Cina Peranakan Keluarga Malaysia


SEMPENA Tahun Baharu Cina yang bakal datang, tidak ketinggalan juga masyarakat Cina peranakan turut meraikannya sebagai sebahagian tradisi yang diamalkan sejak penempatan British di Pulau Pinang. Majoriti Cina peranakan ini telah mengamalkan budaya campuran Melayu dan Cina dalam kehidupan mereka.
Bermula dengan kelahiran bayi, selepas seminggu diadakan jamuan, diberikan nama dan sembahyang bagi memberkati anak tersebut. Ini sama seperti dengan adat Melayu yang mentahnik anak yang lahir selepas seminggu. Setiap anak yang diberikan nama akan memberikan tuah dan kebaikan kepadanya dalam adat budaya Cina peranakan

Tidak ketinggalan asimilasi turut berlaku dalam majlis perkahwinan Cina peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi warisan kaum Cina yang berwarna-warni yang menyerupai adat istiadat masyarakat Melayu. Masyarakat Cina peranakan juga mengamalkan upacara merisik, meminang dan berkahwin yang mempunyai persamaan dengan adat masyarakat Melayu. Adat penggunaan tepak sireh yang melambangkan kesucian bakal pengantin wanita serta mas kahwin yang perlu diserahkan kepada ibu bapa bakal pengantin wanita sebagai tanda penghargaan atas kesuciannya yang dijaga rapi

Turut menjadi adat ialah adat pertunangan dan pertukaran cincin kedua-dua mempelai, hadiah atau hantaran, penggunaan bunga rampai dan setanggi apabila disahkan sebagai suami dan isteri. Majlis juga diserikan dengan lagu dondang sayang dalam bahasa Melayu dan ditarikan oleh para hadirin ketika jamuan

Majoriti Cina peranakan turut mengamalkan perkahwinan sesama saudara tetapi bukannya saudara terdekat. Malahan anak perempuan yang baligh akan diaturkan perkahwinan oleh kedua-dua ibu bapanya pada suatu ketika dahulu. Situasi ini disebabkan pengaruh daripada adat perkahwinan Melayu

Tetapi dengan kedatangan golongan Sinkheh sedikit sebanyak telah mengubah adat perkahwinan ini. Malahan dalam kalangan ibu bapa Cina peranakan lebih suka anak-anaknya berkahwin dengan golongan Cina peranakan daripada golongan Cina Sinkheh yang dianggap orang luar. Melalui pemodenan dan pendidikan Cina yang disediakan oleh para golongan Cina Sinkheh, akhirnya mengubah sebahagian adat Cina peranakan. Ditambah pula kedatangan secara besar-besaran imigran dari China, akhirnya menyebabkan jodoh anak perempuan Cina peranakan tidak lagi ditentukan oleh ibu bapa mereka

Saudara-mara akan dijemput untuk menghadiri jamuan perkahwinan dengan dihidangkan pelbagai makanan gulai, pedas, masam dan juga makanan manis. Tetamu yang datang menjamu selera juga ada kalanya menggunakan tangan apabila nasi dihidangkan. Jadi, tidak menghairankan terdapat penggunaan chopstick (penyepit) bersama tangan dalam jamuan tersebut

Pakaian yang dipakai oleh Cina peranakan juga perlu menutup aurat. Ini menyebabkan baju kebaya dan baju Melayu ala Cina dijadikan pakaian tradisional rakyat Malaysia khususnya golongan Cina peranakan pada suatu ketika dahulu. Tradisi pemakaian baju ini sebenarnya berasal dari zaman kegemilangan Melaka yang merupakan zaman kegemilangan Cina peranakan. Hal ini kerana sekumpulan pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka

KEBAYA
Budaya masyarakat Cina peranakan adalah asas yang melahirkan baju kebaya. Walaupun kebaya Nyonya ini hanya dipakai oleh golongan Cina peranakan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, tetapi kini dipakai oleh orang Melayu sendiri kerana ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Pada dasarnya, baju kebaya Nyonya dicipta oleh orang Cina peranakan dari Melaka suatu ketika dahulu setelah berhijrah. Baju ini dikenakan dengan kain sarung batik atau songket

Mengikut fakta sejarah, wanita Cina peranakan memakai kebaya Nyonya sebagai pakaian harian seawal 1930-an. Baju kebaya Nyonya menjadi pelengkap penampilan kepada wanita Cina peranakan. Baju kebaya juga dilengkapi pemakaian selendang sebagai penutup aurat kepala. Dari situlah fesyen tersebut memutik rasa cinta wanita pelbagai golongan khususnya wanita Melayu terhadap kebaya Nyonya

Merentasi era itu sehingga abad baharu, kebaya Nyonya bukan sekadar menjadi warisan generasi Malaysia hari ini, bahkan ikutan kepada penggemar fesyen tanah air. Pengaruh baju kebaya Nyonya Melaka ini berkembang ke Pulau Pinang disebabkan hubungan persamaan tempat antara imigran Cina yang berhijrah ke Melaka. Maka tidak mengejutkan budaya asimilasi Cina peranakan di Pulau Pinang tidak menghadapi sebarang masalah apabila masyarakat imigran Cina yang baru tiba dari China sebelum 1910

Seterusnya sebahagian bahasa Cina peranakan sudah di-Melayukan seperti batu, timba, gulai kampung dan sebagainya. Perbezaan bahasa Cina peranakan dan Cina moden diselaraskan dengan pengenalan dialek bahasa Mandarin. Jika dilihat, penggunaan bahasa Melayu Tanjung sudah sebati dengan masyarakat Cina peranakan. Boleh dikatakan keseluruhan masyarakat Cina peranakan Pulau Pinang lebih fasih berbahasa Melayu Tanjung daripada Mandarin

Situasi ini juga berlaku dalam masyarakat Cina peranakan Kelantan dan Melaka yang lebih mahir berbahasa dialek Melayu tempatan daripada Mandarin. Bahasa Hokkien yang digunakan oleh masyarakat Cina peranakan Pulau Pinang adalah jauh berbeza dengan Cina peranakan Hokkien Kelantan. Golongan Cina peranakan Hokkien Kelantan masih dipengaruhi dialek Kelantan dan bahasa Siam. Ini bermakna bahasa Cina peranakan Hokkien lebih dipengaruhi oleh asimilasi bahasa Melayu Tanjung, maka dialek yang dibawa adalah berbeza. Contohnya, penggunaan kupang untuk nilai duit telah diterjemahkan sebagai puad berbanding kat di Kelantan

Keistimewaan masyarakat Cina peranakan ada kalanya lebih bersifat Melayu daripada Melayu walaupun tidak memeluk Islam. Tetapi pada masa kini, sebahagian generasi muda masyarakat Cina peranakan lebih selesa hidup dalam suasana masyarakat Melayu daripada masyarakat Cina di bandar. Inilah keistimewaan budaya asimilasi Cina peranakan dalam budaya Keluarga Malaysia

Oleh: DR. Iskandar Hasan Tan AbdullahPensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/cina-peranakan-keluarga-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 237 hits
Pemberian Pakej Penjagaan COVID 19 Keluarga Malaysia boleh dipuji Satu usaha yang bagus untuk memastikan diri dan keluarga Malaysia terus kekal jaga SOP dan sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik COVID 19 Usaha ini antara lain be...
Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

Kes Azam Baki Mendedahkan Kegagalan Ketuanan Melayu Dan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 252 hits
The Azam Baki Case is a perfect example of the Failure of Ketuanan Melayu Mail s Malaysian Family Sila sokong kerja saya untuk mencipta video yang lebih bermaklumat Patreon Website Facebook Twitter Instagram
Keluarga Malaysia

Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 300 hits
Tolong menolong Keluarga Malaysia masa Please shareSupport
Pascabanjir Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia Di 1 800 Bengkel

Pascabanjir Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia Di 1 800 Bengkel

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 222 hits
PascaBanjir Perlaksanaan Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia Di 1 800 Bengkel Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir akan menikmati kadar potongan sekurang kurangnya 25 peratus bagi pembelian alat ganti dari...
Sesuatu Sudah Membusuk Lupakan Keluarga Malaysia Mahupun Abah

Sesuatu Sudah Membusuk Lupakan Keluarga Malaysia Mahupun Abah

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 218 hits
DR MUJAHID YUSOF RAWAApabila kejahatan mereput ia umpama bangkai yang baunya naik ke atas menusuk deria dan memualkan Demikianlah sesebuah negara apabila kejahatannya sudak memuncak ia mereput dan membusuk bangkai rasuah walau disembunyikan...
Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Libat Nilai Keseluruhan Rm1 4 Bilion

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Libat Nilai Keseluruhan Rm1 4 Bilion

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan memastikan segala bantuan serta kemudahan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Gambar FB Ismail Sabri DATU...
Bantuan Keluarga Malaysia Pendaftaran Baharu Kemas Kini Dibuka Hari Ini

Bantuan Keluarga Malaysia Pendaftaran Baharu Kemas Kini Dibuka Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia akan dibuka selama sebulan mulai hari ini sehingga 31 Jan 2022 Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia bertujuan memastikan merek...
The Failed Keluarga Malaysia

The Failed Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 249 hits
From Adnan DMalaysians generally speaking are peace loving and non confrontational Some incidents if they occur in countries with administrations comparable to the Malaysian government in the last 30 years or so would result in a revolution...
Siti Aishah Yang Mempopularkan Keluarga Malaysia Ialah Anwar Ibrahim

Siti Aishah Yang Mempopularkan Keluarga Malaysia Ialah Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 190 hits
PENGENALAN KEPADA KELUARGA MALAYSIA DIPELOPORI OLEH DSAI BELIAU YANG SENTIASA MEMPERKENALKAN ANAK MELAYU AMAK SAYA ANAK INDIA ANAK SAYA ANAK CINA ANAK SAYA DAN ANAK IBAN DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA ADALAH ANAK MALAYSIA
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco