Cinta Mulai Tumbuh Dan Dibaja



bagi saya peluang ea jaga hati awak elok - elok. kita sama - sama nakkan yang terbaik. so kita sama - sama jadi yang terbaik ok? 

saya tahu, saya dah baca. saya pun tak sempurna awak. 

awak tak perlu takut salah orang. bila saya cakap saya nak jaga awak elok - elok, maknanya saya betul - betul akan buat. kehidupan kan ada dugaan. dugaan pun untuk orang yang kuat dan bertahan kan? dan bila kita pilih jalan ni, kita akan lalui dugaan tu. contohnya saya kena layan karenah awak, manja awak, sedih awak, marah awak, garang awak. itu semua saya kena hadap awak, untuk bahagiakan awak. 

saya nak hargai awak dalam hidup saya, nak sayang awak sorang tak nak orang lain,  izinkan saya sayang awak tau. 

mama dengan ayah restu saya dengan awak
mengenang semula kenangan awal 7 bulan lepas; disini. 


Sekejap Tak Mentah, Lama Tak Matangaku selalu berpegang dengan ayat diatas untuk beberapa situasi, contohnya dalam hubungan. bagi aku, kenal orang bertahun tak menjamin hubungan akan matang dan kenal orang sekejap tak menjamin hubungan tu mentah. 
matang yang aku tulis bukan matang dewasa. tapi lebih kepada 'apakah kau kenal dia seluruhnya?'. sbb aku nak singkatkan ayat HAHAH. 
ada je orang sekeliling aku, kenal bertahun. tapi bila bersatu dalam hubungan, sekejap lerai. aku tak kata lah kenal sekejap tu bagus, atau kenal lama tu buruk. ini lebih kepada luck hubungan kau yang tuhan dah tetapkan. yang penting kena ingat, kita boleh berusaha untuk dapatkan jodoh terbaik. 
7 bulan perkenalan dan akhirnya memilih pernikahan itu satu hal yang:
"eh kau yakin ke dia jodoh kau""eh kau dah semak latar belakang dia?"
"eh, kau tahu ke dulu dia macammana?"
"eh, mana kau kenal dia?"
"eh, ehhh, ehhh"
jujurnya, aku hanya ambil masa 30 hari dari hari pertama aku kenal dia, untuk bersetuju mengabadikan kenangan hidup bersama dengan seorang laki - laki yang entah dari mana.  
aku yakin dengan keputusan aku bila aku sendirian. aku mulai berbelah bahagi bila orang berteka - teki untuk aku dapatkan jawapan dari dia. takut tak dapat terima hakikat bahwa pasangan kita pada hari ini pernah memiliki hidup yang  terpecah - pecah semalam. walhal, kita semua pernah memiliki silam yang hitam. cuma tuhan tutup rapi dalam saku masa. 
setiap kali aku berbelah bahagi, aku pesan pada diri. nak jodoh yang baik, diri sendiri perlu baik. aku sedar yang aku pun so so. jadi belajarlah membina sama - sama. jangan harap dia saja yang terpaling sempurna sedangkan kita ni tak ada apa - apa. 
30 hari setuju untuk bersama dari hari pertama kenal, dan 151 hari yang sangat panjang dari hari aku bersetuju untuk bersama. 151 hari yang sangat menguji bila disahkan positif. walhal, tarikh nikah sudah dekat benar. goyah aku masa ni. ujiannya cuma berat sebutir gula, tapi sangat mengganggu mental saat tak sihat. sampai aku cakap dekat dia, "nikahlah dengan orang lain."
Hubungan Rahsiaaku memang merahsiakan hubungan ni dari orang terdekat walaupun aku dah bersetuju untuk hidup bersama dengan laki yang entah dari mana. alasan aku ialah aku takut kalau terlalu beriya kenalkan dia kepada orang sekeliling tapi tempoh perkenalan gagal dan tak berjaya. 
dalam banyak - banyak manusia, dia yang paling aku 'simpan' dari orang sekeliling. takut betul nak kenalkan dengan siapa - siapa. takut sia - sia. walaupun rasa yakin akan kekal lebih tinggi dari rasa takut hilang. entahlah. 
aku plan 'majlis kahwin' semuanya sendiri. sehinggalah hari raya may 2021, aku kenal kan dia kepada keluarga. itulah kali pertama. masa ni mak aku dah tahu, aku nak nikah dengan dia. malu sebenarnya, sebab sebelum ni pun pernah duduk dalam hubungan yang tak jadi. 

