Bagaimana Cara Memohon Kerja Di Bank
As salammualaikum,
Bismillahhirahmanirrahim (20/12/2020)
Sebenarnya ada juga yang datang bertanya kepada saya di whatsapp dan email bagaimana cara memohon kerja di Bank.Mungkin kerana mereka membaca entry saya tentang pengalaman bekerja di bank selama 13 tahun iaitu di link artikel ini :Berakhirnya khidmat di CIMB BANK selepas hampir 13 tahun.
Jika ada yang ditawarkan dalam bidang sales pula mungkin artikel ini boleh jadi bahan rujukan :
Pengalaman bekerja sebagai Personal Financial Consultant (PFC).
Yang selalu menjadi soalan pembaca saya adalah bagaimana untuk memohon kerja di sektor perbankan?Apakah tips untuk dapatkan kerja di bank? Selalunya yang bertanya adalah fresh graduate dan memang mengambil jurusan banking.Ada juga yang bertanya bila nak masuk dunia sales dalam bank.
Sebenarnya jujur saya katakan,saya tiada tips atau cara yang pantas selain memohon seperti kebanyakan pemohon kerja.Ketika tahun 2005 usia saya 18 tahun,ketika itu saya hanya ada sijil SPM memohon kerja di bank.Saya belajar part time malam diploma itu pun tidak dapat dihabiskan kerana masalah dalaman kolej tempat saya belajar.Kecewa ya juga sebab saya dah habis ribuan ringgi duit gaji dari kerja-kerja part time yang saya buat sebelum ini untuk bayar yuran kolej akhirnya saya tidak dapat habiskannya.
Bukanlah saya tidak masuk universiti kerana tercorot dalam SPM.Malah saya juga tersenarai sebagai pelajar contoh dan terbaik ko-kurikulum.SPM result pun sangat baik.Namun atas beberapa masalah yang tidak dapat saya atasi dengan kudrat saya tika itu,impian saya ke universiti lebur.Namun hari ini, dan saat ini saya mampu mencapai impian kerjaya setanding dengan apa yang kawan-kawan saya capai .Alhamdulilah,Allah memberi rezeki pelbagai cara dan laluan.
Pengalaman saya memohon kerja di bank?
Ketika tahun 2005,akses pada internet masa itu masih susah.Saya tiada handphone canggih,mungkin kerana sebelum ini gaji saya habis untuk membayar wang kolej. Ketika itu saya jadi receptionist cum doctor helper disebuah klinik panel di Wisma MCA.Bila klinik dalam bangunan pejabat sebenarnya tidaklah berapa sibuk.Jadi saya banyak masa senggang.Saya bosan.
Saya pun menaip sepucuk surat disertakan resume dan saya mula terfikir untuk bekerja di bank.Bukan apa,ketika itu kalau dapat kerja di bank rasanya satu kampung macam bangga dengan kita.Saya nak sangat buat mak saya bangga jika saya dapat kerja yang lebih baik.Sudah semestinya dengan gaji yang lebih baik.
Saya poskan surat dan resume saya ke semua bank-bank yang ada di Malaysia.Saya yakin "Allah tidak akan mengkhianati usaha".Setiap usaha jika kita dapat apa yang kita nak alhamdulilah,jika tidak maka ALLAH pasti sudah merancang yang lebih baik untuk kita.Atas keyakinan itu saya terpandang buku Yellow PAGES.Disitu saya cari satu persatu alamat headquarters bank-bank di Malaysia.Ya lah mana ada handphone untuk check google kan.Kita pun budak lagi masa tu.
Jadi saya hantar ke semua bank seperti Southern Bank (Sekarang namanya CIMB),Bank paling saya suka Bumiputra Commerce ,BCB ,Standard Chartered,RHB Bank dan pelbagai lagi.Saya tidak spesifikkan position apa yang saya nak,ya lah siapalah saya nak demand nak position itu ini,Saya hanya mention sebarang kerja yang bersesuaian dengan umur dan kelulusan yang saya ada ketika itu.
Alhamdulilah,akhirnya Southern Bank buat panggilan pada saya dan saya telah dipanggil interview di level 20,Bangunan Southen Bank.Ketika itu saya masih ingat pengalaman interview yang terlalu peribadi untuk saya ceritakan pada umum.Pertama kali saya juga dapat surat reject tawaran dan kemudian dapat panggilan semula untuk memulakan kerja.Reject dan diterima oleh bank yang sama pada satu masa yang sama bukanlah kerana saya hebat selain percaturan ALLAH yang maha Esa.Syukur Alhamdulilah...
Jika anda baca artikel saya diatas iaitu [ Berakhirnya khidmat di CIMB BANK selepas hampir 13 tahun. ],pasti serba sedikit anda tahu bagaimana saya meniti karier di bank dari hanya sebagai kerani juruwang di kaunter dan saya tinggalkan CIMB (Dulu SOUTHERN BANK). CIMB adalah hasil merger antara bank Southern dengan Bumiputra Commerce suatu masa dulu.Saya tinggalkan CIMB dengan position Retail Segment Manager.
Kerja keras,fokus dan sedikit keberanian juga ditambah dengan semangat berkobar-kobar dalam bekerja adalah resipi yang menjadikan siapa saya sekarang.Dan pengalaman ini sangat mahal harganya.
Now tahun 2020,15 tahun berlalu.Saya masih lagi bergelar banker bilamana saya dapat tawaran yang lebih baik.Maka saya terima sahaja tetapi di bank berbeza dan cara kerja berbeza.Ternyata kali ini fokus saya lebih terarah pada keluarga dan membesarkan anak-anak.Jika ada pun kerja di bank,ia tidaklah terlalu membebankan saya.
Jadi persoalan nya sekarang,zaman sudah canggih dan teknologi yang lebih baik.Mungkin cara anda memohon pekerjaan di bank itu lebih mudah.
Boleh sahaja google alamat HR setiap banking.Boleh hantar soft copy secara email mahupun hard copy ke alamat HR untuk memohon kerja.
Jika anda ada saudara atau pun kawan-kawan di bank,boleh minta mereka submit resume pada HR.Jika anda kenal bahagian atau department yang memerlukan pekerja lebih mudah sebenarnya untuk anda memohon.
Sebenarnya di sektor pekerjaan apa pun,jika anda tiada paper namun ada skill sales,department yang memudahkan anda cepat naik adalah dalam sales.Your effort show your result.People easy to recognise you apalagi kalau you perform.Sebab tu ada kawan akak dua tahun sahaja jadi sales person naik pangkat.Skill menjual memang sangat diperlukan dalam banyak sektor.Namun jika anda tidak berminat tetapi ada skill yang lain,banyak sahaja department yang akan memerlukan kemahiran dan ilmu perbankan yang anda ada.
Jangan berhenti mencuba dan memohon.Paling penting solat hajat,puasa sunat dan doa banyak-banyak.Spesifikkan doa kenapa anda nak kerja di bank dan apa yang anda boleh buat dengan bekerja di bank.InsyaALLAH jika tertulis rezeki anda pasti akan dapat juga suatu hari nanti.Namun jika tidak,jangan bersedih Allah tahu mana yang terbaik buat hambaNya.
Urus Sosial Media anda sebaiknya.
Sekarang ramai recruiter mahupun boss setiap department akan cari sosial media anda dan baca apa yang anda tulis.Jangan lupa tulis perkara yang baik-baik di sosial media untuk menunjukkan anda seorang yang tidak prejudis dan sangat professional.Apa yang anda tulis diibaratkan sebagai peribadi anda.
Jangan lupa join LinkedIn kerana disitu ramai yang mencari kerja dan juga orang HR yang akan berkongsi pelbagai tips untuk memohon kerja.Ada juga yang mengiklankan kerja kosong.Follow dan connect dengan recruiter perbankan.Jika anda jumpa seorang pasti akan terjumpa lebih ramai lagi lepas itu.
Tulis disitu kemahiran anda dan apa yang anda belajar yang boleh dipraktikkan oleh orang awam dan nyatakan kerja yang ingin anda lakukan jika diterima berkerja di bank.Hastag penting.Ada kawan saya yang dapat job dari linkedIn apalagi job-job freelance sangat banyak dalam tu.Rajinkan diri menulis.
Mohon secara DigitalSelain memohon secara konvensional seperti hantar resume dan email .Boleh juga mohon melalui website company tersebut.Seperti kalau CIMB BANK ada website careers cimb.
Boleh cuba klik link dan buat permohonan disitu.
Cuba juga connect dengan semua sosial media perbankan samada facebook mahupun LinkedIn.Tinggalkan pesanan di messager dan nyatakan tujuan anda meninggalkan pesanan.Jika anda bernasib baik ada orang akan respon dan beri saluran info yang perlu.
Sebenarnya bila anda ada kelulusan dalam perbankan insyaALLAH harapan anda lebih tinggi.Ramai juga yang bekerja di bank bukanlah dalam jurusan Banking.Semuanya berbalik juga pada rezeki.Namun bak kata pepatah manakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya.Usaha sahaja cari jalan untuk memohon,rezeki itu ALLAH penentunya.
Jangan lupa anda juga boleh memohon kerja di bank melalui agensi pekerjaan yang ada di Malaysia .Jobstreet salah satunya.
Akhir sekali satu perkara saya nak tekankan.Bergelar pekerja bank kita tertakluk pada etika perbankan.Kita sentiasa dalam compliance .BAFIA,AMLA ,FSA dan semua ini akan diajar nanti.Break the rule penjara lah tempatnya.
Doa saya moga saya atau sesiapa sahaja yang akan bergelar pekerja bank sentiasa dalam lindungan ALLAH dan dijauhkan dari anasir-anasir yang tidak kita ingini.Ingat walaupun kita sudah resign sebagai pekerja bank setiap transaksi mahupun signature kita di bank akan sentiasa tersimpan jika berlaku apa-apa tuntutan.Walaupun suatu masa kita tinggalkan bank,kita tetap akan dipertanggungjawabkan dengan apa jua urusan yang melibatkan kita jika perlu.
Jadi,bila masuk dunia perbankan dakwat pen yang kita gunakan untuk sign sekeping kertas haruslah kita teliti dan fahami betul-betul.Moga kita sentiasa bekerja dalam lindungan ALLAH swt.Aaamin
Ramai beranggapan bekerja di bank itu glamour,bagi saya bekerja di bank itu mampu mengasah minda dan belajar banyak perkara.Saya bersyukur rezeki saya di dunia perbankan.
Saya doakan,jika anda berhasrat bekerja di bank moga dipermudahkan jalanya ya.Insya ALLAH.aamin..
Jika jawapan2 dapat membantu serba sedikit persoalan anda.Jom sama-sama buat pahala atas muamalat ini..
✅. Derma seikhlas hati ke akaun rumah anak yatim :Maybank 564829000530 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha".
RM1 pun sangat dihargai.
Terima kasih ya😃
Appreciate your time reading this entry.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://irdagarmin.blogspot.com/2020/12/bagaimana-cara-memohon-kerja-di-bank.html