Citf Luluskan Garis Panduan Suntikan Pendatang Tanpa Izin Pelarian


Garis panduan suntikan pendatang tanpa izin, pelarian diluluskan CITF


PUTRAJAYA - Garis panduan untuk pendatang tanpa izin dan pelarian mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 telah diluluskan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, garis panduan yang diluluskan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) itu, akan membolehkan pendatang tanpa izin dan pelarian hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) ditetapkan untuk divaksinasi dengan butiran mengenainya akan dimaklumkan kelak.

Khairy dalam temu bual bersama media secara maya baru-baru ini berkata, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah akan dilibatkan dalam urusan vaksinasi pelarian dan pendatang tanpa izin itu.

“Pendatang tanpa izin dan pelarian ini akan lebih selesa jika ada PPV dikendalikan NGO yang pernah memberi perkhidmatan kesihatan kepada kumpulan ini. Dengan ini, mereka tidak akan takut untuk datang ke PPV untuk divaksinasi,” katanya.

Khairy yang berharap garis panduan itu akan mendorong pendatang tanpa izin dan pelarian tampil menerima suntikan vaksin Covid-19 berharap pendatang tanpa izin dan pelarian yang terima vaksinasi akan memberitahu pengalaman mereka kepada rakan-rakan dari negara sama untuk tampil melakukan perkara sama.

Khairy Jamaluddin “Jangan takut datang ke PPV untuk divaksinasi. Ini penting kerana mereka juga berisiko dan merisikokan orang lain. Tiada yang selamat sehingga semua selamat,” katanya.

Ditanya adakah 'Operasi Lonjakan Kapasiti' akan diperluaskan ke negeri lain, Khairy berkata keputusan untuk melaksanakan operasi tersebut di lokasi lain, akan ditentukan berdasarkan kadar insiden penularan wabak Covid-19.

Menerusi 'Operasi Lonjakan Kapasiti' yang diperkenalkan untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di Lembah Klang, setiap individu dewasa di Kuala Lumpur dan Selangor akan dipastikan menerima sekurang-kurangnya satu dos menjelang 1 Ogos.

Mengenai rungutan masih ramai yang tidak mendapat janji temu untuk suntikan vaksin Covid-19 meskipun telah lama mendaftar, Khairy berkata, algoritma yang digunakan dalam aplikasi MySejahtera untuk memberi janji temu adalah mengikut tarikh pendaftaran vaksin.

Namun demikian katanya, janji temu juga diberikan mengikut lokasi serta fasa-fasa keutamaan yang telah ditentukan dalam PICK.

“Sebagai contoh daerah Rembau telah selesai fasa 2 PICK, jadi janji temu untuk fasa 3 akan diberikan dan ia mengikut urutan ditetapkan.

“Ada juga hospital yang mempunyai senarai menunggu, iaitu mereka yang sentiasa pergi ke klinik atau hospital untuk rawatan. Keutamaan akan diberikan kepada mereka ini,” katanya. - Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/citf-luluskan-garis-panduan-suntikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Suntikan Kosong Jika Bersalah Tindakan Tegas Citf

Isu Suntikan Kosong Jika Bersalah Tindakan Tegas Citf

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 339 hits
Gambar Hiasan Isu suntikan Kosong jika bersalah tindakan tegas CITF Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 mengambil langkah tegas termasuk tindakan disiplin ke atas beberapa dakwaan mengenai suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin yang tular...
Garis Panduan Pajsk Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

Garis Panduan Pajsk Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Merujuk kepada surat di bawah Cikgu Jumrah ingin kongsikan GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PAJSK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH Untuk memuat turun klik link di bawahSemoga bermanfaatJangan lupa Hadir ...
Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 5 Tahun 2021 Garis Panduan Pelaksanaan Standard Kualiti Prasekolah 2 0

Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 5 Tahun 2021 Garis Panduan Pelaksanaan Standard Kualiti Prasekolah 2 0

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 391 hits
SURAT PEKELILING IKTISAS BILANGAN 5 TAHUN 2021 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN STANDARD KUALITI PRASEKOLAH 2 0 SPI ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 2 0 Muat turun dokumen melalui pautan terbaeekkk...
Penjelasan Kerajaan Agak Mustahil Berlaku Suntikan Tanpa Vaksin Jks

Penjelasan Kerajaan Agak Mustahil Berlaku Suntikan Tanpa Vaksin Jks

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 363 hits
NORMAN RADZUANPesanan yg masih belum divaksin VAKSIN VAKSINASI Tanya saya kesan sampingan vaksin saya hanya pening2 sedikit walaupun dah hari ketiga Berbual kosong kami bercerita isu panas Ebit Liew vaksin dan vaksinasi Sgt pelik daripada p...
Dr Adham Penerima Vaksin Kosong Dapat Suntikan Baru

Dr Adham Penerima Vaksin Kosong Dapat Suntikan Baru

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 313 hits
MALAYSIAKINI Sesiapa yang terbukti mendapat suntikan vaksin Covid 19 dengan picagari kosong akan diberikan suntikan baru kata Kementerian Kesihatan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata KKM akan memanggil individu berkenaan untuk menerima...
Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

Tidak Sampai Separuh Penduduk Lembah Klang Dapat Suntikan Vaksin Dos Pertama

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 363 hits
ARIF ATANHanya 47 6 peratus daripada populasi di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin setakat semalam Peratusan vaksinasi tersebut merangkumi populasi penduduk bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya dan Selangor ...
Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong Timbalan Menteri Kesihatan

Faktor Penat Mungkin Jadi Punca Suntikan Kosong Timbalan Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 342 hits
Baru baru ini terdapat banyak kejadian yang mana orang awam mengadu di media sosial berkaitan suntikan kosong yang diterima mereka
2 Dos Suntikan Pfizer Astrazeneca Efektif Terhadap Varian Delta

2 Dos Suntikan Pfizer Astrazeneca Efektif Terhadap Varian Delta

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 223 hits
Dua dos Pfizer AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Foto AFP LONDON Dua dos vaksin COVID 19 jenis Pfizer atau AstraZeneca hampir sama berkesan terhadap varian Delta yang sangat mudah menjangkiti menurut satu kajian diterbitkan semalam...
Suntikan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Dibincang Minggu Depan Khairy

Suntikan Dos Ke 3 Vaksin Covid 19 Dibincang Minggu Depan Khairy

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 364 hits
Kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor mengenai dos ketiga atau booster shot vaksin COVID 19 pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID 19 minggu depan KUALA LUMPUR Kumpulan pakar akan mengemukakan beberapa syor men...
Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Imam Masjid Ar Rahmat Di Felda Lembah Klau Raub Meninggal Dunia Ketika Sedang Pimpin Solat Jumaat

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around

Hantaran Memetik Titah Dan Menggunakan Gambar Ydpa Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

Mixed Thoughts Prevail Among Malays Non Malays To Pmx S Unreadiness To Step Down

Kenapa Lama Tak Update Blog


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buggy Kenderaan Elektrik

14 Benda Yang Kau Patut Ajar Anak Sebelum Umur 10 Tahun

Hadiah Top Komentator Dari Jurnal Shikin Razali

Solar Time Moves Forward Celebrating 44 Years Of Heritage Innovation In Malaysia

Leona Curi Tumpuan Dengan Kebaya Merah Jambu

5s Kunci Tempat Kerja Yang Lebih Teratur Bersih Dan Produktif