Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum ini merupakan contoh pelan rangka kerja unit kokurikulum di sesebuah sekolah. Pelan rangka kerja ini perlu dibuat dengan teliti dan teratur bagi memastikan kegiatan aktiviti kokurikulum di sekolah sentiasa berjalan aktif dari masa ke masa. Lazimnya pelan rangka kerja ini dilakukan pada awal sesi persekolahan bermula bagi merangka perjalanan program-program kokurikulum dan tindakan-tindakan yang perlu diambil kira oleh pihak yang terlibat.
Perkara yang menjadi tunjang utama dalam sesebuah perancangan strategik ini adalah merancang (planning), mengelola (organizing), memimpin (leading), dan mengawal (controlling) bagi memastikan keteraturan dalam mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan dari awal.
Kepentingan Perancangan Strategik Kokurikulum
Perancangan strategik kokurikulum ini mengandungi beberapa kepentingan tertentu, iaitu:
Misi, visi, dan strategi Kokurikulum di sekolah dapat diterjemahkan kepada bentuk pelaksanaan langkah kerja harian dengan jelas.
Prestasi organisasi unit Kokurikulum dapat dikawal melalui penghubungan antara matlamat strategik utama dengan petunjuk-petunjuk prestasi utama (keys perfomance indicator).
Keupayaan pemimpin dalam mengukur dan mengawal strategi secara berkesan bagi mencapai misi dan visi organisasi dapat dipertingkatkan.
Pengurusan masa, tenaga, dan kos yang cekap dan berkesan juga dapat dimaksimakan seboleh mungkin.
Satu rangka kerja bagi menentukan hala tuju dan masa hadapan kegiatan kokurikulum sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat luar sekolah dapat dibina dengan teratur dan sistematik.
Peningkatan prestasi Kokurikulum dapat diramal dengan lebih awal melalui rangka kerja yang telah disusun atur.
Memberi ruang kepada semua ahli organisasi yang terlibat untuk turut serta dan bertanggungjawab dalam mencapai matlamat organisasi.
Organisasi unit Kokurikulum dapat diseimbangkan dengan perkembangan persekitaran.
Organisasi unit Kokurikulum juga dapat meramal cabaran luaran ataupun dalaman yang bakal dilalui dan menyediakan langkah proaktif dengan lebih awal.
Matlamat Perancangan Strategik Kokurikulum
Perancangan strategik kokurikulum ini dirangka secara sistematik dan teratur demi mencapai beberapa matlamat yang telah disasarkan lebih awal, iaitu:
Meningkatkan pencapaian markah keseluruhan Kokurikulum.
Meningkatkan pencapaian Sukan dan Permainan.
Meningkatkan pencapaian Ko-Akademik.
Meningkatkan pencapaian setiap Badan Beruniform.
Meningkatkan skor PAJSK.
Meningkatkan penyertaan di peringkat luar sekolah dalam acara atau program yang dipertandingkan.
Komponen Utama Perancangan Strategik Kokurikulum
Berikut merupakan beberapa komponen utama yang perlu diwujudkan dalam sesebuah perancangan strategik kokurikulum di sekolah, antaranya ialah:
Misi
Visi
Matlamat Strategik
Objektif Berdasarkan Matlamat Strategik
Analisis SWOT Kokurikulum
Strategi Kokurikulum
Pelan Tindakan
Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program Kokurikulum
Maklum Balas Prestasi Kokurilum dan Penambahbaikan
Dapatkan “Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum” di sini
Di sini admin nak kongsikan beberapa contoh perancangan strategik kokurikulum. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘DOC’
Download :
Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum
Contoh Perancangan Strategik Unit Kokurikum Sekolah Kebangsaan Jerong
Diharapkan perkongsian Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum ini dapat memberi panduan kepada guru-guru di sekolah terutamanya guru-guru yang terlibat dalam pengurusan Unit Kokurikulum. Contoh-contoh perancangan strategik ini juga boleh digunakan dalam menambah baik pelan rangka kerja Kokurikulum yang sedia ada.
Anda juga boleh dapatkan perkongsian berkenaan Kompilasi Lengkap Modul Latihan Sukan Kokurikulum , Senarai Semak Fail Kokurikulum , ataupun Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah Sesi 2021 sebagai keperluan rujukan tambahan dalam mengendalikan pengurusan Unit Kokurikulum di sesebuah sekolah.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkongsian kategori lain seperti isu semasa, bantuan kerajaan, jawatan kosong dan sebagainya yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang Sistem Guru Online.
Contoh Perancangan Strategik Kokurikulum
Noorazlin Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/03/contoh-perancangan-strategik-kokurikulum.html