Cintailah Pasanganmu Kerana Allah Kerana Dengan Itu Semuanya Akan Indah


Cintailah Pasanganmu Kerana Allah Kerana Dengan Itu, Semuanya Akan Indah! Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya. Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah, merudum jika isterinya melakukan perkara-perkara yang dilarang atau dibenci oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.
Demikianlah juga kecintaan seorang isteri kepada suaminya, kecintaan suami-isteri kepada anak-anak mereka, kecintaan anak-anak kepada ibubapa mereka dan kecintaan di antara sesama umat Islam. Semua itu tidak lain adalah hasil dari cinta mereka kepada Allah.
Oleh itu, orang-orang yang beriman boleh mencintai sesuatu atau seseorang selain Allah dalam jumlah yang tidak terhad. Akan tetapi cinta itu adalah kerana Allah semata, bertambah atau berkurang kerana Allah dan tidak sekali-kali menandingi cinta mereka kepada Allah.
Bagaimana Hendak Mencintai Allah?
Cinta ialah keterpautan hati kepada seseorang kerana kebaikan orang tersebut. Lebih baik orang itu, lebih kuat pautan hati kepadanya. Lawan kepada cinta ialah benci, iaitu penolakan hati seseorang kerana kejahatan orang tersebut.
Lebih jahat orang itu, lebih kuat tolakan hati terhadapnya. Seolah-olah hati memiliki sepasang tangan yang dapat memaut dan menolak.
Apa jua kebaikan orang lain, tidak ada tandingannya jika dibanding dengan kebaikan Allah. Allah memberikan kita kehidupan ini, nikmat Islam, rezeki, kesihatan dan pelbagai lagi yang tidak mampu kita hitung.
Sekali sekala Allah menguji kita dengan kesusahan, bukan bererti Allah membenci kita tetapi menyayangi kita dan ingin memberikan peringatan kepada kita serta menarik kita agar lebih rapat kepada-Nya.
Oleh itu apabila seorang muslim ingin mencintai Allah, hendaklah dia memikirkan sekian banyak kebaikan Allah kepadanya. Hendaklah dia berfikir dan merenung secara jujur dan berhati-hati terhadap kecenderungan manusia untuk lebih mudah melihat kejahatan daripada kebaikan.
Sumber: Pesona Pengantin
The post Cintailah Pasanganmu Kerana Allah Kerana Dengan Itu, Semuanya Akan Indah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/cintailah-pasanganmu-kerana-allah-kerana-dengan-itu-semuanya-akan-indah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syukur Itu Indah

Syukur Itu Indah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 306 hits
Pelajaran tauhid yang sangat bernilaiDahulu kala ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah Suatu hari seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi Sayangnya si ...
Bacalah Doa Penting Ini Jika Malam Itu Anda Bertemu Dengan Malam Al Qadar

Bacalah Doa Penting Ini Jika Malam Itu Anda Bertemu Dengan Malam Al Qadar

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 631 hits
As Salam Syukur Kita semakin menghampiri 10 malam terkahir pada Bulan Ramadhan Sekejapnya masa berlalu Sungguhlah Masa itu ibarat pedang Jika kita tidak memotongnya ia akan memotong kita Allahuakbar Saya ingin kongsikan satu doa khusus yang...
Lirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu Joseph Kajangan

Lirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu Joseph Kajangan

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1245 hits
AssalamualaikumBismillahLirik Lagu Dari Kita Saja Bah Itu Joseph Kajangan Cerita muda bikin sakit kepalaBila cari duit banyak alasan pulaBila aramai ti sakit gout pun lupaBila habis duit SMS minta bapaSoal sumandak susah pun mau berabisAyat...
Penjual Coklat Fitnah Farm Fresh Bukan Produk Melayu Merayu Jangan Saman Coo Pula Tampil Nafi Dakwaan Itu

Penjual Coklat Fitnah Farm Fresh Bukan Produk Melayu Merayu Jangan Saman Coo Pula Tampil Nafi Dakwaan Itu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 533 hits
Saya merayu tuan tidak buat laporan saman Penjual coklat fitnah Farm Fresh bukan produk Melayu COO tampil nafi dakwaan itu
Hanya 1 Jam Sehari Cukup Untuk Belajar Dengan Anak Jadikan Belajar Itu Sesuatu Yang Seronok

Hanya 1 Jam Sehari Cukup Untuk Belajar Dengan Anak Jadikan Belajar Itu Sesuatu Yang Seronok

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 455 hits
Angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor menerusi akaun instagram berkongsi cara beliau mendidik anak anaknya Dia melakukan persiapan untuk anak gadisnya yang akan memasuki darjah satu tahun hadapan Cara beliau melakukan persiapan untuk...
Mahfuz Rela Digugurkan Dari Kabinet Jika Itu Kemahuan Mahathir

Mahfuz Rela Digugurkan Dari Kabinet Jika Itu Kemahuan Mahathir

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 236 hits
ALOR SETAR Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk digugurkan sekiranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melakukan rombakan Kabinet Katanya Perdana Menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk berbuat demiki...
Resipi Ikan Siakap Stim Sedap Macam Kedai Siam Langsung Tak Hanyir

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

Pemilihan Pkr 2025 Nurul Izzah Mendahului 3000 Undi

Tak Ramai Boleh Saingi Pengorbanan Rafizi Izzah Jawab Anwar

Kenderaan Ev Semakin Popular Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau Dan Pintar

Nak Tahu Bila Boleh Berhenti Ambil Carbimazole

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah Activist Pans Bung S Claim Of Minimal Development Under Local Parties

Boycott Pkr In Ge16 Greets Nurul Izzah S Victory Grassroots Foresee Rot From Prevalent Family Ties

Kalau Had Umur Pencen 65 Tahun

Wow Cantiknya Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap

Amalkan Bacaan Doa Selepas Azan Doa Akan Dikabulkan

Lirik Lagu Seni Berdamai Dengan Takdir Naim Daniel Ustaz Adnin Roslan