Surah As Saffat Ayat 100 Doa Agar Dikurniakan Zuriat Dan Keturunan Yang Soleh Dan Solehah


Surah As-Saffat Ayat 100 adalah doa permohonan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat keturunan. Nabi Ibrahim a.s telah diuji lambat mempunyai zuriat. Selama bertahun-tahun, Nabi Ibrahim a.s sabar menanti dan akhirnya, Baginda dan isterinya Siti Hajar dikurniakan zuriat walaupun usianya sudah lanjut ketika itu

Jika difikirkan secara logiknya , sangat mustahil untuk manusia mengandung dan memiliki anak pada usia yang lanjut. Tetapi apabila Allah berkehendak, tiada apa yang mampu menghalangnya. Allah maha berkuasa dan sebaik-baik perancang.

Kisah Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti Hajar boleh dijadikan inspirasi terutama pada pasangan yang belum dikurniakan zuriat.
Percayalah, sesungguhnya masa yang terbaik pasti akan hadir, iaitu masa yang paling tepat menurut perkiraan Allah bukan menurut perkiraan manusia.

Teruskanlah berdoa kepada Allah kerana dia pasti tidak akan meninggalkan hamba-Nya.”

Bersama kita kuat dan tabah mengharungi ujian dan cabaran serta tetap teguh berharap hanya pada Allah semata.

Marilah sama-sama kita amalkan doa agar dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah. 
Surah As-Saffat Ayat 100Firman Allah SWT :
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh. —Surah al-Saffat : Ayat 100Perkongsian daripada Ustazah Asma' binti Harun

Selain Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria juga turut diberikan ujian yang sama. Kedua-dua kisah ini menunjukkan Nabi yang begitu tinggi tarafnya dan terpelihara dari dosa turut diuji dengan zuriat, apatah lagi kita manusia biasa
 
Jadi jangan putus mengharap, sentiasa berdoa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana Allah pasti akan memberikan zuriat mengikut kemampuan dan tepat pada masanya yang kehendaki-Nya

Selain itu, terdapat beberapa doa yang lain untuk diamalkan

5 Doa untuk dikurniakan zuriat keturunan yang baik1. Surah Al-Imran ayat 38هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ
Maksudnya : Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2. Surah Al-Anbiyaa’ ayat 89وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوٰرِثِينَ 
Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”

3. Surah Al-Furqaan ayat 74وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوٰجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa

4. Surah Ibrahim ayat 40رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

5. Surah Al-Baqarah ayat 128رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَۖ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ 
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Mulakanlah bacaan dengan Surah Al-Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. terlebih dahulu. Sesungguhnya, memulai doa dengan cara sebegini dan turut memuji kebesaran Allah adalah lebih baik.

Semoga Allah SWT memperkenankan segala doa dan hajat kita semua. Cukuplah Allah bagi kami, kerana Dialah sebaik-baik Pelindung. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh kerana Allah mendengar semua doa hamba-Nya. Sekiranya belum dimakbulkan, banyakkan bersabar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/06/surah-as-saffat-ayat-100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Zikir Ini 100 Kali Agar Dilindungi Daripada Sebarang Bentuk Kejahatan Dalam Perniagaan

Baca Zikir Ini 100 Kali Agar Dilindungi Daripada Sebarang Bentuk Kejahatan Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 200 hits
Baca Zikir Ini 100 Kali Agar Dilindungi Daripada Sebarang Bentuk Kejahatan Dalam Perniagaan Zikir yang mengandungi pujian dan menambahkan keyakinan kepada Allah yang satu Bila berzikir kita membaca sesuatu ayat suci berulaangkali dalam juml...
Doa Agar Semua Takdir Baik

Doa Agar Semua Takdir Baik

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 194 hits
DOA AGAR SEMUA TAKDIR BAIKDoa ini diajarkan oleh Nabi kepada isterinya yang dikasihi Aisyah radhiyallahu anha Doa ini sebahagian daripada doa Nabi yang panjang memohon agar Allah sentiasa memberi kebaikan untuk kita dalam segala urusan dan ...
Surah Al Baqarah Ayat 286

Surah Al Baqarah Ayat 286

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 362 hits
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya Ia mendapat pahala yang diusahakannya dan ia mendapat siksa yang dikerjakannya Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah Ya Tuhan kami ...
Hari Arafah Diampunkan Dosa Dan Waktu Doa Mustajab

Hari Arafah Diampunkan Dosa Dan Waktu Doa Mustajab

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 215 hits
Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab Daripada Ibnul Musayyab ia berkata Aisyah berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah Allah mendekati ...
5 Trik Agar Nggak Kena Tipu Montir Nakal Saat Servis Motor Cewek Cewek Sering Jadi Korban

5 Trik Agar Nggak Kena Tipu Montir Nakal Saat Servis Motor Cewek Cewek Sering Jadi Korban

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 143 hits
Biasanya menimpa para pemilik kendaraan yang maunya tinggal bayar dan nggak paham sama sekali soal mesin mesinan
Doa Seronok Bekerja Dan Berlindung Dari Keburukan Yang Ada Didalamnya

Doa Seronok Bekerja Dan Berlindung Dari Keburukan Yang Ada Didalamnya

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 426 hits
Doa Seronok Bekerja Berdoa diwaktu susah atau senang di waktu lapang atau sempit adalah amat digalakkan kepada kita semua Senakin banyak kita berdoa maka semakin keyakinan kita kepada Allah bertambah tambah Dialah tempat kita mengadu segala...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki