Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah Ibu Ayah Kena Tahu


Cikgu Fadli Salleh sememangnya terkenal banyak berkongsi di laman facebook miliknya kisah pengalamannya bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Klang. Pelbagai kisah lucu gelagat anak muridnya dalam kalangan darjah seringkali membuatkan warga maya yang kebanyakan ibu bapa terhibur dan dapat ‘relate’ dengan situasi tersebut
Tidak kurang juga sikap prihatin Cikgu Fadli terhadap segelintir anak murid sekolahnya yang kurang bernasib baik. Menggunakan pengaruh dirinya di media sosial, beliau seringkali berjaya mendapatkan bantuan daripada para pengikutnya yang turut ikhlas membantu
Kali ini Cikgu Fadli Salleh berkongsi tulisan yang diharap dapat membuatkan para ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah rendah sama-sama ‘buka mata’ dan ‘alert’ dengan tingkah laku anak masing-masing Maklumlah anak-anak kita ni kadangkala di rumah pijak semut tak mati tapi di sekolah lain pula perangainya
Masalah Anak Selalu Buat Di Sekolah Rendah FOTO: Cikgu Fadli Salleh Aku nak dedahkan pada ibu bapa masalah yang sering anak kalian buat di sekolah dan ramai ibu bapa tak tahu hal ini. 1. Minta duit kawan. Masalah ini berlaku saban hari di sekolah melibatkan murid tahun 1-6. Banyak aduan diterima setiap hari, dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyi. Ibu bapa tolonglah. Tolong didik anak-anak di rumah agar tidak minta duit kawan meskipun duit dia dah habis. Suruh jumpa guru kelas atau guru bertugas. Masalah ini paling sukar aku hadapi. Dah pesan banyak kali pada murid, jangan beri pinjam duit. Lapor pada cikgu jika ada murid lain minta duit. Laporan tak ada. Tup-tup mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta. Bila panggil anak dia tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, jawab si anak selamba, “Jika tak beri dia tak nak kawan.” Letih main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30 pun ada. Sehari minta seringgit atau dua. Akhirnya aku terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ini. Terkejut ibu bapa sikap anak sendiri suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari pun masih minta duit kawan. Lebih seram, ibu bapa tak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu ubah topik cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh! 2. Selalu tinggal barang. Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris di tinggalkan. Kat kantin, kat kelas, banyak botol air tidak dituntut. Masalah tinggal barang sahaja tahan lagi. Pulang rumah dia cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Padahal dia tak nak kena marah dengan ayah ibu. Hat ni masalah besar. Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selalu dicuri oleh Polan bin Polan. Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid ini pulang cerita kat mak ayah dia cikgu tuduh dia mencuri. Padahal baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu. Penudahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi. 3. Suka ambil barang orang. Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang. Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji. 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah.  Bekas pensel dia semua penuh dengan ‘harta rampasan perang’.  Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum. Last-last tinggal tujuh titik je air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur air liur tinggalan ‘pembalun’ lima titik.  Jadi ibu bapa, dengarlah nasihat aku guru tahun satu ini. Walau kalian bagi duit belanja kat anak-anak, walau anak kalian baik yang amat kat rumah, kena pesan hari-hari, “Jangan minta duit kawan!” Walau berkodi-kodi alat tulis kalian sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari. Walau dia kata kawan yang beri! Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tinggal barang itu. Atau barang jatuh dia tak kutip. Cukuplah tiga benda dulu aku kongsi pagi ini. Kalau ikutkan banyak lagi ni. Lain kali la pula aku cerita.. Salam sahur Ramadan 20. #MFS – Didikan pertama bermula di rumah – Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!


The post Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah. Ibu Ayah Kena Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cikgu-fadli-dedahkan-masalah-anak-sekolah-rendah-biasa-buat-di-sekolah-ibu-ayah-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 541 hits
Tiada mana mana insan di dunia ini yang meminta untuk dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna Anugerah ini ada kalanya membuatkan seseorang berasa rendah diri kurang berkeyakinan dan malu berdepan dengan khalayak yang diciptakan sempurna ...
Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak

Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 166 hits
The ReporterTular di media sosial video luahan seorang guru wanita berhubung kanak kanak yang dihantar ke tadika masih belum mahir menguruskan dirinya dan menuding jari pada ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam mendidik perkara asas ...
Najis Hijau Ada Darah Ibu Ini Pesan Anak Muntah Cirit Birit Jangan Ambil Mudah

Najis Hijau Ada Darah Ibu Ini Pesan Anak Muntah Cirit Birit Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 191 hits
Buat ibu bapa yang ada anak cirit birit dan muntah berlarutan jangan anggap ia perkara biasa Mesti ada yang tak kena pada anak Jika orang dewasa boleh beritahu ketidakselesaan tersebut tapi anak kecil hanya boleh merengek sahaja Menerusi pe...
Panjat Peti Sejuk Nak Tengok Kek Nyaris Hilang 2 Anak Ibu Masih Trauma

Panjat Peti Sejuk Nak Tengok Kek Nyaris Hilang 2 Anak Ibu Masih Trauma

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 150 hits
Benda nak jadi sekelip mata saja Kadang tak terjangka pun tapi tiba tiba boleh berlaku Tambah pula bila ada anak kecil dan mereka bergabung tenaga secara senyap senyap itu lagi merisaukan Situasi ini turut dialami oleh seorang ibu anak lima...
Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 173 hits
Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak kanak tersebut Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu Adik Izzat ini menderita dengan penyakit Psorias...
Hiburan Rosak Usus Bagi Alasan Anak Lapar Ibu Dikecam Selamba Suap Bubur Dekat Bayi Baru Lahir Beberapa Jam

Hiburan Rosak Usus Bagi Alasan Anak Lapar Ibu Dikecam Selamba Suap Bubur Dekat Bayi Baru Lahir Beberapa Jam

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 182 hits
Sedia maklum sistem penghadaman bayi yang baru saja dilahirkan belum masih kuat untuk diberikan makanan biasa dan selalunya ibu ibu akan mula memberi makanan selepas umur mereka cecah 6 bulan Bagaimanapun masih ada lagi golongan ibu bapa ya...
Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 351 hits
Usahawan dan pelawak Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata Suami kepada Allahy4rhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP Bulan ...
Ibu Pula Ditahan Disyaki Dera 2 Anak

Ibu Pula Ditahan Disyaki Dera 2 Anak

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 205 hits
Ibu pula ditahan disyaki dera 2 anak Polis kini menahan ibu kepada dua kanak kanak perempuan yang disyaki didera pada 5 30 petang semalam tidak lama selepas bapa mangsa ditahan Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pi...
Ibu 10 Anak Dibantu Rakyat Malaysia Cakna

Ibu 10 Anak Dibantu Rakyat Malaysia Cakna

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 203 hits
Rezeki tidak salah alamat Banyak orang tidak menduga mendapat rezeki yang di luar jangkaannya Disebabkan tular kisahnya di media sosial macam macam rezeki datang dengan serentak sehingga ada yang mendapat rumah baharu Begitu juga ibu sepulu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket