Baju Rm10 Kalau Cantik Apa Salahnya Tak Kisah Murah Asal Anak Nampak Kemas
Pelakon Datin Seri Zizie Izette gemar memadankan pakaian kesemua anak-anaknya supaya kelihatan kemas dan nampak cantik.
Walaubagaimanapun, Zizie akui soal harga dan jenama pakaian tersebut tidak menjadi perkara yang penting buat dirinya.
“Seperti yang biasa anda lihat, saya suka tampil berpadanan dengan anak-anak saya.
“Saya ambil tanggungjawab untuk siapkan mereka dan menjadikan mereka kelihatan elok.
“Biarpun baju tak mahal, tak ada jenama sekalipun. Janji nampak rapi dan kemas,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Baju Murah Kalau Cantik Apa Salahnya
Tambah Zizie dia tidak kisah untuk membeli walaupun harga pakaian itu RM10.
“Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli kalau baju tu cantik.
“Lagipun sayang, anak-anak cepat membesar plus dengan ekonomi yang kurang baik, lebih baik berjimat untuk persekolahan anak-anak yang akan datang.
“Tanggungjawab dah besar dan anak-anak dah ramai. Kena ukur baju di badan sendiri.
“Jangan pula ‘biar papa, asal bergaya’. Betul ke betul?” tulisnya sambil berseloroh.Saya Tak Propa
Sementara itu, selepas perkongsian di instagramnya mengenai pemilihan baju RM10 baru-baru ini, Zizie tampil berkongsi mengenai kedai pakaian menjual baju kanak-kanak semurah RM10 yang dipakai oleh anak-anaknya.
Menurut Zizie, kenyataan tentang anaknya memakai pakaian semurah RM10 sebelum ini adalah benar dan bukan rekaan.
“Saya hanya mahu kongsi tentang kedai murah yang saya belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai pun dalam post saya di IG sebelum ini.
“Ha ni lah dia, kedai di Melawati Mall tingkat 2, semurah RM10!!
“Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang ada pakai baju RM10,” tulisnya sebagai kapsyen.
Difahamkan, Zizie berbuat demikian selepas perkongsian mengenai pakaian semurah RM10 dipakai anak-anaknya baru-baru ini dipertikai oleh netizen.
Terdahulu, Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 59, pada 2009.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Manakala anak perempuannya, Aalisa Belle Izette dilahirkan pada awal Mac tahun ini.
Sumber: Gempak & IG Zizie Izette
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/11/baju-rm10-kalau-cantik-apa-salahnya-tak.html