Allah Izinkan 'Kita'

pada tanggal 26 oktober 2021; yang pertama - tamanya. 
Terima Kasih Semuaterima kasih Allahatas izin restu untuk hubungan ini. kalau tidak kerana Engkau, mungkin hubungan ini sudah berakhir atau selamanya tergantung tak berikat yang sah. terima kasih Tuhan kerana telah menyempurnakan kehendak aku yang terbengkalai dulu. terima kasih untuk sepanjang hidup ini

terima kasih emak dan ayah
restu hubungan singkat ini. menerima apa sahaja plan kahwin yang tersangat ringkas. menerima ketiadaan wang yang tinggi, majlis yang tak terlalu sempurna seperti orang lain. terima kasih kerana menjadi 'tulang kekuatan' sepanjang aku membesar dan menjadi dewasa walaupun aku tak terlahir seperti kanak - kanak lain. namun dewasanya aku cuba memberi dan berbagi seluruhnya walau kadang ada yang lopong. terima kasih untuk waktu - waktu yang selalu ada. terima kasih sudi bersusah untuk majlis kecil. terima kasih syazwan tolong jadi driver, terima kasih apan tolong angkat - angkat barang, terima kasih ayuni tolong jadi fotografer, terima kasih afia dan aisyah memeriahkan majlis

terima kasih ayah man dan mama cikjue
terima kasih mama dan ayah kerana menerima aku seadanya. restu hubungan dan setuju dengan keputusan pernikahan dalam masa pendek. terima kasih kerana mengizinkan anak kalian menikahi aku yang tak ada apa - apa. terima kasih kerana membesarkan anak kalian dengan baik menjadi dewasa lalu diberikan kepada aku untuk menyambung tua bersamanya. terima kasih sudi bersusah untuk majlis kecil. 
terima kasih keluarga keduanya


terima kasih kepada pakcik makcik, adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. terima kasih sudi hadir / tidak hadir dan juga atas doa - doanya. terima kasih pada yang ada dihari majlis dan membantu apa dayanya. terima kasih untuk waktu yang diluangkan. terima kasih

terima kasih kawan - kawan (perempuan itu)maaf pada yang tak dijemput dan pada yang tak diberi tahu langsung. tapi terima kasih untuk kawan - kawan yang tak berkecil hati kerana tak dijemput


terima kasih cyrawalaupun kau tak dapat hadir dihari majlis, tapi kau sudi menjadi paling pertama. membantu aku pakai inai, tolong seterika baju keluarga aku dan kita berbual - bual tentang kenangan. maaf kerana berkali - kali menukar tarikh dan akhirnya kau paling tak ada dihari majlis. terima kasih kerana sudi setia jatuh dan bangunnya aku. 

terima kasih Khaty kerana menjadi paling awal tiba. menjadi peneman sepanjang perjalanan menuju akad. terima kasih kerana sudi ada sepanjang masa kita kenal sehingga saat aku menamatkan bujang. terima kasih kerana ada. 

terima kasih Tasya kerana hadir pada hari bahagia serba ringkas aku. terima kasih sudi bersama saat aku kecewa dan bahagia. terima kasih melalui hidup yang tak indah indah ini bersama - sama dan kau sudi berbagi rasa. 
terima kasih suamimemilih aku sebagai penghuni hati. terima kasih sudi menyebut nama aku dalam akad dan menggalas tanggungjawab sepenuhnya dengan hidup dan diri ini. terima kasih sudi menjadikan aku sebagai orang yang akan melalui hidup bersama - sama untuk jatuh dan bangun. terima kasih kerana sudi bina kenangan tentang kita. terima kasih kerana menerima seluruh tentang aku. terima kasih untuk semuanya







Doakan Kami
maaf banyak kurang. buat semua, terima kasih kerana membaca. doakan kami akan selamanya sampai syurga <3. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2021/11/cinta-mulai-tumbuh-dan-dibaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Ayat Cinta

7 Ayat Cinta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 221 hits
Sabda Rasulullah SAW Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa dosanya walau sebanyak buih di lautan 1 Bismillahhirrahmannirrahim Pada tiap tiap hendak melakukan ...
5 Tipe Bahasa Cinta Yang Perlu Kamu Ketahui

5 Tipe Bahasa Cinta Yang Perlu Kamu Ketahui

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 200 hits
Apakah sobat pernah merasa sudah melakukan sesuatu untuk menunjukkan rasa cinta kamu kepada pasangan namun pasangan kamu merasa kamu tidak pernah menunjukkan rasa sayangmu Kalau pernah bisa jadi This is a content summary only Visit my websi...
Cinta Ke Nafsu Jangan Ditipu

Cinta Ke Nafsu Jangan Ditipu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum Kisah pasal Mr F yg tak habis dari dulu cakap nak sambung tapi tak sambung bukan taknak sambung sebab ceritanya sejak tuh tak pernah bersambung lagi walau masih menunggu 4 tahun dah pun berlalu cerita dan perasaan semakin pu...
Mencari Cinta Ideal

Mencari Cinta Ideal

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 194 hits
Bukan senang nak mencari cinta yang sejati dimana dua hati bersatu menjadi satu jiwa yang saling memahami dan saling perlu memerlukan Cinta bukan sesuatu yang datang dengan dan pergi begitu sahaja Cinta adalah sesuatu yang sangat terkesan d...
Perihal Cinta Pada Allah

Perihal Cinta Pada Allah

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 268 hits
Bismillah Assalamu alaikum Alhamdulillah setelah lebih dua minggu tertangguh hari ni dapat juga saya ambil cuti dan teruskan menulis Penulisan ini adalah sambungan daripada bahagian yang lepas Bagaimana Mewujudkan Cinta pada Allah Pada baha...
Inikah Yang Dikatakan Cinta Sejati Makin Tua Makin Sayang

Inikah Yang Dikatakan Cinta Sejati Makin Tua Makin Sayang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 213 hits
Cinta itu sangat subjektif ada yang bersifat sementara ada yang berpura pura malah ada yang main paksa Tapi di sebalik segala kepalsuan cinta tesebut pasti ada sejenis cinta yang benar benar sejati iaitu kasih Tuhan But in this post saya ta...
Buku Sunan Cinta Nan Sakti

Buku Sunan Cinta Nan Sakti

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 167 hits
Salam Buku terakhir dalam trilogi novel Laksamana Sunan Kiranya buku flasback untuk kisah saifudin Buku ni saya survey dekat online memang dah takde begitu juga di kedai kedai buku termasuk dekat jalan TAR dah sold out Nasib baik masih ada ...
Mestikah Cinta Dengan Berpandangan Mata

Mestikah Cinta Dengan Berpandangan Mata

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 340 hits
Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya Kitab Allah dan Sunnah Rasul Nya HR Imam Malik dalam Muatha no 1678 Apabila disebut tentang cinta seringkali terlintas dalam benak fikiran kit...
Cinta Muka Buku

Cinta Muka Buku

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum Herm hari ni bosan yang amat Tiap2 hari ahad aku mesti menanggung derita kebosanan yang amat Tapi hari lain tak sangat Tengah2 bosan aku pun tengok tibi Terlayan NONA kul 2 tadi Terr Bukan apa aku tertarik dengan kisah cinta...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Rain Lily Scarlet O Hara

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Template Blogger Responsive Seo Friendly

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Pananthai 9 Pananthai Top 87 By Patrice

Monday Morning

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai