Cikgu Ini Parut Kawan Mak Cucuh Dengan Besi Panas 2 Beradik Didera Ibu Pasangannya Pengkid Selama 2 Tahun




Mengucap panjang membaca kisah dua beradik ini yang didera oleh ibu kandung dan juga pasangannya, 'pengkid' selama dua tahun. 
Penderitaan dua beradik itu berakhir apabila si kakak berjaya meloloskan diri lalu lari ke rumah neneknya sebelum dibawa membuat laporan polis. 
Dua tahun mereka didera, dicucuh dengan besi panas, dipaksa tidur dalam bilik air, simen dan banyak lagi yang mungkin kita tidak ketahui. Alangkah peritnya hidup seperti itu. Tak sanggup nak bayangkan. Tergamak seorang ibu melakukan darah dagingnya begini

"CIKGU, saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam. Kena basuh baju lima orang guna tangan. Adik saya pula tidur kat luar atas simen," kata Alia sambil tersenyum

Demi Tuhan aku tidak pernah rasa sebak seperti hari ini. Dah banyak kes aku santuni, kes Alia paling meruntun hati. Perlahan dia selak kaki seluarnya dan kata,
"Cikgu. Ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas."
"Sakit tak?" tiba-tiba terpancul soalan bodoh dari aku

Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Senyumannya manis sungguh. Senyuman paling manis aku pernah saksikan. Senyumannya itu merobek hatiku. Terasa dikoyak-koyak, terasa dicarik-carik hati ini. Betapa dia menerima semua dugaan ini dengan senyuman dan ketabahan. Dua tahun bukan satu tempoh singkat. Didera ibu dan pasangan ibu sendiri (pengkid)

Hari ini, polis berjaya mengesan adik perempuannya yang berusia 10 tahun. Punyalah neneknya lega bila adiknya dapat diselamatkan. Dan si pengkid celaka itu ditangkap polis. Pengkid itulah yang banyak kali mencucuh Alia dan adiknya dengan besi panas, pernah merotan badan mereka bukan hanya di kaki, bahkan badan dan kepala. Ya, kepala pun pernah dirotan. Entah apa dosa anak kecil yang comel ini

Si ibu masih bebas. Namun aku percaya tidak lama. Sehari dua lagi pasti akan ditangkap juga

Kisahnya begini...
Ibu dan ayah Alia bercerai dua tahun lepas. Hak penjagaan dapat kepada ayah Alia dan mereka tinggal di rumah neneknya

Ramadan 2017, si ibu datang kata nak melawat Alia dan adiknya untuk berbuka puasa. Namun sebaik keluar rumah, bayangan mereka tidak lagi kelihatan. Alia kini berusia 13 tahun. Adiknya pula 10 tahun. Badannya kurus keding dan kecil bagai budak darjah 5. Allahu, sedihnya tengok fizikal dia

Alia ini murid bijak. Pernah mendapat tempat pertama dalam kelas semasa tahun 4. Namun sejak dilarikan ibu kandung, dia dan adiknya tidak bersekolah. 
Adiknya pun murid yang pintar. Namun nasib mereka berdua dilarikan oleh ibu yang tidak bertanggungjawab. Tidak lagi bersekolah sejak itu. Bahkan i/c Alia pun ibunya tidak buatkan meskipun usianya dah mencecah 13 tahun. Kejamnya

Ibunya ada kawan (pasangan). Seorang pengkid. Si pengkid durjana inilah paling banyak mendera mereka. Ibu kerja direct selling sahaja. Menyewa bilik bersama pasangan durjana dan Alia serta adiknya

Bertahun hidup dengan sengsara, sampai beberapa hari lepas, Alia berjaya meloloskan diri dan lari ke rumah neneknya. Terus neneknya bawa ke balai polis dan laporkan kes penderaan ini

Alia dibawa ke hospital untuk diperiksa dan ternyata ada kesan dera yang berparut ditubuhnya. Serbuan polis semalam tidak berjaya menjumpai adiknya. Namun hari ini, adiknya pula dapat diselamatkan dan si pengkid durjana dapat ditangkap. Tahniah Polis Diraja Malaysia

Aku meluangkan masa lebih kurang 20 minit bersama neneknya dan Alia. Banyak cerita yang mereka kisahkan pada aku. Setiap cerita yang Alia bagitahu, semuanya dalam senyuman. Ah anak. Tabah sungguh hatimu. Senyumanmu itu sangat-sangat memilukan. Kerana aku tahu kau menyorok 1,001 kisah duka dan derita disebalik senyuman manismu

Seronok Alia bila aku hadiahkan buku-buku tulisan aku. Dia sangat suka membaca. Sangat

"Alia. Ini untuk Alia tau. Ada cikgu tulis kata-kata semangat dalam ni. Bacalah. Dan ini nombor telefon cikgu. Ada apa-apa masalah, telefon cikgu ya!"
Alia mengangguk tanda faham

Sebelum aku pergi, dia hulur tangan untuk bersalam. Dikucup tanganku penuh ikhlas. Dia senyum dan tatap mata aku dalam-dalam

"Cikgu. Terima kasih. Terima kasih."
Ya Tuhannn... Hampir saja air mata aku jatuh. Sedaya upaya aku telan setiap titisan air mata. Aku perlu kuat depan Alia. Aku patut memberinya semangat. Aku hendak dia tahu aku seorang yang boleh dia harap saat semangatnya hilang. Demi Tuhan, aku sangat ingin memeluk dia saat itu. Jika tidak kerana tegahan agama, anak ini pasti aku peluk erat-erat

Matanya itu, senyumannya itu, raut wajahnya, memberi perasaan sebak yang sangat

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja lantas beredar. Aku tidak lagi boleh duduk lama kerana takungan air mata hampir tidak boleh ditahan lagi

Alia. Terus kuat. Terus tabah. Bacalah buku-buku cikgu. Ada semangat untukmu dalam buku-buku itu. Alia. Kamu simpan nombor cikgu. Jangan malu jangan segan untuk hubungi untuk apa-apa sekali pun. Alia. Kamu terus kuat dan tabah. Doa cikgu sentiasa ada bersama. Alia. Kamu akan baik-baik saja. Tenanglah. Senyumlah. Alia. Cikgu bukan sesiapa. Namun cikgu akan selalu ada. Sentiasa. Ingat tu

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Saleh

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/cikgu-ini-parut-kawan-mak-cucuh-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tidur Dalam Bilik Air Kawan Mak Cucuh Besi Panas Kanak Kanak 10 Tahun Tanggung Derita Didera

Saya Tidur Dalam Bilik Air Kawan Mak Cucuh Besi Panas Kanak Kanak 10 Tahun Tanggung Derita Didera

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 943 hits
Saya Tidur Dalam Bilik Air Kawan Mak Cucuh Besi Panas Kanak Kanak 10 Tahun tanggung Derita Didera Guru umpama ibu bapa kedua kita ketika berada di sekolah Selama berbelas tahun mereka membentuk minda dan membantu mengenali bakat dan matlama...
Kau Tak Layak Jadi Mak Model Cilik Berusia 3 Tahun Diteraj Ng Ibu Sebab Mengadu Penat Beraksi Untuk Sesi Photoshoot

Kau Tak Layak Jadi Mak Model Cilik Berusia 3 Tahun Diteraj Ng Ibu Sebab Mengadu Penat Beraksi Untuk Sesi Photoshoot

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 549 hits
Pada pendapat korang anak kecil seawal usia 3 4 tahun apa yang biasanya dilakukan mereka Mesti korang akan cakap bermain kan Well tidak bagi seorang kanak kanak di China ni Niu Niu berusia 3 tahun merupakan seorang model cilik yang terkenal...
Rangkuman Kisah Alia Kanak Kanak Yang Didera Pengkid Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri

Rangkuman Kisah Alia Kanak Kanak Yang Didera Pengkid Kekasih Ibu Kandungnya Sendiri

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 572 hits
Oleh Episod i Cikgu saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam Kena basuh baju 5 orang guna tangan Adik saya pula tidur kat luar atas simen kata Alia sambil tersenyum Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini Dah banyak kes aku...
Nenek Di Aceh Mengandung Janin Selama 42 Tahun

Nenek Di Aceh Mengandung Janin Selama 42 Tahun

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 245 hits
Dalam literatur medis ada kurang dari 300 kasus yang dilaporkan Kasus semacam ini umumnya baru ditemukan setelah sekian puluh tahun kemudian saat pasien memeriksakan dirinya dengan melibatkan sinar X di mana janin yang dilahirkan sudah memb...
Ayah Mati Mak Lari Ketika Saya Berumur 6 Tahun

Ayah Mati Mak Lari Ketika Saya Berumur 6 Tahun

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 424 hits
The ReporterDi usia masih bayi lagi dia sudah kehilangan bapa dan tidak sempat merasa kasih sayang seorang bapa Ibunya pula bertindak meninggalkannya hanya kerana mahu berkahwin dengan lelaki lain Apakah daya anak ini terpaksa meneruskan hi...
Nanti Mak Kata Saya Bodoh Lagi Rintihan Murid Tahun 1 Ini Meruntun Hati Gurunya

Nanti Mak Kata Saya Bodoh Lagi Rintihan Murid Tahun 1 Ini Meruntun Hati Gurunya

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 464 hits
Kipas usang dalam bilik darjah ini masih utuh berputar meskipun pelbagai bunyi dikeluarkannya Tidak laju namun angin yang dihasilkan cukup untuk membuat mata anak anak semakin layu Apatah lagi apabila waktu sudah menginjak ke jam 6 petang K...
Kisah Murid Didera Teman Lelaki Pengkid Ibunya Buat Guru Ini Sebak

Kisah Murid Didera Teman Lelaki Pengkid Ibunya Buat Guru Ini Sebak

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 774 hits
Imej via FB Cikgu saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam Kena basuh baju 5 orang guna tangan Adik saya pula tidur kat luar atas simen kata Alia sambil tersenyum Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini Dah banyak kes aku s...
Warga Felda Kena Faham Isu Ini Anak Felda Kena Beritahu Ibu Bapa Mereka Siapa Selama Ini Yang Menyusahkan Mereka

Warga Felda Kena Faham Isu Ini Anak Felda Kena Beritahu Ibu Bapa Mereka Siapa Selama Ini Yang Menyusahkan Mereka

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 635 hits
RUMAH GEN 2 FELDA JENGKA 12 TAK SIAPRUMAH GEN2 FELDA JENGKA 11RUMAH GEN 2 JENGKA 1KEMPEN BANTAH PEMBELIAN EAGLE HIGHT PLANTATION GAMBAR ASAL WRLRMengapa FELDA merudum Ikutilah Sejarah FELDA di bawah kepimpinan DS Najib dan TS Mohd Isa kroni...
Kerana Duit Ibu Tendang Anak 3 Tahun Sebab Penat Jadi Model Sepanjang Hari

Kerana Duit Ibu Tendang Anak 3 Tahun Sebab Penat Jadi Model Sepanjang Hari

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 475 hits
Kerana mahukan duit ibu sanggup menyepak menendang anak yang baru berusia 3 tahun Perkongsian daripada atau BroOhsem ini menjadi tular di media memaparkan si kecil bernama Niu Niu telah diancam ibunya kerana enggan menggayakan pakaian dalam...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever