Cimb Bakal Diancam Boikot Bebas News 05 02 2022


 

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Berhad (CIMB) berdepan dengan ancaman boikot selepas tindakannya membekukan 11,000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegang akaun dipersoal oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tindakan pembekuan dilaporkan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri.
Menurut NGO, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Agenda Reset Malaysia (ARM) pihaknya memberi amaran jika bank itu gagal menangani masalah yang memihak pemegang akaun, mereka akan melancarkan kempen meminta rakyat memboikot institusi kewangan berkenaan.
Difahamkan juga masalah tersebut timbul selepas kesilapan CIMB sendiri yang menyebabkan akaun dibekukan dan pemegangnya berhutang kerana “jumlah berlebihan” yang dikreditkan oleh bank ke dalam akaun pemegang-pemegang terlibat.
Ketua ARM, Ramalan Yunus berkata, CIMB sewajarnya tidak boleh terus membekukan akaun pelanggan mereka tanpa notis yang secukupnya, lapor FMT.
Menurutnya, jika CIMB tidak jujur kepada pelanggannya tentang apa sebenarnya berlaku, pihaknya akan meneruskan usaha untuk menyeru semua pelanggan mereka mengeluarkan wang daripada bank.
“Kita patut memboikot CIMB dan memindahkan semua wang kita kepada bank lain untuk memberi pengajaran.
“Jika CIMB dan kerajaan membisu mengenai isu ini, kami akan menggerakkan gerakan ketidakpatuhan awam,”katanya dalam sidang akhbar bersama tersebut.
Sementara itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Toqqi berkata, CIMB perlu bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukannya.
“Sama ada disebabkan kecuaian bank atau kegagalan sistem, CIMB perlu bertanggungjawab dan membetulkan kesilapannya.
“Bank Negara juga perlu memberikan jawapan kerana ia adalah badan penyelia untuk semua bank,”ujarnya.
Khamis lalu, Bank Negara (BNM) memberitahu pihak media bahawa CIMB kini cuba mendapatkan semula jumlah lebihan yang dikreditkan kepada pelanggan mereka.
Jelas BNM, pihaknya telah meminta CIMB memastikan bahawa apa sahaja langkah “pemulihan” yang diambilnya tidak akan membebankan pelanggan, terutama mereka tidak menyedari lebihan wang telah dikreditkan ke dalam akaun mereka.
Pihak BNM memaklumkan, bahawa siasatan terhadap insiden terbabit sedang dijalankan dan ia akan mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya (terhadap CIMB) jika perlu.
CIMB berkata, ia telah menemui “ralat pemprosesan”, yang menyebabkan sebilangan kecil pelanggan menerima kredit pendua dalam akaun mereka. – BebasNews


Artikel oleh: Bebas News
CIMB BAKAL DIANCAM BOIKOT
https://bebasnews.my/2022/02/05/cimb-bakal-diancam-boikot/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/cimb-bakal-diancam-boikot-bebas-news.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022

Perjelas Kenapa Beku Akaun Atau Berdepan Boikot Cimb Diberi Amaran Free Malaysia Today 05 02 2022

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Dua NGO membidas CIMB Bank Berhad kerana didakwa membekukan 11 000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegangnya lebih lebih lagi apabila masalah berkenaan berpunca daripada kesilapan pemprosesan bank itu sendiri Persatuan Penggun...
Awas Taktik Ahlong Pancing Pencarum Kwsp Bebas News 06 02 2022

Awas Taktik Ahlong Pancing Pencarum Kwsp Bebas News 06 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 260 hits
AMARAN kepada masyarakat pengguna terutama orang orang Melayu Berjaga jagalah dengan taktik terbaharu para pemberi pinjaman haram atau Ahlong yang menawarkan dengan skim pinjaman untuk dibayar balik dengan pengeluaran caruman Kumpulan Wang ...
Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Dicaj Amaun Tak Munasabah Cimb Malaysia Kerap Ada Masalah Sistem Sidang Media Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 326 hits
PPIM menerima banyak aduan dari pelanggan CIMB Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan yang dikatakan kerap mengalami masalah sistem Masalah berkenaan didakwa menyebabkan sebahagian pelanggan tidak dapat mengelua...
Bukan Ratusan Tapi Rubuan Aduan Bakal Diterima Pusat Aduan Terkesan Vaksin Ppim Samudera My 09 02 2022

Bukan Ratusan Tapi Rubuan Aduan Bakal Diterima Pusat Aduan Terkesan Vaksin Ppim Samudera My 09 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR 09 Februari 2022 Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pertubuhan Anti Diskriminasi Dan Salah Laku dan Pusat Aduan Terkesan Vaksin memaklumkan jumlah sebenar mereka yang mengalami kesan sampingan selepas vaksin mungkin akan men...
Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

Akaun Dibeku Bank Cimb Caj Tanpa Sebab Munasabah Ppim 05 02 2022

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 331 hits
Tindakan pihak bank membekukan akaun pelanggan tanpa alasan munasabah mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dalam satu sidang media hari ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata pihaknya mahu bank yang terlibat khususnya C...
Kasus Ujaran Kebencian Ferdinand Bakal Disidangkan 15 Februari 2022

Kasus Ujaran Kebencian Ferdinand Bakal Disidangkan 15 Februari 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 246 hits
Jadwal tersebut setelah Majelis Hakim PN Jakarta Pusat menetapkan agenda persidangan dalam perkara ujaran kebencian bernada SARA dengan menyebut cuitan di Twitter yang berbunyi Allahmu lemah
Cimb Dan Bnm Harus Bertanggungjawab Berita 757 06 02 2022

Cimb Dan Bnm Harus Bertanggungjawab Berita 757 06 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 268 hits
Pelanggan CIMB Bank Berhad yang akaun mereka dibekukan oleh bank berkenaan berharap pihak berkuasa serta kerajaan membantu menyelesaikan isu itu Semalam kumpulan itu menyerahkan memorandum kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk menj...
Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

Cimb Digesa Nyahbeku Akaun Pelanggan Getaran 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Tindakan CIMB Bank Berhad membekukan ribuan akaun pelanggan mereka tanpa sebarang notis bukan sahaja menjejaskan malah tidak wajar dilakukan bank berkenaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Agenda Reset Malaysia yang mengec...
Blackberry Bakal Dihentikan Dalam Tahun 2022

Blackberry Bakal Dihentikan Dalam Tahun 2022

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 376 hits
Smartphone BlackBerry kredit ReutersBlackBerry Bakal Dihentikan Dalam Tahun 2022 BlackBerry jenama smartphone gah satu ketika dulu sekitar tahun 2000 hingga 2018 kini bakal menemui jalan buntu dan bakal di hentikan Kali terakhir BlackBerry ...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Hari Bertarung Nyawa Ibu 5 Anak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News