Bazar Ramadan 2022 Ini Senarai 18 Bazar Yang Terbaik Seluruh Negara


Ramadhan 2022  meriah kembali dengan bazar ramadan yang kembali dibenarkan beroperasi. Jom tengok senarai bazar ramadhan terbaik di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang kami buat ni
Ramadhan atau Ramadan, ada apa dengan ejaan? Yang pasti, kita memang teruja setiap kali tibanya bulan mulia ni. Ya lah, inilah masa kita berlumba-lumba nak kumpul pahala berganda-ganda. Betul tak?Namun, dalam masa kita sibuk beribadat, sudah pasti anda juga ternanti-nanti masa berbuka puasa. Dan ramai orang memang berkunjung ke bazar ramadhan yang mewah dengan pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa atau moreh.Ya! Sambutan Ramadan meriah dari sebelumnya memandang kita te;ah memasuki peralihan Fasa Endemik Covid-19 bermula 1 April 2022  
 
Maka, sempena meraikan kembalinya kemeriahan ni, kami sediakan senarai 18 bazar ramadan 2022 di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk anda berserta beberapa projek hartanah untuk anda cuci mata!
1) Bazar Ramadhan Jalan TAR   Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya
Makanan Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja) Setelah dipindahkan beberapa tahun lalu bazar ramadhan Jalan TAR ini berada dilokasi berhadapan dengan Dataran Merdeka
Bazar Ramadhan Kuala Lumpur 2) Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur
Nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang, semuanya boleh didapati di Bazar Ramadan TTDI! Bazar ini antara yang paling dikenali di KL kerana kualiti makanannya yang sedap, setanding dengan harga.
Tak nak sesak? Datanglah awal! Bukan apa, banyak perumahan yang ada di sekeliling kawasan TTDI ni dan ia juga kawasan tumpuan ramai sebab makanan sini memang sedap-sedap terutama pulut udangnya.
Jadi, boleh bayangkan tak betapa ramai pengunjungnya nanti? Mestiberhimpit-himpit macam sardin, jadi jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan pakai pelitup muka tau!
 

kredit pic: expatgo.com
Sambil-sambil tengok makanan tu, cuba tengok juga pelbagai projek perumahan yang terdapat di sini seperti Sri TTDI, Lifestyle Suites, Stellar Residences, TTDI Ascencia, Rencana Royale dan The Greens, Taman Tun Dr. Ismail.
3) Bazar Ramadhan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Bermula dari Jalan Sultan Ismail dan Jalan Berangan sehingga ke pintu gerbang Ain Arabia dipenuhi dengan gerai makanan yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bukit Bintang.
Manalah tahu tekak tiba-tiba nak makan masakan Thai atau Arab ke, boleh lah pergi ke Sup Tom Yam di Alor Food Corner dan Nasi Briyani Ayam Saffron yang boleh tahan sedapnya!
 

kredit pic: discoverkl.com
Bau kambing bakarnya pula sangat menggiurkan sehingga boleh dihidu penduduk berdekatan seperti penghuni di Regalia@Sultan Ismail, Casa Residensi, Verticas Residensi dan Star Residences.
4) Bazar Ramadan Bangsar
Bazar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar ni memang dikenali kerana pelbagai juadah berbuka puasa yang sedap-sedap. Antaranya, ayam bakar, ikan bakar, kambing bakar, sotong bakar, pelbagai jenis kuih muih semuanya ada di sini!

Bazar Ramadhan Bangsar ni memang jadi tumpuan ramai terutamanya yang duduk di projek hartanah seperti Nadi Bangsar Service Residence, Residensi Kerinchi, The Goodwood Residence, The Park Residences,  dan South Link, Bangsar South.
Apa tunggu lagi, jom serbu bazar ini nanti!
5) Bazar Ramadhan Kampung Baru
Kampung Baru ni memang tak perlu diperkenalkan lagi, sama ada bulan Ramadhan atau tak, memang jadi tumpuan warga kota disebabkan pelbagai kedai makan sedap ada di sini.
Sepanjang Ramadhan, jalan di Kampung Baru ni memang dipenuhi dengan pelbagai gerai menjual makanan sedap-sedap seperti bihun singapura dan murtabak. Jangan lupa cari juga bubur lambuk Kampung Baru yang terkenal seluruh Malaysia!

Kampung Baru ni antara kawasan berpotensi tinggi sebab terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur tapi isu pembangunan semulanya memang penuh drama! Tapi, antara projek hartanah menarik yang ada di sini ialah The Luxe By Infinitum dan Setia Sky Residences.
6) Bazar Ramadhan Taman Melawati
Bazar yang terletak di Lorong Selangor, Taman Melawati ni dianggap yang terbesar dan paling meriah di Kuala Lumpur, rugi tak datang.
Ada banyak gerai menjual makanan sedap-sedap seperti popiah basah, roti john dan paling istimewa tentulah ayam claypot dan tepung pelita.
Kawasan padat penduduk di Lembah Klang ni juga mempunyai pelbagai projek hartanah terbaik seperti KL East : The Ridge, SERINI Melawati, Platinum Hill PV 8 dan Sunway Montana, Melawati.
 
Bazar Ramadhan Selangor 7) Bazar Jalan SS13, Subang Jaya, Selangor
‘Budak Subang Jaya, memang ada gaya. Macam hari-hari, hari raya’ kata Joe Flizzow. Ya! Subang Jaya ternyata meriah dengan adanya Bazar Jalan SS13.
Sepanjang bulan puasa, Nasi Kerabu di sini menjadi salah satu tarikan untuk penduduk di Subang Jaya atau di sekitarnya seperti Shah Alam dan Puchong. ‘Sedak boh!’, bak kata orang Kelantan.
Lokasinya juga strategik kerana terletak di kawasan tumpuan penduduk berdekatan kerana Subang Jaya ni memang kawasan pembangunan yang sudah matang dan lama wujud seperti Saujana Residency, The Grand Subang, Sunway GEO Residences, Bandar Sunway dan Lot 15, SJCC.
8) Bazar Stadium Shah Alam, Selangor  

kredit pic: foodadvisor.my
Sebut saja stadium Shah Alam, semua orang tahu. Bahkan, bazar di sini cukup terkenal bagi penduduk luar Shah Alam. Ada yang sanggup memandu berjam-jam semata-mata nak merasa nasi kukus dan pau ayam panggang yang ada di sini!
Shah Alam ni juga meriah kerana ia adalah bandar dipenuhi pelbagai institusi pendidikan seperti UiTM Shah Alam, UNISEL, MSU dan banyak lagi. Jadi, memang jadi habuanlah bazar Stadium Shah Alam ini!
Di sekitarnya juga banyak projek hartanah yang menawan seperti Emira Residences, Elysium Seksyen 13, V-Residensi 2, Metia Residence dan iSOHO i-City, Shah Alam
9) Bazar Ramadhan Bangi
Di Bangi ni, ada beberapa bazar Ramadhan yang anda boleh kunjungi, maklumlah kawasan majoriti Melayu ni kenalah ada banyak bazar Ramadhan, barulah boleh penuhi semua permintaan!
Antara yang paling terkenal adalah di Seksyen 7 dan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Macam-macam ada di sini, tapi yang paling menarik adalah nasi kerabu, ayam golek dan popia basah. Memang asli dan sedap!
Bangi ni juga mempunyai banyak projek hartanah menarik seperti EVO SoHo Suites, Verna @ Serene Heights, Apartment Putra 1, Bangi dan Southville City, Bangi.
 
Bazar Ramadhan Pulau Pinang 10) Bazar Jalan Makloom, Georgetown
Asyik makanan berat saja, tak boleh juga. Kenalah ada pemanis mulut untuk menu berbuka puasa. Di Jalan Makloom ni, apam balik dan lemang memang dicari orang ramai.
Suasana Bazar Jalan Makloom ini memang meriah sebab dikelilingi beberapa projek hartanah terbaik seperti  Residence 21, Taman Seri Perak dan Jay Series Condominium.
Sambil berjalan-jalan mencari pencuci mulut itu, boleh lah bertegur sapa dan berkenalan dengan jiran-jiran sekeliling. Bak kata orang, sambil menyelam minum air!
11) Bazar Little India, Georgetown  

kredit pic: thestar.com
Mesti anda tertanya-tanya kenapa nama bazar ini Little India. Sebenarnya, dekat sini ada banyak makanan India Muslim seperti roti canai, samosa, kek muntri, soan papdi, dan badam peda. Sebab itulah wujudnya nama Little India!
Cubalah rasa dulu baru tahu betapa padunya makanan-makanan di sini, sambil tengok-tengok projek hartanah terbaru di kawasan ni, Beacon Executive Suites.
12) Bazar Ramadhan Bayan Baru
Bazar Ramadhan Bayan Baru Pulau Pinang ni antara bazar terbesar di Pulau Pinang, boleh cecah 300 gerai! Memang rambang mata memilih dan penat berjalan nak beli makanan.
Antara menu Ramadhan yang jadi pilihan ramai termasuklah ayam percik, kambing bakar, gulai kenduri dan pelbagai jenis air.
Kawasan sekitar Bayan Baru ni juga mempunyai banyak projek hartanah menarik seperti Havana Beach Residences, Queens Residences Q1 dan Queens Waterfront.
13) Bazar Ramadhan Seberang Jaya
Bazar Ramadhan Seberang Jaya di Pulau Pinang ni antara yang terbaik wujud di Seberang Prai.
Keistimewaan di sini adalah Murtabak Lee yang khabarnya memang ramai sanggup beratur panjang dan tunggu lama. Selain tu, gulai kawah batang pisang dan kuih dangai turut jadi perhatian.
Antara projek hartanah menarik di Seberang Jaya ni adalah Primero Garden dan The Paradigm Suites.
 
Bazar Ramadhan Johor 14) Bazar Ramadan Plaza Angsana
Kalau anda ke Bazar Ramadhan Plaza Angsana ni, anda boleh tengok bazarnya dibahagikan mengikut stesen jenis jualan. Senang nak pilih beli apa, tak perlu buang masa sangat. Antara makanan yang menjadi perhatian adalah bermacam-macam jenis kerepek Johor seperti kerepek ubi kayu, kerepek pedas dan kerepek pisang.
Selain itu, air mangga yang menggiurkan juga menjadi habuan ramai sebagai juadah berbuka.
Antara projek hartanah berdekatan di sini adalah seperti Dwi Mahkota Condominium dan Jentayu Residensi, manalah tahu kalau pergi ternampak dan tertarik nak tahu dan tanya-tanya harga.
15) Bazar Ramadan Pagoh  

kredit pic: johornow.com
Pagoh dikenali sebagai Bandar Universiti Pagoh kerana kewujudan Institusi Pendidikan Tinggi seperti UIAM, UTM dan UTHM.
Untung siapa yang menetap di sini sebab ada kelainan yang dibawa oleh Bazar Ramadan Pagoh pada tahun ini iaitu servis e-bazar. Semua makanan boleh ditempah secara atas talian saja dan dihantar terus ke rumah anda.
Apa yang best? Mestilah Laksa Johor! Ia merupakan ‘trademark’ orang Johor tau. Tambahan pula, Mee Bandung Muar di sini ada ‘nilai pasaran’ kerana mempunyai kualiti rasa yang tersendiri. Menariknya!
Kawasan ni juga mempunyai beberapa projek hartanah terbaik seperti Harmoni Vista Terrace dan Harmoni Permai.
16) Bazar Ramadan Kampung Melayu Majidee
Terletak berhadapan Medan Selera Kampung Melayu Majidee, bazar ramadhan ni mempunyai lokasi strategik, senang nak cari.
Antara makanan pilihan ramai tentulah Asma Rojak Larkin, rojak kek ikan parang, rojak tempe, rojak ketam isi, rojak tauhu dan macam-macam lagi! Harganya juga tak terlalu mahal. Memang padu sebagai pembuka selera waktu moreh!
Kampung Melayu Majidee ni juga adalah tanah rizab Melayu yang terpelihara dan dipertahankan kerajaan negeri. Jom tengok beberapa senarai hartanah untuk dijual yang ada dalam laman web kami ni.
17) Bazar Ramadan Pantai Dalam, KL Kelebihan: Dekat stesen LRT “University”
Makanan Terkenal: Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi
18) Bazar Ramadan Kelana Jaya Kelebihan: Terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya
Makanan Terkenal: Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar
 
Bazar Ramadan Patuh SOP Cegah COVID-19!
Dalam kemeriahan pergi ke bazar Ramadhan selepas tahun lepas dibatalkan, kita masih perlu berhati-hati sebab wabak COVID-19 masih menular dalam komuniti.
Bazar Ramadhan beroperasi semula pada 2022 ni memang akan dapat membantu ramai peniaga kecil yang terjejas teruk kerana pandemik COVID-19 sebelum ini
Sebagai pengguna, kita pun kenalah jalankan tanggungjawab dengan patuhi SOP yang disediakan, peniaga pula kenalah berniaga menjual menu buka puasa yang elok dan sedap!
Semoga Ramadhan 2022 ni diberkati dan amalan kita diterima Allah Azawajal
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta? Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video) Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video) PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN Adakah terdapat gunting dalam lipatan? “Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

The post Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/08/bazar-ramadan-2022-ini-senarai-18-bazar-yang-terbaik-seluruh-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 228 hits
Berbuka Puasa dengan Seleksi Makanan Terbaik di Bazar Ramadan Sekitar Negeri Selangor Tentunya kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam Selain dari memperbanyak amal dan ibadah bulan Ramadan juga ...
Ramadan Mubarak Iftar Platter Mubarak Iftar Nate Box Di Seluruh Cawangan Me Nate Steak Hub 2022

Ramadan Mubarak Iftar Platter Mubarak Iftar Nate Box Di Seluruh Cawangan Me Nate Steak Hub 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 282 hits
Hi Korang Tanpa kita sedari tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadan 2022 Sudah semestinya industri F B kita bakal meriah dengan promosi yang di tawarkan Entry kali ni aku nak share dengan korang promosi dari Me nate Steak Hub Shah Alam...
Coda Dinobatkan Filem Terbaik Senarai Pemenang Oscars 2022

Coda Dinobatkan Filem Terbaik Senarai Pemenang Oscars 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 182 hits
Hari ini pastinya menjadi detik bersejarah bagi pembikin filem di seluruh dunia apabila pengumuman dibuat bagi setiap pemenang menerusi acara Oscars 2022 Cuba membawa format yan berbeza daripada tahun sebelumnya Academy Awards ke 94 kali in...
Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang Tahun 2022

Lokasi Bazar Ramadan Di Pahang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 228 hits
Untuk tahun 2022 Kerajaan telah membenarkan semula diadakan aktiviti Bazar Ramadan Jadi khusus untuk orang Pahang anda boleh tengok sini senarai lokasi Bazar Ramadan yang ada di negeri Pahang Di Malaysia aktiviti bazar ramadan sangat sinoni...
30 Lokasi Tumpuan Bazar Ramadan 2022 Sekitar Lembah Klang Yang Dirindukan

30 Lokasi Tumpuan Bazar Ramadan 2022 Sekitar Lembah Klang Yang Dirindukan

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 216 hits
Selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan pada tahun ini Untuk rekod Pada tahhun 2020 operasi Bazar Ramadan di seluruh negara adala...
Pos Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara

Pos Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 216 hits
POS Malaysia Buka Ratusan Pengambilan Terkini April Mei 2022 Kekosongan Seluruh Negara Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman ...
Senarai Bazar Ramadan Di Perak

Senarai Bazar Ramadan Di Perak

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 429 hits
Senarai Bazar Ramadan Di Perak Puasa dah nak dekat ini mesti ramai mencari senarai Senarai Bazar Ramadan di tempat korang Sebab korang nak susun satu persatu bazar untuk korang terjah kan Jika zaman belajar dulu kawan cik en yang bukan non ...
Aneka Selera Desa Ramadan Buffet 2022 World Trade Centre Kuala Lumpur

Aneka Selera Desa Ramadan Buffet 2022 World Trade Centre Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 338 hits
ANEKA SELERA DESA WTCKLBRINGING OUT THE HEARTIEST OF RAMADAN BUFFETKUALA LUMPUR March 2 2022 It s that time of the year when families and friends come together for a joyous Ramadhan season For the past years of Ramadan we ve been isolating ...
Senarai Buffet Buka Puasa Di Kelantan 2022

Senarai Buffet Buka Puasa Di Kelantan 2022

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 308 hits
Selamat berpuasa kepada semua pembaca Artikel kalini saya nak senarai lokasi hotel yang menyajikan buffet berbuka puasa di Kelantan tahun 2022 Pastikan korang membuat tempahan awal sebelum ke sana ya 1 Jewel Hotel Kota BharuTema Dapur DesaL...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord