Awas Taktik Ahlong Pancing Pencarum Kwsp Bebas News 06 02 2022




AMARAN kepada masyarakat pengguna terutama orang-orang Melayu!
Berjaga-jagalah dengan taktik terbaharu para pemberi pinjaman haram atau Ahlong yang menawarkan dengan skim pinjaman untuk dibayar balik dengan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan taktik licik Ahlong ini yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan memerangkap pengguna-pengguna terutama mereka yang telah kehilangan sumber pendapatan atau mengalami kemerosotan perniagaan.
“Mereka menawarkan seolah-olah merekalah institusi-institusi kewangan profesional atau menggunakan nama perempuan Melayu – satu taktik untuk memikat pelanggan Melayu yang sering terkait dengan gejala kesuntukan dan bermasalah kewangan.
“PPIM memandang serius perkara ini kerana dalam keadaan biasa pun ramai yang terperangkap dengan taktik pinjaman ini apatah lagi jika ada sandaran kewangan daripada pengeluaran KWSP untuk membayarnya balik.
“Sudah tentu mereka dikenakan dengan kadar bunga yang berlipat ganda dan tidak munasabah,” lapor satu siaran media oleh PPIM, hari ini.
PPIM juga menasihatkan para pengguna Islam supaya tidak sesekali terpedaya dengan iklan-iklan oleh Ahlong-Ahlong ini dan cubalah mencari banyak kaedah lain untuk menyelesaikan masalah kewangan.
“Iklan yang dipaparkan itu seolah-olah sama dengan yang ditawarkan institusi-institusi kewangan yang berlesen, cuma mereka memberikan kelonggaran bayar balik yang amat ketara sedangkan kadar faedahnya masih ‘melangit’,” lapor siaran itu lagi.
PPIM selain itu menyarankan kerajaan agar serius dalam menimbangkan permintaan para pencarum KSWP yang kini menghadapi masalah kewangan untuk meluluskan pengeluaran wang simpanan mereka sekali gus mencegah mereka daripada perangkap Ahlong.
Kementerian Kewangan tegas persatuan, wajar memberikan pertimbangan khusus kepada kebenaran pengeluaran itu kerana rata-rata pengguna Islam masih merupakan antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.


Artikel oleh: Bebas News
AWAS TAKTIK AHLONG PANCING PENCARUM KWSP
https://bebasnews.my/2022/02/06/awas-taktik-ahlong-pancing-pencarum-kwsp/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/02/awas-taktik-ahlong-pancing-pencarum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Biar Simpanan Kwsp Menjadi Bunga Ahlong Kenyataan Media Ppim 06 02 2022

Jangan Biar Simpanan Kwsp Menjadi Bunga Ahlong Kenyataan Media Ppim 06 02 2022

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 497 hits
KUALA LUMPUR 5 Februari 2022 Kekalutan kemelut wabak COVID 19 kini telah membuatkan Ahlong menjadi lebih licik dalam meneruskan agenda mereka dalam mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan memerangkap pengguna yang mempunyai simpan...
Pencarum Kwsp Tuntut Hak Pengeluaran One Off Kali Terakhir Sumberkini 03 02 2022

Pencarum Kwsp Tuntut Hak Pengeluaran One Off Kali Terakhir Sumberkini 03 02 2022

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 347 hits
Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia Khairul Anuar Othman bersama sama wakil PPIM Gulabjan Fazal Eladi pada Khamis menyerahkan memorandum dan petisyen tuntutan pencarum KWSP kepada pegawai Pentadbir Urusan Diraja Muhammad Iqbal Zahan...
Cimb Bakal Diancam Boikot Bebas News 05 02 2022

Cimb Bakal Diancam Boikot Bebas News 05 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR CIMB Bank Berhad berdepan dengan ancaman boikot selepas tindakannya membekukan 11 000 akaun tanpa memaklumkan kepada pemegang akaun dipersoal oleh dua pertubuhan bukan kerajaan Tindakan pembekuan dilaporkan berpunca daripada ke...
10k Kwsp Pencarum Desak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Ditukar

10k Kwsp Pencarum Desak Menteri Kewangan Tengku Zafrul Ditukar

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 254 hits
POSTED BY AMIR WRLR Dua wakil pencarum juga berucap dalam sidang media itu Amirudin dari Sabak Bernam Selangor merayu agar kerajaan menimbang untuk membenarkan pengeluaran RM10 000 bagi peniaga kecil seperti beliau yang tidak lagi berkerja ...
Kerajaan Perlu Pertimbang Pengeluaran Kwsp Elak Rakyat Terjebak Ah Long Ppim Sumberkini 07 02 2022

Kerajaan Perlu Pertimbang Pengeluaran Kwsp Elak Rakyat Terjebak Ah Long Ppim Sumberkini 07 02 2022

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan disaran menimbang secara serius permintaan pencarum yang menghadapi masalah kewangan untuk meluluskan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja agar tidak terjebak dengan pinjaman ah long Malah Kementerian Kewang...
Pengumuman Terkini Tarikh Dividen Kwsp Tahun 2022 Untuk Tahun Kewangan 2021

Pengumuman Terkini Tarikh Dividen Kwsp Tahun 2022 Untuk Tahun Kewangan 2021

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 477 hits
Tahukah anda bahawa penyata bagi tahun 2021 akan memaparkan caruman 01 2021 sehingga caruman bagi bulan 12 2021 Perkara ini akan terjadi sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang telah dinyatakan Kami kongsikan kepada anda...
Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

Guna Nama Wanita Melayu Pikat Peminjam Skin Kwsp Harian Metro 06 02 2022

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 347 hits
Putrajaya Sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Along kini semakin licik apabila menggunakan nama wanita Melayu bagi memerangkap peminjam terdesak melalui skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Menerusi kenyataan media hari ini Persatuan ...
Semakan Daftar Pemilih Spr 2022

Semakan Daftar Pemilih Spr 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 273 hits
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR 2022 Anda ingin tahu cara buat SEMAKAN DAFTAR PEMILIH bagi yang telah buat pendaftaran pemilih pilihanraya sebelum ini Melalui SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ini anda akan tahu lokasi atau tempat mengundi terkini SEMAKAN ...
Permohonan Upuonline Kemasukan Ke Ua Politeknik Kk Ilka 2022 2023

Permohonan Upuonline Kemasukan Ke Ua Politeknik Kk Ilka 2022 2023

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 334 hits
Tarikh dan cara permohonan UPU Online 2022 2023 Permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam Politeknik Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam Dikongsikan maklumat terkini permohonan kemasukan UPU secara online untuk ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang