Cium Dahi Pipi Isteri Boleh Hilangkan Penat Dan Bahagiakan Isteri
10 cara bahagiakan isteri anda
Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas
Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur
Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka
Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’
Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya
Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami
Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri
Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi
Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat dulu
Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan
Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri
Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama
Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia
Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus
Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah
Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga
Itu sahaja
Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan
Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan emosi
Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira
Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi
Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi
Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung
Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad
Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur
Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak
Tentu dia gembira dan tersenyum
Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya
Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan
Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu
Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sehinggit.blogspot.com/2019/12/cium-dahi-pipi-isteri-boleh-hilangkan.html