Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Pekerja
Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Jawatan Pekerja
Jika anda sedang mencari cara menulis contoh surat pengesahan majikan yang simple dan ringkas untuk pekerja, ini adalah contoh terbaik yang boleh dapatkan di sini.
Surat pengesahan majikan cukup penting bagi seseorang pekerja, ia dijadikan sebagai bukti seseorang pekerja itu sudah pun diterima bekerja selepas tempoh percubaan bekerja.
Dalam surat ini akan mengandungi beberapa butiran penting termasuk berapa gaji dan pendapatan bulanan anda, jawatan yang diberikan kepada anda dan lain-lain lagi. Ini pula contoh surat berhenti kerja sebulan dalam bahasa melayu
Kegunaan dan kelebihan surat ini sangat banyak. Banyak yang boleh digunakan untuk memohon pinjaman perumahan (housing loan), pinjaman peribadi (personal loan), kad kredit (card credit), akaun bank, tujuan rasmi dengan agensi kerajaan dan tidak lupa apabila anda ingin sambung belajar.
Format Surat Pengesahan majikan
Surat yang baik dan bagus untuk tujuan seperti di atas memerlukan beberapa butiran dan penting seperti di bawah ini
Letakkan Kepala Surat atau Letter Head SyarikatLetakkan nombor rujukan suratLetakkan Tarikh suratLetakkan Nama dan alamat penerimaLetakkan tajuk dan tujuan suratLetakkan Nama PekerjaLetakkan Nombor Pengenalan IC pekerjaLetakkan tarikh pekerja mula bekerjaLetakkan tempoh pekerja bekerjaLetakkan status bekerja samada pekerja tetap atau pekerja kontrakLetakkan nombor gaji pekerjaLetakkan gaji dan pendapatan kasar termasuk elaun setiap bulanLetakkan gaji dan pendapatan BERSIH setiap bulanLetakkan nama pegawai atau pengarah syarikat yang mengesahkan suratLetakkan jawatanLetakkan nama syarikatLetakkan cop syarikatLetakkan Nombor Telefon Pejabat
Koleksi Contoh Surat Pengesahan Majikan
Kami berikan beberapa contoh terbaik tapi masih lagi simple dan ringkas yang boleh anda rujuk yang boleh anda gunakan dalam format word ataupun dalam format pdf
Contoh 1
KEPALA SURAT AGENSI KERAJAAN
No Rujukan:
Tarikh
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
No11, Tingkat 7 (podium)
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 Putrajaya
(u.p: Pengarah Bahagian Penguatkuasa)
Yang Berbahagia Dato
PENGESAHAN MAJIKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG TANPA IZIN (PATI)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas
Dengan ini disahkan bahawa penama di awah adalah pekerja sedia ada di syarikat ini. Berikut butir perkhidmatan penama
(i) Nama penuh:
(ii) Nombor passport:
(iii) Jawatan
(iv) Pendapatan
(v) Tarikh mula berkhidmat
Surat pengesahan ini hanya bagi tujuan permohonan penyertai program pengajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Sekian, terima kasih.
(Tandatangan Pengarah Syarikat)
(Nama Pengarah Syarikat)
Jawatan
No Telefon
No Faks
Cop Syarikat
Boleh terus download sini, http://www.mpma.org.my/Documents.pdf
Boleh Ubahsuai
Daripada contoh pengesahan majikan yang diberikan ini, anda boleh ubahsuai dan olah ikut kegunaan semasa anda samada mahu tunjukkan kepada pihak bank untuk pinjaman perumahan kerajaan, pihak sekolah melibatkan pasangan anda untuk tujuan pertukaran sekolah ataupun untuk permohonan upu anda anda ataupun permohonan bantuan semasa pkp dan pkpb.
Anda juga boleh copy dan convert dalam format word atau PDF seperti yang anda inginkan. Dipersilakan.
Ia boleh juga diolah untuk pengesahan pendapatan untuk anda yang bekerja sendiri atau boleh dijadikan contoh surat pemberhentian pekerja dari majikan
Jika anda merasakan contoh surat pengesahan majikan ini sangat membantu anda, boleh SHARE di FACEBOOK dan Whatapps andasekarang. Dipersilakan!
Sumber Asal Yang Rasmi : Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Pekerja
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/contoh-surat-pengesahan-majikan