Mestikah Cinta Dengan Berpandangan Mata



Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.[HR Imam Malik dalam Muatha’ no.1678]
Apabila disebut tentang cinta seringkali terlintas dalam benak fikiran kita cinta muda-mudi berlainan jantina. Tidak kurang yang terusik dengan cinta pandang pertama. Namun, mestikah cinta itu perlu saling berpandangan? Adakah perkara yang dicintai perlu zahir pada mata untuk cinta itu hadir? Atau cukup sekadar kesan yang ditinggalkan

Hari Lahir Kekasih UmatTelah berlalu satu tarikh yang gemilang.. 12 Rabi’ul Awal. Lahir seorang insan yang terbilang. Muhammad s.a.w yang dijulang. Suasana  cinta yang baginda s.a.w cipta bukan cinta biasa tetapi yang lahir dari dalam jiwa atas keutuhan taqwa

Lihat bagaimana seorang sahabat baginda s.a.w yang bernama Zaid Bin Datsinah. Ketikamana dia ditangkap oleh pemimpin Quraisy dan dibawa menghadap Abu Sufyan(belum Islam). Abu Sufyan bertanya:“Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu.” Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku.” Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad.”[Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah]
Begitulah kasihnya mereka kepada baginda. Banyak lagi kisah mengenai kecintaan para sahabat kepada Rasulullah, tetapi suka saya ingin membawa satu contoh bukan dalam kalangan sahabat walhal beliau hidup pada zaman nabi s.a.w. Dek kerana beliau tidak sempat bertemu nabi maka beliau tergolong dalam kalangan tabiin. Beliau ialah Uwais al-Qarny

Bukan cinta biasaUwais Al-Qarny merupakan seorang yang taat kepada agama dan juga ibunya. Cita-cita beliau adalah ingin berjumpa Rasulullah kerana cinta yang mendalam kepada baginda. Namun apakan daya, oleh kerana ibunya yang uzur, beliau memilih untuk menjaga ibunya terlebih dahulu. Berlalu masa, kerinduan makin terasa. Akhirnya beliau meminta izin ibunya untuk bertemu Rasulullah. Ibunya membenarkan. Tiada lagi kegembiraan lebih nyata yang terpancar pada wajah Uwais setelah mendapat keizinannya

Setibanya di Madinah, beliau ingin bertemu Rasulullah s.a.w. Takdir tidak menemukan mereka. Uwais mengirim salam kepada baginda seraya pulang kerana khuatir akan keadaan ibunya. Zaman berpergian hingga sampai ketika Umar r.a menjadi pemerintah ketika datang rombongan dari Yaman beliau bertanya:Adakah dalam kalangan kalian seorang yang berasal dari Qaran? Lalu orang itu menghadap Umar r.a. Kemudian Umar r.a berkata lagi; Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada kamu seorang lelaki dari Yaman. Dia tinggal bersama ibunya di sana. Dahulu pada kulitnya ada penyakit belang berwarna putih. Lalu beliau berdoa kepada Allah untuk disembuhkan dari penyakit tersebut dan dikabulkan kecuali tinggal kesan (penyakit) sebesar wang dinar atau dirham sahaja. Barang siapa yang menemuinya maka mintalah beliau memohon keampunan kepada beliau. [HR Muslim: no. 4612]
Dimensi HadisHadis ini dapat dilihat dari banyak sisi pandang. Pertamanya lihat bagaimana seorang yang tidak pernah berjumpa dengan nabi s.a.w, namun atas dasar cinta mendalam kepada baginda, beliau diberi pengiktirafan yang begitu tinggi hingga para sahabat nabi disuruh untuk memohon Uwais meminta Allah ampunkan dosa mereka sedangkan jika mengikut darjat para sahabat nabi lebih utama berbanding golongan kemudiannya

Jika dilihat semula tidakkah Rasulullah menjamin kepada kita sesuatu perkara? Meski kita tidaklah mencapai darjat para sahabat, tetapi kita sebenarnya kita boleh tergolong dalam kalangan mereka. Bagaimana

Allah berfirman:Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) [Al-Imran:110]
Ramai manusia mungkin terlupa, mungkin juga alpa dan leka. Namun, itulah janji Allah yang disampaikan melalui nabi s.a.w kepada umatnya dengan syarat kita berusaha untuk menyebarluaskan kebaikan mengikut kemampuan dengan apa jua jalan yang dibenarkan serta berusaha menghalang keburukan dari terus membarah bermula pada diri sendiri seterusnya dalam jiwa masyarakat keseluruhannya

Selain itu, berdasarkan kisah Uwais ini, dapat kita ambil iktibar bahawa cintanya terhadap baginda bukan semata kata-kata. Bukan juga mesti dengan pandangan mata. Abu Jahal sahaja berjumpa nabi berkali-kali tetapi tetap tidak beriman. Adapun kecintaan kepada nabi s.a.w adalah lahir dari dalam hati yang dibuktikan dengan amalan

Lihatlah bagaimana Uwais seorang anak muda yang semestinya ada keinginan remajanya. Namun, beliau berkorban kesenangan untuk menjaga ibunya yang uzur sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w supaya kita berterusan berbuat baik kepada kedua ibubapa selagi batas syara’ masih dijaga

Mengapa perlu cinta kepada baginda s.a.w?Perkara pokok yang menjadi tunjang utama dalam kehidupan kita adalah agama. Dan agama yang diterima Allah ialah Islam. Kita tiada kemampuan untuk mempelajarinya secara terus. Justeru, Allah utuskan rasul untuk menyampaikan segala suruhan dan tegahan-Nya

Oleh kerana baginda telahpun melaksanakan tugasan menyampaikan risalah dakwah kepada ummah, maka amatlah patut bagi kita untuk mencintai baginda kerana apa yang Rasulullah bawa dapat membimbing kita ke syurga

Bukankah cinta itu hendak bersama hingga ke syurga

Nabi s.a.w ada bersabda:“Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah Aku (nabi) ini lebih dicintai oleh manusia daripada ibubapa, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.” [HR Bukhari no.14, HR Muslim no.55]
Berdasarkan hadis ini dapat kita simpulkan bahawa cinta kepada nabi yang membawa maksud berusaha memahami, melaksana dan menyerbarkan apa yang baginda bawa adalah suatu perkara yang dominan kerana berkait rapat dengan soal keimanan. Hal ini disebabkan kecintaan kepada nabi membawa manusia cinta kepada Yang Maha Esa

Pamerkan Cinta AndaSeperti yang saya sebutkan diatas, kecintaan kepada nabi bukan mainan bibir semata-mata. Tetapi lahir dalam hati yang suci dan jiwa yang murni ditambah dengan usaha dalam rangka cuba mengamalkan sunnah baginda sehabis daya

Bagaimanapun cara mempamerkan itu perlu dalam suasana untuk kita ingat semula pengorbanan dan perjuangan baginda dan para sahabat yang mana jika tidak kerana air mata dan darah mereka mungkin islam hari ini tidak sampai pada tangan kita

Walaubagaimanapun cara terbaik meluahkan rasa cinta adalah kita mengamalkan sunnah baginda. Bermula dari sekecil-kecil sunnah seperti membersih diri hingga kepada sunnah yang terbesar iaitu dakwah. Oleh itu, jangan pula kita bertelagah dalam menyatakan sesuatu perkara itu dikira sunnah atau tidak hingga kita lupa sunnah baginda yang utama

Adapun baginda s.a.w ada menjanjikan kepada kita perkara jika berpegang teguh kepada sunnah baginda iaitu:Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana jika berpegang teguh kepada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah. [HR Imam Malik dalam Muatha’ no.1678]
KesimpulanBersempena dengan tarikh kelahiran baginda pada tahun ini, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk kita lupakan kisah lama. Tidak menjadikan hari bersejarah ini hanya sebagai hari biasa dan disambut seperti sebelumnya tetapi dijadikan sebagai hari untuk sama-sama untuk mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan sehari-hari terutama sunnah teragung baginda dalam rangka membawa manusia kembali bertuhankan Allah yang Esa hingga ke akhir hayat kita meski telah berlalu hari tersebut

Akhir sekali ingin saya nukil sebuah syair daripada Imam Ibn Qayyim Al-Jauzi:Dia layak menerima penutup nubuwah,
Bercahaya dan dipersaksikan Allah sebagai kepercayaan,
Asma nabi dipertautkan dengan asma Ilah,
Tatkalan mua’dzin menyeru azan lima kali berkumandang,
Asmanya diambil dari asma-Nya yang terhormat,
Penguasa Arasy yang terpuji dan ini adalah Muhammad.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kelanamuslim.blogspot.com/2016/08/mestikah-cinta-dengan-berpandangan-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menunggu Pengesahan Pertumbuhan Selanjutnya Bagi Pasangan Mata Wang Usd Jpy

Menunggu Pengesahan Pertumbuhan Selanjutnya Bagi Pasangan Mata Wang Usd Jpy

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 184 hits
Penembusan menaik pasangan mata wang USD JPYPasangan mata wang USD JPY gagal meneruskan pergerakan menurun dan kini ia telah berjaya melonjak di atas garis aliran menurun Penstabilan harga di atas garis aliran menurun berkemungkinan akan me...
Mata Merah

Mata Merah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 197 hits
Gua perasan yang sejak dua tiga empat menjak ni mata gua suka jadi merah pagi pagi Ya gua tahu normal la kalau lepas bangun pagi mata merah tuh Tapi itu bukan permasalahan yang gua hadapi Gua rasa lain macam pulak dia punya merah Lepas bang...
Dari Kerana Mata

Dari Kerana Mata

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum Banyak banyak benda yang ada kat dunia ni akak paling gemar melukis potret orang Melukis potret ni memang ada cabarannya tersendiri Bukan semua orang boleh buat Selalu kalau akak draw potret akak akan start lukis muka dulu D...
Antara Tepuk Dada Dan Tepuk Mata

Antara Tepuk Dada Dan Tepuk Mata

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 169 hits
Saya nak menggunakan tepuk mata tanya hatiuntuk menggantikan pepatah yang dah lama kita selalu dok dengar dan baca iaitu tepuk dada tanya selera Kenapa Ada orang pernah berkata kepada saya bahawa jauh di mata dekat di hati Ada orang juga pe...
Mata Bengkak Tak Dibenar Hubungi Keluarga Edict Mahu Polis Siasat Kes Pukul Tahanan

Mata Bengkak Tak Dibenar Hubungi Keluarga Edict Mahu Polis Siasat Kes Pukul Tahanan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 207 hits
EDICT berkata laporan itu diterima selepas hari keempat mangsa berada dalam tahanan Turut difahamkan keluarganya tidak dimaklumkan mengenai penahanan itu PETALING JAYA Badan bukan kerajaan Menghapuskan Kematian dan Dera Dalam Jagaan mengges...
Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

Mata Dajjal Ditolak Di Ayer Hitam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 349 hits
Pengerusi DAP Johor Chin Tong mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan undi Melayu di kerusi Parlimen Ayer Hitam bukan sahaja undi Melayu dari pengundi atas pagar bahkan juga undi dari pengundi tegar penyokong Pakatan Harapan Tin...
Baca Tulisan Ini Membongkar Ketika Mata Najwa Sudah Dibayar Oleh Ahok

Baca Tulisan Ini Membongkar Ketika Mata Najwa Sudah Dibayar Oleh Ahok

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 128 hits
Kembali lagi harus saya katakana bahwa para pendukung Ahok itu memang asli culun culun Mulai dari Cyber Armynya di media media social Teman Ahok Partai baru itu dan para Orang orang tua yang mati matian mendukung Ahok Sama semuanya yaitu cu...
Bicara Air Mata

Bicara Air Mata

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 215 hits
Saat air mata itu berbicaraTerhurai segala rahsia yangSering membelenggu di jiwaLantas Ku pesan pada air mata Wahai air mata Usahlah kamu singgah di sini terlalu lamaKerana aku bimbang jiwa ini akanBertambah derita Wahai air mataAndai kamu ...
Ilusi Foto Yang Dapat Menipu Mata Kita

Ilusi Foto Yang Dapat Menipu Mata Kita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 148 hits
Foto unik di bawah ini terlihat sungguh luar biasa nyata padahal itu hanyalah sebuah optical illusion Entah disengaja atau tidak foto foto berikut memang sungguh menipu mata kita jika kita tidak jeli melihatnya 1 Podium MelayangYang membuat...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm