Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur


Penjagaan oral dan gigi anak-anak memang sepatutnya dimulakan sejak si kecil anda mula tumbuh gigi. Tapi kadang sebagai ibu yang mungkin tak ada pengalaman atau baru punya seorang anak pasti kurang jelas tentang pemilihan ubat gigi yang baik buat anak-anak.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Doktor Azila Mohd Kasim menerusi akaun Facebook miliknya ada memberikan panduan untuk ibu-ibu memilih ubat gigi yang betul buat si kecil tersayang.
TIPS PEMILIHAN UBAT GIGI KANAK-KANAK. Gigi berlubang juga dikenali sebagai karies atau kaviti. Ia adalah kerosakkan gigi disebabkan oleh asid dan menjadi bacteria.
Kaviti mungkin berbeza warna daripada kuning kepada hitam. simptom ini termasuk sakit dan kesukaran untuk makan.
Komplikasi termasuk keradangan pada tisu di sekitar gigi, kehilangan gigi dan infeksi atau bernanah.
google image  Lesi karies boleh jadi aktif @ terhenti (arrested). Lesi karies aktif menunjukkan bukti perubahan yang progresif manakala (arrested) tidak. Cara hendak mengetahui lesi aktif atau tidak adalah dengan cara memerhati pada perubahan.
***********************
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri.
Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah gigi daripada berlubang.
Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu cara untuk melindungi gigi dan mengurangkan kadar kerosakan gigi di serata dunia.
Kanak-kanak yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida akan kurang mengalami kerosakan gigi.
**********************
Apa itu flourida dan ubat gigi? Penambahan bentuk-bentuk fluorida topikal dapat mengurangkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja lebih daripada ubat gigi sahaja, tetapi manfaat tambahannya adalah tidak besar.
Kerosakan gigi (karies gigi) adalah menyakitkan, mahal untuk dirawat dan dapat memusnahkan gigi dengan serius.
Fluorida adalah satu mineral yang mencegah kerosakan gigi. Fluorida telah ditambah ke dalam bekalan air di banyak kawasan. Ia juga dapat diaplikasikan dalam bentuk ubat gigi, ubat kumur, gel dan varnis

*********************
Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi.
Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan (fluorosis enamel) iaitu kecacatan pada lapisan luar gigi.
Ubat gigi adalah pes atau gel pembersih gigi yang digunakan dengan berus gigi. Ia digunakan untuk membersihkan dan mengekalkan kecantikan dan kesihatan gigi.
Ia berfungsi membantu menghilangkan plak gigi dan sisa makanan yang melekat pada permukaan gigi, mengurangkan halitosis (masalah mulut berbau) serta mengandungi mineral aktif seperti fluorida dan natrium sulfat.
KANDUNGAN FLOURIDA DI DALAM UBAT GIGI ADALAH BERBEZA MENGIKUT KEPERLUAN.
Bagi kanak-kanak, jumlah flourida yang diperlukan adalah 450ppm sehingga 600ppm. Manakala bagi orang dewasa adalah 1000ppm sehingga 1450ppm. ********************
Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.
Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan:
UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH 2 TAHUN : Bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan
ATAU
hanya meletak satu lapisan yang sangat tipis pada permukaan berus gigi
ATAU
sebesar saiz sebutir beras
2. UNTUK KANAK-KANAK 3 – 6 TAHUN
Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak sebanyak 0.25 g ke 0.5 g
ATAU
sebesar kacang soya / kacang hijau
ATAU
sepanjang 5 mm pada permukaan berus gigi.
PERINGATAN : Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah di bantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga.
Sebahagian ubat gigi mempunyai perisa yang pelbagai, seperti strawberi, pisang dan lemon.
Oleh itu, kadang-kala anak kita akan menelan sahaja ubat gigi dan tidak meludah keluar. Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
google image 3. UNTUK KANAK-KANAK 6 TAHUN KE ATAS
Pada usia ini, kanak-kanak sudah dibenarkan untuk menggunakan ubat gigi dewasa (1000ppm flourida).
Kuantiti yang diperlukan adalah sedikit sahaja, iaitu sebesar kacang soya/kacang hijau atau separuh daripada kepala berus gigi khas untuk kanak-kanak.
Paling penting, jangan biarkan anak anda menelan ubat gigi. Ibu bapa boleh merujuk kepada doktor gigi tentang ubat gigi yang sesuai untuk anak anda.
Setiap kanak-kanak mungkin mempunyai keperluan yang berbeza, bergantung kepada tahap kerosakan gigi anak anda di dalam mulut.
******************************
Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak.
BOLEH :
Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun ( Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang ) Berus dua kali sehari (pada waktu pagi dan malam sebelum tidur) Penting memberus di waktu malam sebelum tidur —————————-
TIDAK BOLEH :
1) Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi.
2) Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )
Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa.
*************************
Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan :
Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi.
Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.
Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat / kekuningan /putih susu. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Keadaan ini dipanggil ‘FLUOROSIS’
Rujuk perkongsian saya pada link :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2429278834058525&id=100009292952153
Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.
Soalan Lazim : Perlu ke anak saya diberi “Sapuan Flourida” / “Topikal Flourida” ?
Jawapan :
Sorotan kajian mendapati kanak-kanak dan remaja yang menggunakan fluorida topikal sebagai tambahan kepada ubat gigi berfluorida akan menambah pengurangan kerosakan gigi berbanding kanak-kanak yang hanya menggunakan ubat gigi berfluorida.
Bagaimanapun, manfaat tambahan ini tidak besar, dan kajian-kajian tidak memberikan data berkenaan kesan sampingan.
Tambahan jawapan :
Bagi anak minum susu.
Minum susu untuk cukup kalsium. Kalau sudah besar, minum lah pakai cawan. Bukan suruh pergi menyusu botol semula haha.
Semua dah besar, fikirlah sendiri. Makanan lain yang berkhasiat pun kena juga amalkan.
Badan sihat gigi pun sihat.
Semoga bermanfaat.
Doktor Azila akan kongsi cerita tentang sapuan topikal Flourida di masa akan datang.
 Sumber: Azila Mohd Kasim
 
The post Comelnya Tengok Anak Senyum Ada Gigi Cantik, Rupanya Kena Pilih Ubat Gigi Yang Sesuai Umur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/comelnya-tengok-anak-senyum-ada-gigi-cantik-rupanya-kena-pilih-ubat-gigi-yang-sesuai-umur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Gigi Anak Tumbuh Dengan Banyak Anda Boleh Menggunakan Ubat Gigi Pada Jumlah Sebesar Sebutir Beras

Bila Gigi Anak Tumbuh Dengan Banyak Anda Boleh Menggunakan Ubat Gigi Pada Jumlah Sebesar Sebutir Beras

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 250 hits
Penjagaan oral kanak kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi Penjagaan oral kanak kanak sinonim dengan penggunaan beru...
Tak Mampu Bagi Menantu Lagi Bapa Senyum Simpul Anak Hadiahkan Iphone 11

Tak Mampu Bagi Menantu Lagi Bapa Senyum Simpul Anak Hadiahkan Iphone 11

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 239 hits
Kasih sayang merupakan satu perasaan yang menghubungkan keakraban seseorang Lebih lebih lagi hubungan antara anak dan ibu bapa Kebiasaannya kita kerap mendengar ibu bapa menghadiahkan anak anak mereka sesuatu benda sebagai tanda menghargai ...
Baru Umur 9 Tahun Anak Ajaib Ini Bakal Tamatkan Pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik Tahun Ini

Baru Umur 9 Tahun Anak Ajaib Ini Bakal Tamatkan Pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektrik Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 387 hits
Kanak kanak ajaib dari Belgium bakal miliki ijazah sarjana muda pada usia 9 tahun Beliau yang dikenali sebagai Laurent Simons sedang mengikuti program kejuruteraan elektrik di Eindhoven University of Technologgy akan menamatkan ijazahnya it...
Badan Anak Naik Ruam Lepas Diberi Ubat Demam Yang Disimpan Lama Dalam Peti

Badan Anak Naik Ruam Lepas Diberi Ubat Demam Yang Disimpan Lama Dalam Peti

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 354 hits
Sejak kebelakangan ini ada beberapa info yang dikongsikan oleh ahli farmasi mengenai berapa lama jangka hayat ubat dapat bertahan jika disimpan dalam peti ais Kebanyakan ibu bapa beranggapan simpan ubat dalam peti ais boleh digunakan jika e...
Badan Anak Depan Belakang Penuh Tompok Ruam Gara Gara Termakan Ubat Demam Lama Anak Alami Alergi Satu Badan

Badan Anak Depan Belakang Penuh Tompok Ruam Gara Gara Termakan Ubat Demam Lama Anak Alami Alergi Satu Badan

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 972 hits
Bila anak anak demam ibu dan ayah sudah pastinya risau dengan tahap kesihatan anak anak mereka tambahan pula sekiranya mereka masih lagi kecil Jika suhu semakin tinggi ubat demam sahaja yang dapat menurukan suhu dengan lebih cepat selain me...
Kalau Silap Cara Gosok Gigi Pun Boleh Sebabkan Gigi Anak Rosak Bukan Hanya Makan Makanan Manis

Kalau Silap Cara Gosok Gigi Pun Boleh Sebabkan Gigi Anak Rosak Bukan Hanya Makan Makanan Manis

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1139 hits
Masalah gigi rongak gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak kanak Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang Masalah kerosakan gigi pada kanak kanak ini berlaku diseb...
Muncikari Diciduk Usai Jual Anak Di Bawah Umur Di Panti Pijat Plus Plus

Muncikari Diciduk Usai Jual Anak Di Bawah Umur Di Panti Pijat Plus Plus

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 194 hits
Muncikari Diciduk Usai Jual Anak di Bawah Umur di Panti Pijat Plus Plus Kasus Tindak Pidana Perdagangan Orang terungkap setelah polisi mendapat laporan dari orang tua korban pada 4 November 2019 lalu
Baju Rm10 Kalau Cantik Apa Salahnya Tak Kisah Murah Asal Anak Nampak Kemas

Baju Rm10 Kalau Cantik Apa Salahnya Tak Kisah Murah Asal Anak Nampak Kemas

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 479 hits
Pelakon Datin Seri Zizie Izette gemar memadankan pakaian kesemua anak anaknya supaya kelihatan kemas dan nampak cantik Walaubagaimanapun Zizie akui soal harga dan jenama pakaian tersebut tidak menjadi perkara yang penting buat dirinya Seper...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air