Suami Isteri Jana Pendapatan Dengan Cincau


Tidak terlintas bagi pasangan suami isteri ini cubaan memasak sendiri jeli cincau atau lengkong untuk minuman seisi keluarga secara ‘suka-suka’ kini menjadi punca pendapatan sampingan untuk mereka.
Segalanya bermula apabila Muhammad Syafik Ab Rahman dan isterinya Nor Hafsah Omar, kedua-duanya berusia 32 tahun, memuat naik gambar cincau yang dimasak mereka di laman Facebook.
“Saya dan suami hanya sekadar berkongsi hasil jeli cincau yang kami buat selepas adik ipar tunjukkan cara menghasilkannya tahun lepas, tetapi memang tidak sangka ada yang minta kami menjualnya,” kata Nor Hafsah yang bertugas sebagai eksekutif di sebuah bank di sini kepada Bernama baru-baru ini.
Dari situ, beliau dan suaminya, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, mengorak langkah menghasilkan jeli cincau yang ditempah jiran dan kenalan dengan memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Ketika PKP masing-masing bekerja dari rumah dan tidak boleh keluar ke mana pun, jadi kami tidak boleh duduk diam. Dengan masa yang ada selepas selesai kerja hakiki, kami siapkan tempahan cincau,” kata ibu kepada tiga anak itu.
Berkongsi cara menghasilkan jeli daripada daun Mesona Chinensis berkenaan, Nor Hafsah berkata sebanyak tiga bahan digunakan mereka iaitu daun yang di import daripada Indonesia, tepung ubi kayu dan air soda.
Menurutnya, daun berkenaan akan direbus dan ditapis sebelum dicampur tepung ubi kayu dan air soda.
“Campuran berkenaan akan dibiarkan keras dalam tempoh kira-kira dua jam,” katanya menambah bahawa sekilogram daun cincau dapat menghasilkan kira-kira 70 bekas jeli.
Menggunakan nama komersial ‘CheGuu Cincau’ untuk produk mereka, Muhammad Syafik berkata kini mereka mampu menghasilkan kira-kira 300 bekas seminggu berbanding hanya 30 pada awalnya.
Katanya selain jeli cincau, mereka juga turut menjual air minuman cincau dan pek permulaan atau Cincau Starterpack Home menggunakan platform e-dagang seperti Shopee.
Pasangan suami isteri itu juga kini mampu berbangga apabila produk yang diusahakan mereka dalam tempoh setahun turut dipasarkan di 30 pasar raya, kedai runcit termasuk stesen minyak di sekitar Kuantan selain mempunyai ejen jualan di Melaka dan Lembah Klang.
Malah, mereka turut menyewa sebuah lot kedai selepas tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan di rumah, terutama ketika bulan Ramadan yang mana lebih 700 bekas jeli cincau perlu dihasilkan selain lebih 8,000 botol tempahan minuman cincau diterima.
Muhammad Syafik berkata mereka kini merancang untuk meningkatkan kualiti perniagaan produk Muslim berkenaan dengan mendapatkan pensijilan halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
sumber: Harian Metro
The post Suami Isteri Jana pendapatan dengan cincau appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/suami-isteri-jana-pendapatan-dengan-cincau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Kecewa Tengok Layanan Suami Dengan Anak Tiri Hanya Beri Lebih Perhatian Pada Anak Kandung

Isteri Kecewa Tengok Layanan Suami Dengan Anak Tiri Hanya Beri Lebih Perhatian Pada Anak Kandung

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 412 hits
Jika sudah berniat untuk berkahwin dengan ibu tunggal si lelaki perlu memikul tanggungjawab baru termasuk ikhlas menerima dan menjaga anak anak tiri yang hadir dalam kehidupannya Berbeza dengan nasib seorang wanita di Indonesia ini mastaamm...
Suami Menangis Isteri Meninggal Kerana Covid Netizen Turut Bergenang Air Mata

Suami Menangis Isteri Meninggal Kerana Covid Netizen Turut Bergenang Air Mata

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 278 hits
Baru baru ini tular video di media sosial rakaman panggilan telefon dipercayai dengan seorang lelaki yang kehilangan isteri akibat Covid 19 mengundang sebak dikalangan netizen Video perbualan yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama N...
Ni Cara Saya Hargainya Suami Gigih Jahit 30 Pasang Baju Raya Untuk Isteri

Ni Cara Saya Hargainya Suami Gigih Jahit 30 Pasang Baju Raya Untuk Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 410 hits
Bermacam cara suami isteri akan lakukan demi untuk membahagiakan pasangan masing masing Sebab itu orang kata wang bukanlah segala galanya Dalam perhubungan mesti ada keikhlasan kasih sayang sentiasa bertolak ansur dan membantu satu sama lai...
Suami Gigih Siapkan 30 Baju Raya Untuk Dipakai Isteri Cara Saya Hargai Bini

Suami Gigih Siapkan 30 Baju Raya Untuk Dipakai Isteri Cara Saya Hargai Bini

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 431 hits
Alang alang gemar menjahit seorang suami Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menghasilkan 30 pasang baju raya untuk digayakan isterinya sepanjang Aidilfitri ini Menurut laporan Harian Metro isterinya Fatin Syazwani Ishak tidak pern...
5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

5 Tahun Pertama Perkahwinan Fasa Paling Menduga Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 348 hits
gambar hiasan Assalamualaikum acik cukup tertarik dengan perkongsiaan berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan acik kongiskan kembali 5 tahun pertama di alam perkahwinan orang tua pesan ini fasa yang paling susah sekali kalau kita mampu ha...
Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

Suami Pasrah Isteri Tak Sengaja Beli Baju Raya Sama Dengan Dinding Rumah

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 308 hits
Tinggal dua hari lagi pasti ramai yang sibuk dengan persiapan menjelang Aidilfitri Meskipun tidak dapat pulang ke kampung berhari raya namun tetap diraikan secara sederhana di rumah dengan berpakaian baru di hari pertama Bagaimanapun pasti ...
Bahagian 1 Jana Pendapatan Dari Rumah Bukan Pilihan Tapi Pengalaman

Bahagian 1 Jana Pendapatan Dari Rumah Bukan Pilihan Tapi Pengalaman

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 349 hits
Alhamdulillah tahun ni masuk tahun kesebelas kakak bekerja dari rumah dan diam tak diam rupanya kakak sendiri tak sedar keseronokan duduk kat rumah sambil menggentel anak anak dan suami Sambil mengemas dan memasak kakak sendiri boleh buat d...
Suami Kejam Dera Isteri Khidmat Sosial Semoga Si Suami Dibalas Sewajarnya

Suami Kejam Dera Isteri Khidmat Sosial Semoga Si Suami Dibalas Sewajarnya

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 292 hits
AMAN SHAH IIZiarah keluarga dan anak anak Allahyarhamah Siti Khidijah Abd Manaf 32 thn sebentar tadi di Kg Telok Wang Sungai Petani Ini setelah saya memaklumkan dan peroleh kebenaran daripada pihak polis Arwah menemui ajal akibat dari kesan...
Jana Pendapatan Melalui Tanaman Fertigasi Acid Melalui Program Agri Coaching And Industry Development Melaka

Jana Pendapatan Melalui Tanaman Fertigasi Acid Melalui Program Agri Coaching And Industry Development Melaka

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 258 hits
Institut Keusahawanan Negara negeri Melaka mengajak belia yang berada ni negara Melaka untuk menceburi bidang pertanian melalui teknologi fertigasi Melalui Program Agri Coaching And Industry Development ini juga anda yang menyertai program ...
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Express Bus Driver Nabbed After Testing Positive For Morphine Use


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Jamal Abdillah Marah Anak Berkubang Tempat Lembu Minum Kena Marah Pun Comel

Bagi Anak Guna Gadget Terlalu Awal Ini Akibatnya Yang Ramai Menyesal

Ubi Kayu Goreng

Design Dan Cetakan Kad Perniagaan Sentuhan Pertama Yang Berkualiti

Rupanya Kau Insan Terpilih Yang Telah Digerakkan Hati Dan Akalnya Allah Rindu Padamu