Cinta Antara Suami N Isteri


‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan ujian rumah tangga yang berlaku kepada pelakon cantik, Rita Rudaini.



Jika diselak lembaran diari dirinya dari awal perkahwinan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, lebih banyak pahit berbanding kemanisan yang dirasai.

Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008, di Songkhla, Thailand berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran RM7777.77.

Keputusan Aidil mengahwini Rita, nyata telah mencalarkan hati keluarga Aidil. Sementelah lagi, orang tua Aidil menganggap mereka membelakangkan keluarga


.

Malah kontroversi itu, menimbulkan persengketaan berpanjangan apabila Rita dan keluarga Aidil saling berbalas kenyataan menerusi media.




Bagaimanapun, ibu bapa Aidil mula menerima Rita sedikit demi sedikit selepas kelahiran Airit Rayyan Rizqin, 3. Malah mereka turut melawat Rita di hospital.



Namun ia bukanlah penamat segalanya, apabila industri dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga Rita dan Aidil, pada 2010.

Aidil memfailkan Sulh dan tuntutan penjagaan anak. Keputusan itu dibuat Aidil setelah Rita enggan mengikut Aidil pulang ke kampung halamannya sekali gus menyebabkan timbul persengketaan.

Lebih perit buat Rita apabila ketika itu, dia sedang hamil anak kedua.


Namun selepas kelahiran Airit Rafqa Arjuna, yang kini berusia sembilan bulan, Rita dan ibu bapa Aidil mengambil jalan untuk berdamai, sekali gus melupakan persengketaan lama mereka.

Aidil juga telah kembali ke pangkuan Rita, sekali gus menangguhkan permohonan Sulh dan tuntutan penjagaan anak serta berjanji memulakan kehidupan baru.





Bagaikan tiada kesudahan, konflik pasangan ini kembali mencuri tumpuan media dan masyarakat. Konflik dipercayai berpunca selepas Rita bertelagah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah, menerusi Twitter baru-baru ini.

Bermula dengan sindir-menyindir, perang Twitter mereka semakin panas apabila Rita membuat tuduhan besar terhadap Zaquan. Sesiapa saja yang mengikuti Twitter mereka, pastinya terkejut dengan pendedahan Rita.

Zaquan pula mendakwa, Rita keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Lebih memburukkan keadaan, Aidil dilaporkan keluar dari rumah, meninggalkan Rita dan anak-anaknya di Damansara selepas beberapa hari perang Twitter itu berlaku. Rita berkata, ketika itu, dia dan dua anak mereka berada di kampung, Kangar, Perlis.



Dalam 'drama' ini, Rita turut mendakwa, Zaquan dan Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar dari kediaman mereka.

Selepas seminggu, Rita kemudiannya menerima surat daripada peguam Aidil dan sehingga kini, isi kandungan surat itu masih belum terungkai.


Pertahan hak!

Tidak berdiam diri, Jumaat lalu, Rita hadir di Mahkamah Syariah, Shah Alam dan melantik peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain bagi menyelesaikan isu surat yang diterimanya.

"Surat tuntutan yang dikemukakan Aidil tidak mengejutkan saya kerana Aidil pernah berbuat demikian semasa pergolakan rumah tangga kami pada 2010," katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai surat itu, Rita berkata, dia menyerahkan urusan itu kepada peguamnya. Sementara, menerusi Twitternya, Rita menjelaskan dia tidak meminta atau meraih simpati sesiapa dan apa yang dilakukannya adalah untuk diri sendiri selain mempertahankan haknya sebagai seorang ibu dan isteri.


Rita juga memohon dari ALLAH SWT agar memberikannya kekuatan. Malah Rita juga bersyukur kerana masih bekerja dan memikirkan bagaimana nasib isteri serta ibu yang terpaksa melalui ujian sepertinya dan tidak bekerja.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1208kakjah.blogspot.com/2012/05/cinta-antara-suami-n-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ni Cara Saya Hargainya Suami Gigih Jahit 30 Pasang Baju Raya Untuk Isteri

Ni Cara Saya Hargainya Suami Gigih Jahit 30 Pasang Baju Raya Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 358 hits
Bermacam cara suami isteri akan lakukan demi untuk membahagiakan pasangan masing masing Sebab itu orang kata wang bukanlah segala galanya Dalam perhubungan mesti ada keikhlasan kasih sayang sentiasa bertolak ansur dan membantu satu sama lai...
Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 268 hits
Tinggal dua hari lagi pasti ramai yang sibuk dengan persiapan menjelang Aidilfitri Meskipun tidak dapat pulang ke kampung berhari raya namun tetap diraikan secara sederhana di rumah dengan berpakaian baru di hari pertama Bagaimanapun pasti ...
5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 311 hits
gambar hiasan Assalamualaikum acik cukup tertarik dengan perkongsiaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan acik kongiskan kembali 5 tahun pertama di alam perkahwinan orang tua pesan ini fasa yang paling susah sekali kalau kita mampu ha...
Suami Isteri Jana Pendapatan Dengan Cincau

Suami Isteri Jana Pendapatan Dengan Cincau

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 316 hits
Tidak terlintas bagi pasangan suami isteri ini cubaan memasak sendiri jeli cincau atau lengkong untuk minuman seisi keluarga secara suka suka kini menjadi punca pendapatan sampingan untuk mereka Segalanya bermula apabila Muhammad Syafik Ab ...
Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 248 hits
Pasangan suami isteri yang bahagia dikatakan mempunyai hubungan kelamin lebih seksi dan hangat Malah hubungan seks suami isteri juga jika dijaga dengan baik mampu membuatkan pasangan tampak lebih muda dan bertenaga Jika anda perasan ada ses...
Suami Bawa Isteri Hamil Ceroboh Sempadan Guna Tangga

Suami Bawa Isteri Hamil Ceroboh Sempadan Guna Tangga

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 248 hits
BernamaBANGKOK Sepasang suami isteri ditahan ketika cuba menyeberangi tembok di sepanjang sempadan Thailand Malaysia untuk menyelinap ke Sadao di selatan Songkhla Thailand pada Isnin Wanita berusia 39 tahun sedang hamil lima bulan dan suami...
10 Perkara Suami Isteri Wajib Buat Setiap Pagi Agar Perkahwinan Lebih Intim Amp Berkekalan

10 Perkara Suami Isteri Wajib Buat Setiap Pagi Agar Perkahwinan Lebih Intim Amp Berkekalan

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 319 hits
Bangun pagi bergegas mengejutkan anak bersiap ke tempat kerja dan bergerak ke pejabat masing masing lumrah kebanyakan pasangan yang bekerja setiap pagi Hujung minggu pula mungkin tidur hingga lewat pagi akibat kepenatan bekerja dari Isnin k...
Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

Suami Minta Jahitan Extra Lepas Isteri Bersalin Semata Mata Untuk Kepuasan Semasa Bersama Doktor Ini Tinggal Pesanan

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 361 hits
3 398 total views 3 398 views today Pengorbanan seorang isteri dan ibu memang tidak boleh disangkal lagi Membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya seorang ib...
Suami Isteri Berjalan Kaki 278km Untuk Pulang Beraya

Suami Isteri Berjalan Kaki 278km Untuk Pulang Beraya

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 253 hits
Oleh TRIBUNENEWS DANI dan keluarga berhenti melepaskan lelah di tepi jalan raya sebelum menyambung semula perjalanan dengan berjalan kaki dari Jakarta ke Bandung TribunenewsJAKARTA Demi untuk berhari raya di kampung pasangan suami isteri be...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof