Clubhouse App Aplikasi Media Sosial Terbaru
Clubhouse App @Aplikasi Clubhouse, aplikasi media sosial terbaru yang mungkin bakal menjadi pilihan pengguna selepas facebook, instagram, twitter, TikTok, snapchat dan sebagainya.
Platform-platform media sosial dah jadi satu kemestian yang perlu ada di kala menghilangkan rasa bosan disebabkan situasi pandemik COVID-19 sekarang ni. Terbaru, Clubhouse app telah diperkenalkan
Apakah Clubhouse App/ Aplikasi clubhouseAplikasi Clubhouse adalah platform media sosial ekslusif yang memfokuskan penggunaan panggilan digital secara berdua mahupun beramai-ramai dalam sebuah kumpulan
sumber :google
Senang faham, bilik borak yang hanya ada audio
Clubhouse secara rasminya di pasaran sekitar awal tahun lepas 2020 lagi sebenarnya. Tapi baru diperkatakan sejak beberapa minggu ni
Tahukah anda? Satu nama besar dalam teknologi yang juga pengasas Tesla, Elon Musk juga mempunyai akaun di platform ekslusif Clubhouse ni. Siapa yang tak kenal dengan Elon Musk, figura terkaya di dunia.
Dengan kemunculan Elon Musk dalam satu perbincangan di Clubhouse ni membuatkan ramai pengguna ingin masuk dalam Clubhouse dan Clubhouse semakin popular diperkatakan
Clubhouse app Founder adalah Rohan Seth and Paul Davison. Satu lagi nama besar dalam teknologi adalah Satya Nadella, CEO Microsoft.
Kelebihan ClubhouseSebuah Cluhouse boleh menampung maksima 5000 orang ahli didalam satu chatroom pada satu masa. Clubhouse boleh dijadikan platform perbincangan besar-besaran untuk sesebuah organisasi atau berborak menggunakan audio dengan rakan-rakan yang dikenali mahupun orang asing.
Samada berseorangan ataupun dalam kumpulan yang ramai
Semua chatroom dalam Clubhouse ini adalah bersifat sementara. Bermula dengan seorang kemudian orang yang ada dalam group tersebut boleh berbual dan didengari oleh pengguna yang masuk ke dalam chatroom tersebut
Chatroom yang terdapat dalam Clubhouse juga hanya sementara dan akan ditutup selepas fasilitator chatroom tersebut meninggalkan chatroom itu. Kaedah dia macam kita keluar lepak berborak lepas tu balik rumah untuk senang faham
Pengguna Clubhouse boleh kongsikan pautan chatroom dengan pengguna lain melalui Twitter dan juga Instagram
Cara Download Aplikasi Clubhouse Dan Mendapatkan Akaun ClubhouseUntuk mendapatkan sebuah akaun Clubhouse, perlu mendapat jemputan yang dihantar melalui iMessage. Boleh meminta sesiapa atau rakan-rakan yang mempunyai jemputan tersebut
Penerima akan diberikan pautan terus ke App Store untuk proses muat turun aplikasi Clubhouse dan seterusnya mendaftar akaun Clubhouse dengan menggunakan nombor telefon
Buat masa ini, aplikasi Clubhouse hanya boleh dimuat turun melalui App Store secara percuma untuk pengguna iOS 13 dan ke atas
Penggunaan ClubhousePengguna Clubhouse boleh menyambungkan akaun Clubhouse mereka dengan platform media sosial yang lain seperti Twitter dan Instagram dan boleh mengikuti sesiapa yang mereka suka
Boleh juga masuk dan cari mana-mana bilik borak (chatroom) yang sedang membincangkan topik yang menarik
Chatroom atau bilik borak didalam Clubhouse boleh dilakukan secara terbuka ataupun tertutup terhad untuk rakan-rakan sahaja. Bilik borak audio ni boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam Clubhouse.
Perbualan chatroom tidak boleh dirakam secara konvensional
Itulah ceritanya tentang Clubhouse App ni. Menarik sebab dia macam international level chatroom. Uniknya sebab hanya audio sahaja.
sumber : Amanz | Republicworld
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/02/clubhouse-app-aplikasi-media-sosial.html