Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak


The Reporter




Tular di media sosial video luahan seorang guru wanita berhubung kanak-kanak yang dihantar ke tadika masih belum mahir menguruskan dirinya dan menuding jari pada ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam mendidik perkara asas kepada anak masing-masing. 

Cikgu Ayu terdahulu mengulas mengenai satu kes di mana permohonan kemasukan seorang kanak-kanak ke sebuah tadika tidak diterima hanya kerana terkencing dalam seluar. Menurutnya, tindakan pihak tadika tidak wajar di mana mereka sepatutnya melakukan pemerhatian selama dua minggu, bukannya terus menolak permohonan kemasukan kanak-kanak itu.


Walau bagaimanapun dalam kejadian itu, bukan guru berkenaan yang harus dipersalahkan, tetapi ibu bapa yang tidak mengajar anaknya berusia 4 tahun itu yang sepatutnya sudah pandai menguruskan diri sendiri. 


"I tak salahkan cikgu tu, I salahkan parent tu. Empat tahun beb, empat tahun ke enam tahun sepatutnya anak korang dah boleh uruskan diri sendiri. Parents, korang dah ada anak dua tiga orang, tak boleh ke nak ajar diorang seawal tiga tahun lepas pampers. Tak boleh? 


"Pergi hantar (anak ke) tadika Taman Didikan Kanak-Kanak, ianya tidak bermaksud mendidik anak kau pergi ke berak/kencing dalam tandas. Tetapi tempat untuk mendidik anak menguasai 4M, menguasai suku kata, mengira dan semua. 


Cikgu beri nasihat kepada ibubapa yg leka bagi anak main phone terlalu kerap pic.twitter.com/detXKfsPwR
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) April 22, 2022

"Kalau kitorang ni nak fokus pada masalah kanak-kanak kencing, tukar pampers apa semua, alamatnya anak korang tak pandai membaca. Kalau anak tak pandai membaca, cikgu juga yang akan dipersalahkan. Sekarang memang kuat viralkan cikgu, sekarang saya viralkan juga sikap ibu bapa yang tak peka dengan perkembangan anak-anak sendiri. 


"(Kenapa anak mengalami masalah) speech delay? (Sebab) main phone, padan muka. Geram dengan parents yang suka bagi phone dekat anak. Bila anak speech delay, salahkan cikgu. Kau rasa?


"Kadang-kadang kita parents ni kena tengok juga apa yang kita buat salah. Anak berusia empat tahun, kau dah boleh ajar anak uruskan diri sendiri. Tengok juga kesalahan diri, ini tak, semua nak salahkan cikgu. Eh? Cikgu ke mak bapak kepada anak murid? 


"Beranak pandai, tapi ajar anak uruskan diri pun tak reti. Asyik bagi phone, phone, phone.. Sampai ke sudah anak tak tahu apa. Menulis pun tak reti disebabkan motor halusnya lemah. Asyik tekan phone jer. tak ada main pasir," katanya. 


Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi berbeza. Ada yang menyokong, tidak kurang yang membantah kerana setiap anak-anak itu berlainan kemampuannya.


"Empat tahun kot, tak payah la akademik sangat. Ajarlah bersosial dulu, berinteraksi. Mak dan ayah pun sebelum hantar anak pergi ke sekolah, pastikan anak dah potty trained. Ada sesetengah budak bukan tak reti tetapi nervous bila berada di tempat baru. Some pula ada development issues yang parents pun tak tahu sebab mungkin anak sulung dan tak ketara. Apa pun, cikgu tak payah kekwat sangat," katanya netizen. 


"Aku team cikgu. Mak bapak sekarang BBNU dan hati tisu. Nak tegur, kena lemah lembut. Tegur tepat ke hati macam Cikgu Ayu ni, memang sentap semua. Anak kau empat tahun, masih pakai diapers, memang something wrong lah," kata netizen lain. 


Sedar ramai yang kurang senang dengan kenyataannya, Cikgu Ayu tampil memohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan celoteh paginya itu. 


"Sebenarnya saya tak ada niat nak cerca parents atau mereka yang ada anak berpendidikan khas. Untuk pengetahuan, saya memang terima anak-anak berpendidikan khas seperti speech delay. Dalam kelas saya pun ada. 


"Saya sedaya upaya mengajar mereka untuk menguasai bahasa dengan baik. Saya tak pernah sisihkan mereka. Yang mana terkencing, terberak pun ada dalam kelas. 


"Apa yang saya tekankan adalah, sekurang-kurangnya anak berusia empat tahun sudah bebas pampers sebelum dihantar ke sekolah. Mungkin dengan nada yang kurang sesuai semalam, jadi saya mohon maaf kepada mereka yang terasa dengan saya. 


"Mungkin parents tak sedar lagi bagi anak phone 24 jam, mungkin anak awak masih normal. Tapi ada sesetengah orang bersetuju mengatakan dia bagi anak phone 24 jam dan anak dia hampir mengalami speech delay. 


"Saya bercakap berdasarkan apa yang saya lalui, apa yang saya dapat anak murid saya. Saya tak nak parents di luar sana dapat benda ini. Saya nak sampaikan itu, mungkin ada yang salah faham. 


"Ada sesetengah itu memang begitu sejak dari lahir, pra-matang. Saya pun ada anak dilahirkan pra-matang. Doktor kata, mungkin dia akan lambat beberapa perkembangan. Itu kita akui dan ujian dari Allah. 


Cikgu Ayu Minta Maaf pic.twitter.com/oYv7aBvvNG
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) April 22, 2022

"Ada yang kata saya belum diuji. MasyaAllah, pelbagai ujian saya dah lalui untuk anak-anak saya. Jadi, saya tak nak parents ulang benda yang sama. Itu yang saya nak sampaikan sebenarnya tetapi dengan nada yang salah.


"Dengan rendah hati, rendah diri, saya mohon maaf kepada mereka yang terasa dengan saya. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya pun ibu kepada tiga orang anak. Apa yang saya cakap semalam adalah apa yang saya buat pada anak, memang saya potty training anak-anak," katanya.


Sumber; Video Viral Malaysia


April 26, 2022 at 04:43AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/04/anak-speech-delay-kenapa-sebab-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah Ibu Ayah Kena Tahu

Cikgu Fadli Dedahkan Masalah Anak Sekolah Rendah Biasa Buat Di Sekolah Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 162 hits
Cikgu Fadli Salleh sememangnya terkenal banyak berkongsi di laman facebook miliknya kisah pengalamannya bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Klang Pelbagai kisah lucu gelagat anak muridnya dalam kalangan darjah ser...
Apa Penyakit Tu Anak Amar Amyra Dijangkiti Kawasaki Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini

Apa Penyakit Tu Anak Amar Amyra Dijangkiti Kawasaki Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 247 hits
Apa Penyakit Tu Anak Amar Amyra Dijangkiti Kawasaki Ibu Bapa Perlu Alert Perkara Ini LAPORAN mengenai anak perempuan pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli yang mengalami demam teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat ...
Malas Nak Layan Suami Ibu Paksa Anak Kandung Layan Nafsu Bapa Tirinya

Malas Nak Layan Suami Ibu Paksa Anak Kandung Layan Nafsu Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 1326 hits
Malas nak layan suami ibu paksa anak kandung layan nafsu bapa tirinyaSeorang wanita yang dikenali sebagai Neneng berusia 41 tahun tergamak memaksa anak perempuannya berusia 17 tahun melakukan hubungan intim dengan suaminya Syaiful 45 yang j...
Dah Boleh Sebut Nombor Susu Saya Menangis Anak Speech Delay Shila Amzah Bangga Perkembangan Anak

Dah Boleh Sebut Nombor Susu Saya Menangis Anak Speech Delay Shila Amzah Bangga Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 141 hits
Ibu mana yang tidak terharu melihat anak kecil yang lambat bercakap kini sudah mula menyebut beberapa perkataan bermakna Inilah kebanggaan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Shila Amzah saat melihat perkembangan anaknya kini Bagi Shila Amz...
Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

Hiburan Anak Speech Delay Salahkan Kami Viral Guru Tegur Parents Punca Perkembangan Anak Lambat

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 308 hits
Di media sosial baru baru ini tular satu luahan seorang ibu yang berasa terkilan terhadap sebuah tadika apabila anaknya yang baru saja bermula sekolah selama dua hari di reject akibat terkencing di dalam seluar Berhubung dengan luahan terba...
Hiburan Pemuda Dapat Result Cemerlang Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

Hiburan Pemuda Dapat Result Cemerlang Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 190 hits
Setiap keluarga mempunyai pendapatan yang berbeza antara satu sama lain Ada ibu bapa yang mampu memberikan kemewahan kepada anak anak dan ada juga ibu bapa yang mampu memberikan sesuatu yang mencukupi bagi anak anak sebagai penghargaan Wala...
Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

Nurse Kongsi Cara Mudah Nak Ajar Anak Bebas Pampers Ibu Pun Tak Stres

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 181 hits
Ada yang tanya bila waktu sesuai untuk potty training atau toilet training atau cerai lampin Sebenarnya ia ikut bila ibu bapa boleh latih anak Sebaik baiknya bila anak dah boleh mendengar arahan ringkas dan boleh cakap atau buat apa apa gay...
Hiburan Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip Nak Jadi Pekerja Ke Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

Hiburan Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip Nak Jadi Pekerja Ke Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 347 hits
Sebagai seseorang yang sudah bergelar ibu bapa tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi insan yang mempunyai akhlak mulia sebelum mereka meningkat dewasa sememangnya penting Bagaimanapun tweet yang tular baru baru ini lain pula ceritanya k...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus