Coklat Callebaut Ruby Rb2 Dan Coklat Nxt 100 Tanpa Tenusu


hai assalammualaikum
Coklat Callebaut Ruby RB2 Dan Coklat NXT 100% Tanpa Tenusu - Bila nampak je coklat, terus tersenyum riang ye. Siapa yang tak suka coklat kan, ada macam-macam jenis coklat ada. Salah satunya coklat jenama Callebaut ni. Baru-baru ni, Callebaut, pembuat coklat yang menjadi pilihan chef dan artisan coklat (pakar coklat buatan tangan) di seluruh dunia melancarkan coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu, iaitu – ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk – di Malaysia

Pada hari pelancaran, dapat juga nad merasa hidangan yang disediakan menggunakan coklat Ruby dan NXT ni. Sangat kreatif ye bila mereka menggunakan coklat ni dalam minuman, kek dan lain-lain. Jom nad kongsi berkenaan coklat Ruby dan NXT ni serta hidangan yang disediakan



Coklat Callebaut Ruby RB2 Dan Coklat NXT 100% Tanpa Tenusu
Callebaut telah mencipta kepingan coklat pertamanya pada 1911 dan mula mengeksport coklat Belgium terbaiknya pada 1950. Terkenal kerana komitmennya kepada kualiti, kelestarian dan inovasi, Callebaut telah menjadi pilihan utama ramai chef, pakar pembuat konfeksi coklat dan artisan coklat di seluruh dunia. 
Rangkaian menyeluruh produk coklat Callebaut telah menetapkan piawaian industri dalam aspek cita rasa, seni pembuatan dan potensi kreatifnya. Malah pada hari ini, Callebaut diperbuat daripada biji koko yang boleh dijejak asal-usulnya dan 100% lestari. 
Pelancaran  coklat gourmet yang inovatif dan serba baharu, iaitu – ruby RB2, NXT Dark dan NXT M_lk – di Malaysia. 

Coklat Callebaut Ruby RB2Ruby ialah coklat ke-4 selepas coklat gelap, susu dan putih. Coklat ini mempunyai rasa buah yang tersendiri lagi ketara dan rasa masam yang menyegarkan, serta warna batu delima (ruby) yang luar biasa. Disediakan khas untuk gubahan artisan, ruby merupakan pemberian daripada alam. 
Callebaut ruby RB2 menghasilkan ledakan rasa yang nyata dan membawa nikmat coklat ke kemuncak baharu. Warna dan rasa unik ruby RB2 berasal daripada buah koko ruby, tanpa pewarna tiruan atau perisa seperti beri. Ruby RB2 ibarat khazanah alam dalam bentuk yang pasti menambat selera. 

From left to rightChef Lawrence Cheong - Chocolate Academy AmbassadorChef Amanda Lim - Head Chef, Chocolate Academy, SingaporeMr Robert Kotuszewski - Managing Director of Malaysia, Barry CallebautMr Plinio Freitas - VP of Gourmet & Marketing, APAC
Pelancaran sedunia Callebaut ruby RB2 di Malaysia sesungguhnya memperlihatkan keyakinan Callebaut bahawa pasaran coklat di negara ini juga berlandaskan trend terkini. Dalam  usaha berterusan pengguna mencari sentuhan rasa yang lebih menyerlah, ruby RB2 memuaskan keinginan mereka untuk menikmati sensasi coklat baharu. 
Kajian mendapati bahawa ruby memang diminati oleh generasi baharu pengguna – terutamanya golongan milenial (18–35 tahun) yang mengimbangi gaya hidup aktif dengan keseronokan hidup yang ketara. RB2 juga pasti menarik perhatian hotel, restoran dan kafe terkemuka dan juga kedai bakeri dan pastri di Malaysia. 

Coklat Callebaut NXTSelain Ruby RB2, Callebout melancarkan coklat gelap NXT dark chocolate dan coklat susu NXT M_lk chocolate di Malaysia


Dalam pada itu, Callebaut NXT pula direka cipta untuk penggemar coklat generasi akan datang yang mahu berbuat baik, hidup sihat dan memuaskan selera dengan cara yang lestari. Dirumuskan 100% daripada tumbuh-tumbuhan, tanpa sumber tenusu dan berbentuk vegan, NXT mengekalkan cita rasa asli dan kualiti yang setanding coklat tradisional. 
Dengan proses pembuatan yang rapi, NXT diilhamkan oleh dan dicipta untuk semua chef, penggemar coklat dan komuniti pengamal vegan dan peminat makanan berasaskan tumbuhan untuk merangsang deria rasa mereka dengan ramuan yang lebih mesra bumi dan kesejahteraan kita

NXT diperbuat 100% daripada ramuan berasaskan tumbuhan, tanpa sebarang kesan susu atau produk tenusu – tetapi tetap menawarkan segala kelazatan coklat tradisional. Bagi NXT M_lk, khususnya, cita rasa lazat berkrimnya dihasilkan daripada chufa, atau badam tanah, yang sering dirujuk sebagai ‘susu’ berasaskan tumbuhan yang mempunyai rasa manis semula jadi; ia juga merupakan ramuan lestari dengan emisi karbon yang jauh lebih rendah berbanding susu lembu. 
Dengan mematuhi piawaian makanan paling ketat dalam industri, NXT dihasilkan di dalam kemudahan khusus di mana tiada ramuan tenusu diproses, dan diperbuat daripada lesitin bunga matahari dan bebas daripada bahan tambah, perisa atau pewarna tiruan. 






Ni antara hidangan yang disediakan menggunakan coklat Ruby RB2 dan coklat NXT. 

Menurut Robert Kotuszewski, Pengarah Urusan Barry Callebaut di Malaysia, langkah memperkenalkan Callebaut ruby RB2 dan NXT mencerminkan kebangkitan semula para pakar pembuat konfeksi coklat, chef pastri, artisan, hotel, restoran dan pengusaha katering di Malaysia. 
“Rakyat Malaysia semakin menitikberatkan pengalaman menjamu selera yang unik dan juga kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka. Tambahan lagi, lebih separuh daripada penduduk yang bekerja di Malaysia terdiri daripada Gen Z dan golongan milenial. Para pengguna muda ini mempunyai kuasa beli, tabiat menikmati snek dan cita rasa yang berbeza. Justeru, saya teruja untuk melancarkan coklat RB2 dan NXT Dark dan M_lk hari ini. Kami membawakan generasi baharu coklat yang penuh inspirasi dan inovasi kepada pelanggan kami, yang memenuhi keperluan generasi pengguna lebih muda: lazat untuk dimakan, sihat untuk badan dan baik untuk alam!” kata Robert. 
Pakar coklat kelahiran Malaysia dan Ketua Chef di Chocolate Academy™ Singapura, Chef Amanda Lim, berkata,
 “Dalam dunia bakeri dan pastri, coklat ruby RB2 dan NXT Dark dan M_lk membawakan perubahan ketara yang menetapkan piawaian yang lebih tinggi dari segi inovasi dan pembuatan coklat bebas tenusu yang menambat hati dan juga selera.  Saya teruja untuk melihat hasil ciptaan inovatif daripada produk-produk Callebaut baharu ini dan tidak sabar-sabar melihat segala peluang dan kemungkinan yang ditawarkannya kepada chef dan artisan di Malaysia.”

Chef pemenang anugerah, Lawrence Cheong menerangkan, 
“Ruby dan NXT telah membuka dunia baharu bagi menyerlahkan kreativiti dalam dunia coklat. Chef-chef boleh menyajikan gubahan yang lebih segar dan serba baharu untuk nikmat rasa yang mewah dan nyata berbeza yang diidamkan oleh pengguna hari ini. Saya sudah pun melihat potensi bagi gandingan yang manis dan menyelerakan bagi Callebaut Ruby RB2 manakala coklat Callebaut NXT Dark dan M_lk menjadi ramuan serba guna untuk mencipta resipi lazat bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi diet vegan dan sajian berasaskan tumbuhan.” Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.callebaut.com
Mengenai Kumpulan Barry Callebaut:Dengan jualan tahunan mencecah CHF 8.1 bilion pada tahun fiskal 2021/22, Kumpulan Barry Callebaut yang berpangkalan di Zurich ialah pengeluar coklat dan produk koko bermutu tinggi yang terkemuka di dunia – daripada pemerolehan dan pemprosesan biji koko kepada penciptaan coklat terbaik, termasuk isian, hiasan dan sebatian berasaskan coklat. Kumpulan ini mengendalikan lebih daripada 65 kemudahan pengeluaran di seluruh dunia dan mempunyai tenaga kerja global seramai 13,000 kakitangan yang berdedikasi dan terpelbagai. 
Kumpulan Barry Callebaut berkhidmat kepada seluruh industri makanan, daripada pengeluar makanan perindustrian kepada pengguna coklat artisan dan profesional, seperti pakar pembuat coklat, chef pastri, hotel, restoran atau pengusaha katering. Jenama-jenama global yang memenuhi keperluan khusus pelanggan Gourmet ini terdiri daripada Callebaut® dan Cacao Barry®, Carma® dan pakar perhiasan Mona Lisa®

Kumpulan Barry Callebaut komited untuk menjadikan coklat lestari satu kelaziman bagi membantu menjamin bekalan masa depan koko dan meningkatkan sara hidup peladang. Kumpulan ini menyokong Cocoa Horizons Foundation dalam usahanya membentuk pembangunan koko dan coklat lestari pada masa depan. 
Mengenai Callebaut: Pada 1911, Octaaf Callebaut mengejutkan adik-beradiknya dengan menunjukkan kepada mereka hasil ciptaan coklat pertamanya, yang dibuat secara rahsia di dalam kawasan kilang bir milik keluarganya di Wieze. Octaaf telah mempelajari kemahiran tersebut semasa menjalani latihan amali selama 6 bulan dengan sebuah syarikat pembuat coklat Paris. Tiada siapa yang dapat membayangkan bahawa impian keusahawanan Octaaf akan mencetus perubahan besar dalam syarikat milik keluarga ini. Resipi Octaaf segera mendapat sambutan baik dripada para pengguna di Belgium. Tetapi perniagaan tersebut benar-benar mula berkembang maju apabila Octaaf dan adiknya Richard membuat keputusan memberi tumpuan menghasilkan coklat untuk pembuat coklat dan profesional di Belgium. 
Mereka telah mencipta resipi unik dan bermutu tinggi bagi golongan profesional seperti 811, 823 dan W2: resipi coklat ikonik tersebut sehingga hari ini merupakan pilihan utama chef & artisan di seluruh dunia. Selama ini, Callebaut terus menyempurnakan seni pembuatan daripada biji koko kepada kepingan coklat dan mempelopori inovasi dengan melakukan pengangkutan coklat cecair pertama kepada pelanggannya, mencipta Callets™ untuk memudahkan penyukatan, mencairkan dan mengeraskan coklat, melancarkan coklat ruby dan mencipta coklat NXT tanpa tenusu dan NXT untuk profesional bagi memenuhi permintaan bagi produk berasaskan tumbuhan yang lazat. Sejak 2011, Callebaut juga membuat peralihan yang berani kepada koko lestari bagi semua resipi coklatnya, yang membawa kepada coklat pertama yang boleh dijejak sepenuhnya asal-usulnya pada 2020, dengan kerjasama Cocoa Horizons. 
Sentuhan pengasas syarikat Octaaf Callebaut masih nyata dalam semua aktivitinya. Semangat keusahawanannya – yang sentiasa mencari sesuatu yang lebih baik – menjadi prinsip asas untuk Callebaut terus membakar impian dan semangat artisan dan chef di seluruh dunia. Baik profesional muda yang baharu bermula mahupun pakar pembuat konfeksi coklat yang mahu mengembangkan perniagaan, Callebaut sentiasa berusaha untuk menyokong mereka mengejar dan mencapai cita-cita. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/06/coklat-callebaut-ruby-rb2-dan-coklat-nxt.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Worldwide Launch Of Callebaut S Ruby Rb2 Chocolates In Malaysia And 100 Dairy Free Chocolates Nxt

Worldwide Launch Of Callebaut S Ruby Rb2 Chocolates In Malaysia And 100 Dairy Free Chocolates Nxt

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 259 hits
Callebaut the chocolate maker preferred by artisans and chefs around the world is thrilled to debut its ground breaking and innovative gourmet chocolates ruby RB2 NXT Dark and NXT M lk in Malaysia L R Chef Lawrence Cheong Chocolate Academy ...
Karakter Zom 100 Bucket List Of The Dead Anime Manga Sinopsis

Karakter Zom 100 Bucket List Of The Dead Anime Manga Sinopsis

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 549 hits
Daftar Nama Karakter Zom 100 Bucket List of the Dead Anime Manga Sinopsis Lengkap Zom 100 Bucket List of the Dead atau Bucket List of The Dead atau Zombie 100 100 Things I Want to do Before I Become a Zombie atau dalam bahasa Indonesia bera...
Bukan Kah Kj Pernah Silap Mata Bersama Kbs 100 Juta Dan Kes Vantilator Kah

Bukan Kah Kj Pernah Silap Mata Bersama Kbs 100 Juta Dan Kes Vantilator Kah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 323 hits
Bila KJ bersama meeting MOF dgn PMX DASAR KETERBUKAAN PMX Alhamdulillah petang tadi saya telah mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara antaranya bersama sama ahli ekonomi YB Datuk Seri Johari Ghani dan juga saudara Khairy J...
Bersyukur Baru Keluar Tentera Seo Kangjoon Dilapor Terima Lebih 100 Tawaran Lakonan

Bersyukur Baru Keluar Tentera Seo Kangjoon Dilapor Terima Lebih 100 Tawaran Lakonan

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 148 hits
Baru sahaja menamatkan khidmat ketenteraan Seo Kang joon nampaknya telah menerima tawaran untuk pelbagai projek ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Seo Kang joon telah terlibat dengan sesi temu bual menerusi saluran YouTube majalah Esquire Korea Pada...
Video Jusuf Hamka Marah Disebut Utang Ke Negara Kalau Ada Saya Ganti 100 X Lipat

Video Jusuf Hamka Marah Disebut Utang Ke Negara Kalau Ada Saya Ganti 100 X Lipat

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 141 hits
Direktur Jenderal Kekayaan Negara Kemenkeu Rionald Silaban menyebut ada tagihan utang negara kepada perusahaan di bawah grup PT Citra Marga Nusaphala Persada milik Jusuf Hamka
Royal Surprise Visit For 100 Year Old Kamala Das

Royal Surprise Visit For 100 Year Old Kamala Das

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 145 hits
Kamala Das sharing some stories about her life with the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah KUALA LUMPUR The King and Queen received a heartfelt welcome ...
Surah As Saffat Ayat 100 Doa Agar Dikurniakan Zuriat Dan Keturunan Yang Soleh Dan Solehah

Surah As Saffat Ayat 100 Doa Agar Dikurniakan Zuriat Dan Keturunan Yang Soleh Dan Solehah

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 172 hits
Surah As Saffat Ayat 100 adalah doa permohonan Nabi Ibrahim a s kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat keturunan Nabi Ibrahim a s telah diuji lambat mempunyai zuriat Selama bertahun tahun Nabi Ibrahim a s sabar menanti dan akhirnya Bagind...
David Teo Bersara Bangga Hasilkan Lebih 100 Filem

David Teo Bersara Bangga Hasilkan Lebih 100 Filem

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 210 hits
CEO Metrowealth David Teo mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari industri hiburan selepas berkerja selama 18 tahun sebagai penerbit drama dan filem Bagaimanapun David Teo 59 atau nama sebenarnya Teo Chew Huat bukanlah terus cuci t...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel