dengan bergaya Selepas semua kerja keras untuk menghias rumah anda, kini tiba masanya untuk menyediakan dan mempamerkan kemahiran memasak terbaik anda kepada keluarga dan tetamu! Anda boleh menjangkakan untuk menemui banyak makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, lontong, kuih raya dan banyak lagi untuk dijamu. Dan pada masa-masa seperti ini, meja makan menjadi tumpuan utama para tetamu
Untuk membeli new set of dining table, kosnya agak berat nak ditanggung, ye tak? Jadi untuk segera mengubah ruang makan menjadi tampak baru, anda boleh mengenakan waterproof sticker ke atas meja makan anda dan sekelip mata ruang makan nampak baru dan menawan
Klik sahaja atas gambar ini untuk membeli dari Seller di Shopee
Anda mungkin boleh menambahkan table runner juga pada meja makan bagi mnaikkan lagi seri, seperti idea dari pemilik rumah di bawah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2017/11/tips-deko-bajet-menjelang-tahun-baru.html