Media Sosial Sering Disalahgunakan Pihak Tertentu Untuk Merendahkan Menghina Serta Mencaci Orang Lain


MEDIA sosial sering disalahgunakan pihak tertentu untuk merendahkan, menghina serta mencaci orang lain. FOTO hiasan


SALAH satu perkara negatif di media sosial adalah ia alat yang digunakan untuk memudahkan seseorang merendahkan, menghina serta mencaci orang lain.
Semua perbuatan itu belum tentu berani dilakukan seseorang di alam nyata. Di dunia maya, seseorang boleh menyamar di sebalik nama gelarannya.
Salah satu yang banyak dilakukan segelintir warganet yang tidak berakhlak baik ialah menghina fizikal seseorang sama ada kekurangan atau kecacatan tubuh seseorang yang disebut body shaming.
Kadang-kadang mereka melakukan perbuatan mengejek fizikal seseorang itu tanpa sedar.
Ia mungkin ungkapan yang dikeluarkan secara tidak sengaja bagi menceriakan suasana atau ada kalanya bergurau melampaui batas serta memang bertujuan menghina kenalan atau rakan sekerja.
Sesetengah orang melakukan body shamingtanpa sedar kerana memang sudah kebiasaan menjadi tabiat buruk mereka.
Tentunya orang yang menjadi sasarannya berasa tidak selesa. Perbuatan body shamingitu hakikatnya jelas haram dan ditegah oleh Islam.
Semua ciptaan Allah ada kelebihan serta hikmahnya. Ia tidak sepatutnya dicela dan dihina sedemikian rupa.
Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tin, ayat 4yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.”
Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Abdullah bin Mas’ud RA.
Beliau memiliki betis yang kecil. Ketika beliau mengambil ranting untuk dijadikan siwak, angin berhembus dan menyingkap betisnya yang kecil itu lalu sahabat Nabi tertawa kerana melihat betis Ibnu Mas’ud yang kecil itu.
Maka Baginda menegur perbuatan sahabat dengan bersabda yang bermaksud: “Apa yang membuat kalian ketawa?”
Mereka berkata, “Wahai Nabi Allah kerana kedua-dua betisnya yang kurus.”
Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya sungguh kedua-dua betis itu lebih berat di timbangan daripada Gunung Uhud.”
Hadis itu menunjukkan, menghina fizikal seseorang adalah haram. Jika kita perhatikan, sahabat tidak mengeluarkan kata-kata hinaan namun hanya ketawa saja. Ia adalah haram dan mereka ditegur oleh Rasulullah SAW.
Allah SWT melarang kita merendah-rendahkan serta menghina orang lain.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina), dan jangan pula wanita-wanita (merendah-rendahkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dihina itu) lebih baik daripada wanita (yang menghina) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil- memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Sehubungan itu, peliharalah tutur kata kita kerana apa sahaja yang dituturkan akan memperlihatkan sahsiah orang yang bercakap.
Penulis Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 9:31 AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2021/02/media-sosial-sering-disalahgunakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinda Akta Hukum Pengguna Media Sosial Lapuk Keterlaluan Shamsul

Pinda Akta Hukum Pengguna Media Sosial Lapuk Keterlaluan Shamsul

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 260 hits
Cadangan Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara YB Senator Datuk Razali Idris untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menghukum pengguna media sosial yang mengkritik institusi Perdana Ment...
Hiburan Tuntut Balik Wang Rm160 000 Urusan Jual Beli Tanah Dahulu Abby Abadi Minta Kuasa Tular Netizen Di Media Sosial

Hiburan Tuntut Balik Wang Rm160 000 Urusan Jual Beli Tanah Dahulu Abby Abadi Minta Kuasa Tular Netizen Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 391 hits
Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak tahun 2016 pelakon Abby Abadi berkata dia sudah tidak mahu mendiamkan diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160 000 Sumber Instagram Abby Abadi Jelas Abby uru...
Saya Mencuba Clubhouse Platform Media Sosial Baru Dengan Gimiknya Tersendiri

Saya Mencuba Clubhouse Platform Media Sosial Baru Dengan Gimiknya Tersendiri

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 308 hits
2020 memperlihatkan penggunaan platform media sosial yang sangat tinggi Platform platform seperti Twitter Facebook TikTok Snapchat dan sebagainya boleh dikatakan kini menjadi platform platform pilihan pengguna untuk menghilangkan jemu Baru ...
Kecaman Terhadap Muhyiddin Di Media Sosial Kenapa Salahkan Rakyat

Kecaman Terhadap Muhyiddin Di Media Sosial Kenapa Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 552 hits
Kemarahan rakyat terhadap Muhyiddin Yassin semakin memuncak Bermula dari sindiran dan gelaran menjengkelkan yang rakyat beri kepada Muhyiddin seperti BAPUK Bapa Perutusan Khas sehinggalah kecaman secara terbuka di dalam media sosial Hampir ...
Apa Itu Clubhouse Media Sosial Baru Yang Dipopularkan Oleh Elon Musk

Apa Itu Clubhouse Media Sosial Baru Yang Dipopularkan Oleh Elon Musk

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 321 hits
Tahukah anda mengenai kewujudan aplikasi media sosial baharu iaitu Clubhouse Ia adalah aplikasi yang sedang popular setelah Elon Musk orang terkaya dunia menggunakannya untuk mengadakan perbincangan secara langsung Dalam sesi perbincangan i...
Menerusi Media Sosial Ebit Berkongsi Suasana Sambutan Sederhana Tahun Baharu Cina Bersama Ahli Keluarganya

Menerusi Media Sosial Ebit Berkongsi Suasana Sambutan Sederhana Tahun Baharu Cina Bersama Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 287 hits
Menerusi media sosial Ebit berkongsi suasana sambutan sederhana Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarganya Foto Instagram Berbeza latar bahasa budaya agama atau kepercayaan tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan hubungan sesama man...
Gina Carano Digugurkan Dari The Mandalorian Susulan Catatan Kontroversi Di Media Sosial

Gina Carano Digugurkan Dari The Mandalorian Susulan Catatan Kontroversi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 339 hits
Studio Lucasfilm mengumumkan Gina Carano bukan lagi sebahagian daripada barisan pelakon siri The Mandalorian selepas ramai netizen menggesa agar dia digugurkan berhubung satu catatan media sosial yang menyamakan pengalaman orang Yahudi sema...
Konten Membakar Rapor Tengah Viral Di Media Sosial Cari Perhatian Nggak Harus Gitu Juga Bisa Lo

Konten Membakar Rapor Tengah Viral Di Media Sosial Cari Perhatian Nggak Harus Gitu Juga Bisa Lo

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 322 hits
Orang orang zaman sekarang kalau bikin konten nggak bisa sewajarnya aja apa ya Rapot aja sampai dibakar
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Masak Black Pepper

Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana