Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk Efiling 2026
Seperti setiap tahun, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi individu menerusi laman web https://www.hasil.gov.my/.
Berikut adalah senarai pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing yang akan dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Adakah Anda Layak Dikenakan Cukai?
Cukai pendapatan dikenakan terhadap setiap individu bagi pendapatan yang terakru atau terbit di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia bagi setiap tahun taksiran.
Seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf mastautinnya.
Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.
Sebarang punca pendapatan daripada luar Malaysia yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dikecualikan cukai.
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran
I) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 34,000 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.
Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.
Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran :
JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)Diri Sendiri(Bujang / janda / balu / duda / pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111Berasingan1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,1112. Berkahwin + 1 Anak 3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444Bersama1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,0002. Berkahwin + 1 Anak50,0004,1673. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333
Nota:
* Jumlah pelepasan individu dan saudara tanggungan adalah RM9,000
** Jumlah pelepasan anak di bawah umur 18 tahun adalah RM2,000 bagi seorang anak
*** Jumlah kelayakan rebat (diri sendiri dan suami / isteri) terhad kepada pendapatan bercukai individu sehingga RM35,000

II) JUMLAH PENDAPATAN PENGGAJIAN PERNIAGAAN (INDIVIDU) YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai (termasuk sebarang bentuk perniagaan yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak berkuasa (Ekonomi Bayangan).
Perniagaan terdiri daripada:
Milikan Tunggal / Bekerja Sendiri
Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
Perkongsian
Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Individu-individu
Dua syarikat
Individu dan syarikat
Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
Contoh Perniagaan :
Perniagaan Runcit
Perniagaan Pasar Malam / Gerai
Perniagaan Melalui Internet (Ekonomi Digital)
Bidang Lakonan / Nyanyian / Duta Produk / Ulasan Produk
Komisen / Kelas Tuisyen / Penceramah
Perniagaan Jualan Langsung / Stokis
Bidang Penulisan / Youtuber / Blogger
Pertanian dan Penternakan
Klinik, Firma Guaman atau Lain-Lain Pengamal Profesional
Pemandu Teksi / e-hailing
Senarai Pelepasan Cukai 2025
Berikut adalah senarai pelepasan bagi cukai untuk tahun 2025:
1- Individu
Individu dan saudara tanggungan: RM9,000
Suami/Isteri/Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000
Potongan tambahan individu kurang upaya: RM7,000
Suami/isteri kurang upaya: RM6,000
Yuran pengajian (sendiri): RM7,000
i) Di peringkat tertiari selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
ii) Di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah.
iii) Kursus peningkatan kemahiran (terhad RM2,000).
Pembayaran Faedah Pinjaman Perumahan Bagi Pemilikan Rumah Pertama (Perjanjian jual beli mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027) RM7,000
– Had pelepasan harga rumah kediaman sehingga RM500,000: RM7,000; Atau
– Had pelepasan harga rumah kediaman melebihi RM500,000 sehingga RM750,000: RM5,000
2- Perubatan & Keperluan Khas
Diri Sendiri, Pasangan atau anak: RM10,000
– Penyakit serius
– Rawatan kesuburan
– Pemvaksinan (Terhad RM 1,000)
– Pemeriksaan dan rawatan pergigian (Terhad RM 1,000)
– Pemeriksaan perubatan (Terhad RM1,000)
– Diagnosis/intervensi awal/pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (Terhad RM 6,000)
Perbelanjaan Untuk Ibu Bapa & Datuk Nenek: RM8,000
– Perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, keperluan khas dan penjaga
– Pemeriksaan perubatan penuh dan pemvaksinan (Terhad RM1,000)
Perbelanjaan Peralatan Sokongan Asas Untuk Orang Kurang Upaya (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa) RM6,000
3- Gaya Hidup
Perbelanjaan Gaya Hidup RM2,500
Manfaat diri sendiri, pasangan atau anak
– Pembelian atau langganan bahan bacaan
– Pembelian komputer peribadi, telefon pintar / tablet
– Bil langganan internet
– Yuran kursus peningkatan kemahiran / kemajuan diri
Pelepasan Tambahan RM1,000
– Pembelian peralatan dan aktiviti sukan
– Sewaan atau fi kemasukan ke fasiliti sukan
– Fi pendaftaran pertandingan sukan
– Fi keahlian gimnasium/latihan sukan
Kenderaan Elektrik & Mesin Kompos Sisa Makanan Domestik RM2,500
4- Insurans
Insurans nyawa dan KWSP: RM7,000
Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh: RM3,000
SSPN (Tabung Bersih): RM8,000
Insurans pendidikan dan perubatan: RM4,000
PERKESO: RM350
5- Cukai Anak
Anak di bawah umur 18 tahun belum berkahwin: RM2,000
Anak – 18 tahun dan ke atas: RM8,000
i) Belum berkahwin.
ii) Belajar sepenuh masa (Diploma atau setaraf di Malaysia / ijazah dan ke atas di luar Malaysia).
Anak – 18 tahun dan ke atas: RM2,000
i) Belum berkahwin.
ii) Belajar sepenuh masa.
Anak kurang upaya belum berkahwin: RM8,000
Pelepasan tambahan: RM8,000
i) Umur 18 tahun ke atas
ii) Belum berkahwin.
ii) Belajar sepenuh masa (Diploma atau setaraf di Malaysia / ijazah dan ke atas di luar Malaysia).
Yuran taska / tadika berdaftar: RM3,000
i) Umur 6 tahun dan ke bawah.
ii) Dibenarkan tuntutan sama ada suami atau isteri.
Pembelian peralatan penyusuan: RM1,000
i) Pembayar cukai wanita sahaja.
ii) Anak berumur kurang 2 tahun.
iii) Boleh dituntut sekali setiap 2 tahun taksiran.

Apakah Yang Patut Dilakukan Jika Anda Layak Dikenakan Cukai?
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL.
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
Lapor Pendapatan Tahunan
Bayar Cukai Pendapatan
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran ATAU secara online melalui Portal MyTax.
NOTA:
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
Maklumat Lanjut Tentang Pelepasan Cukai 2025
Sila layari laman web http://www.hasil.gov.my/ atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan Hasil Care Line untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2025 bagi memudahkan proses e-Filing 2026.
Apakah maksud pelepasan cukai? Pelepasan cukai ialah jumlah yang boleh ditolak daripada pendapatan bercukai anda bagi mengurangkan cukai yang perlu dibayar.
Berapa pelepasan untuk diri sendiri & saudara tanggungan? Anda boleh tuntut RM9,000.
Adakah faedah pinjaman perumahan boleh dituntut? Ya. Faedah pinjaman rumah pertama (jual beli antara 1 Jan 2025 – 31 Dis 2027) layak tuntut RM7,000.
Berapakah pelepasan perubatan untuk diri, pasangan atau anak? Sehingga RM10,000 meliputi:
Penyakit serius
Rawatan kesuburan
Pemeriksaan kesihatan (terhad RM1,000)
Pemeriksaan perubatan, vaksinasi & konsultasi
Ada pelepasan untuk penjagaan ibu bapa? Ya:
Perbelanjaan rawatan & penjagaan ibu bapa/datuk nenek → RM8,000
Sokongan asas OKU (diri/pasangan/anak/ibu bapa) → RM8,000
Apa yang termasuk dalam pelepasan gaya hidup RM2,500? Pembelian buku, majalah, alat tulis
Pembelian komputer/telefon/tablet
Yuran gym/fitness
Bayaran bil langganan internet
Yuran kursus peningkatan kemahiran
Apa itu pelepasan tambahan RM1,000 untuk gaya hidup? Untuk:
Peralatan aktiviti sukan
Yuran kemasukan ke fasiliti sukan
Keahlian gim / latihan sukan
Peralatan keselamatan sukan
Berapa pelepasan untuk insurans nyawa dan KWSP? Sehingga RM7,000.
Berapa pelepasan untuk SSPN? Tuntutan sehingga RM8,000.
Caruman PERKESO boleh tuntut? Boleh, sehingga RM350.
Infografik ini ringkasan sahaja — di mana nak rujuk maklumat penuh? Maklumat lengkap di portal rasmi LHDN / HASiL: https://www.hasil.gov.my/

Hasil Care Line
03-8911 1000
Sekiranya mengalami masalah menghubungi Hasil Care Line, sila hubungi mana-mana Cawangan LHDNM terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Baca juga: MyTax Hasil: Cara Daftar & Login e-Filing 2025 Kali Pertama
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/pelepasan-cukai-2025-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pelepasan-cukai-2025-2026