Contoh Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Pelbagai Jawatan


Contoh-contoh surat berhenti kerja yang akan saya kongsikan adalah antara koleksi peribadi dan ada juga yang saya ambil dari sumber internet. Untuk berhenti kerja juga kena ada tatacara, tidak boleh cabut macam itu je...

Imej dan personaliti yang baik akan menjadikan kita lebih disenangi oleh bos atau rakan-rakan sekerja. So, sebelum anda berhenti kerja, hantar surat berhenti kerja yang ringkas dan padat. Tak perlu hendak memaki hamun bekas majikan kita. Okey!!



Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja Untuk Pelbagai Jawatan
Segala contoh surat menyurat di bawah ada dalam bentuk ringkas, ia boleh di jadikan asas dalam menulis surat berhenti kerja. Anda boleh tambah atau buang mana yang tidak berkenaan.
1) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Pekerja Sementara:
Tarikh: 24 November 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Pengurus,
Senang Hardware Sdn. Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

PER: NOTIS BERHENTI KERJA

Merujuk kepada perkara di atas, saya AYNORA NUR BINTI ABDULLAH ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya ingin berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu mulai 24 Disember 2014.

2. Untuk makluman tuan, tujuan saya ingin berhenti kerja adalah kerana telah mendapat tawaran menyambung pelajaran di sebuah IPTA.

3. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dan segala jasa baik dan kerjasama dari pihak tuan sepanjang saya berkhidmat di sini. Sekian, terima kasih

Yang benar,


……………………………………………
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)NO I/C: 123456-78-9090




2) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Perkeranian:
Tarikh: 24 November 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Pengurus,
Senang Hardware Sdn. Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI KERANI PENTADBIRAN

Perkara di atas dirujuk.

Adalah saya seperti nama di atas memberikan notis perletakan jawatan satu (1) bulan berkuatkuasa dari tarikh surat ini.

Saya ingin meletakkan jawatan kerana masalah peribadi.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat dan kakitangan di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang dua tahun saya bekerja di syarikat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


...............................................................
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)
NO K/P: 123456-78-9090



3) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Pegawai:
SULIT & PERSENDIRIAN

Tarikh: 24 November 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Pengurus,
Senang Hardware Corporation Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

Tuan,

PER: PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI AKAUN


Saya dengan ini secara rasmi ingin meletakkan jawatan sebagai Pegawai Akaun di Senang Hardware Corporation Bhd. Saya telah mendapat tawaran dan peluang pekerjaan baru dengan sebuah syarikat yang lebih dekat dengan tempat tinggal dan telah menerima tawaran tersebut.

Tarikh akhir saya bekerja sebagai Pegawai Akaun adalah pada 31 Disember 2014.

Selama bekerja di syarikat ini saya telah berpeluang menimba pengalaman berharga, kakitangan yang dedikasi dan menambahkan pengetahuan saya dalam bidang perakaunan.

Segala kerjasama dan sokongan pihak pengurusan selama ini amat saya hargai. Sila maklumkan kepada saya jika pihak syarikat memerlukan bantuan sebelum perkhidmatan saya berakhir dalam beberapa minggu ini.

Sekian, terima kasih

Yang benar,


................................................................
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)
NO IC: 123456-78-9090


4) Contoh Surat Berhenti Kerja Jawatan Pengurus:
SULIT & PERSENDIRIAN

Tarikh: 1 Disember 2014

Aynora Nur binti Abdullah
No 40, Jalan Bunga 2/3
Taman Bunga Raya
81000 Kulaijaya
Johor
__________________________________________________________________________

Vice President,
Senang Hardware Corporation Bhd.
No 1, Jalan Niaga
Taman Bahagia
81000 Kulaijaya
Johor

Tuan Vice President,

PER: NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGURUS PEMASARAN 
Perkara di atas adalah dirujuk

Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin meletakkan jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di Senang Hardware Corporation Bhd. Tarikh akhir saya sebagai Pengurus Pemasaran adalah pada 1 Februari 2015.

Saya amat menghargai segala peluang, sokongan dan bantuan profesional yang diberikan oleh pihak pengurusan sepanjang saya bekerja di syarikat ini.

Semoga syarikat lebih maju pada masa hadapan

Yang benar,

..............................................................
(AYNORA NUR BINTI ABDULLAH)NO IC: 123456-78-9090 



Anda boleh 'copy dan paste' contoh-contoh surat di atas sebagai rujukan atau memudahkan anda menulis surat berhenti kerja. Ada sesetengah surat rasmi yang bernombor seperti Contoh Surat 1. Ini biasanya digunakan di dalam jabatan kerajaan.

Bagi kakitangan swasta, anda boleh menulis berdasarkan perenggan demi perenggan bagi memisahkan cerita atau sebab yang hendak disampaikan. 
Anda tidak perlu menuliskan sebab musabab untuk berhenti kerja, tetapi jika dinyatakan adalah lebih bagus. 
Semoga bermanfaat. Sebarkan info, sebarkan bahagia.    Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2014/11/tips-kerjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Sedia Melepaskan Jawatan Menteri Jika Di Arahkan Oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno

Khairy Sedia Melepaskan Jawatan Menteri Jika Di Arahkan Oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 289 hits
PUTRAJAYA Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatannya dalam Kabinet jika diarahkan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Katanya beliau terikat kepada sebarang keputusan MKT UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk...
Gila Kerja Betul Ke Ada Masalah Mental Cuba Periksa Tanda Tanda Ini

Gila Kerja Betul Ke Ada Masalah Mental Cuba Periksa Tanda Tanda Ini

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 337 hits
Gila Kerja Adakah petanda ada sakit mental Pernah Well dulu pernah merasainya sebab rasa macam musnah masa depan tempat kerja aku kalau tak siap kerja tu dengan sebaiknya Rahsia la kerja camana huhu Tanya mak aku kadang kadang balik malam m...
Individu Gila Kerja Ada Masalah Mental

Individu Gila Kerja Ada Masalah Mental

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 1083 hits
Adakah anda tahu sekiranya seorang yang gila kerja yang dalam bahasa Inggeris lebih dikenali dengan nama workaholic bermaksud anda terlalu taksub dan sibuk bekerja seolah olah sudah ketagih dengan pekerjaan tersebut Ia adalah satu keadaan d...
Bagaimana Cara Memohon Kerja Di Bank

Bagaimana Cara Memohon Kerja Di Bank

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 440 hits
As salammualaikum Bismillahhirahmanirrahim Sebenarnya ada juga yang datang bertanya kepada saya di whatsapp dan email bagaimana cara memohon kerja di Bank Mungkin kerana mereka membaca entry saya tentang pengalaman bekerja di bank selama 13...
Persiapan Alih Kelola Blok Rokan Pdc Pastikan Keselamatan Kerja

Persiapan Alih Kelola Blok Rokan Pdc Pastikan Keselamatan Kerja

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 166 hits
Menurut Jusup Budiarto memastikan keselamatan kerja sudah menjadi komitmen manajemen agar dalam setiap project yang dilaksanakan dapat meminimalisir insiden
Jangkitan Covid 19 Di Tempat Kerja Laksanakan Protokol Tindak Balas Kecemasan

Jangkitan Covid 19 Di Tempat Kerja Laksanakan Protokol Tindak Balas Kecemasan

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 213 hits
Jangkitan pandemik Covid 19 di tempat kerja khususnya tapak binaan semakin berleluasa dan membimbangkan Sususan itu Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh mahu kerajaan mencari cara berkesan menanganinya termasuk tegas menguatkuasakan P...
Pelabuhan Patimban Butuh 4 3 Juta Tenaga Kerja Baru Dalam 15 Tahun

Pelabuhan Patimban Butuh 4 3 Juta Tenaga Kerja Baru Dalam 15 Tahun

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 269 hits
Dalam 30 tahun ke depan Subang akan sukses menjadi kawasan dan Kota pelabuhan yang luar biasa Hal ini bisa mencontoh kawasan Industri Bekasi yang membutuhkan 30 tahun untuk menjadi sukses seperti sekarang
Hati Hati Scammer Boleh Menyerupai Pelbagai Watak Adakah Anda Tahu

Hati Hati Scammer Boleh Menyerupai Pelbagai Watak Adakah Anda Tahu

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 337 hits
kredit facebook BekazonAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat sahabat Naim harap semua baik baik belaka di samping keluarga tercinta Yang mana berada di kawasan pantai timur Naim doakan baik baik belaka semoga selamat da...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu