Trip Dua Minggu Jepun 2024





Saya suka bercuti ke Negara Jepun. Ini kali kedua saya ke sana dan saya pasti akan datang lagi jika ada rezeki. Kali ini saya dan seorang teman mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Osaka pergi dan pulang. Kami sampai di Osaka pada jam 09:30 pagi pertengahan november 2024. Kami berdua bercuti di Jepun secara backpack DIY. Setelah membeli sim card kami berdua bergerak ke stesen keretapi. Di sini kami menghadapi masalah bila saya tidak membuat tempahan online untuk membeli JR Pas terlebih dahulu. Dan semasa di sana kami gagal untuk beli JR Pas secara online. Solusinya kami kembali ke airport dan kami beli JR Pas dari Information Center di sana. Baiknya mereka telah mencadangkan pakage yang lebih jimat dari yang saya rancang untuk ambil semasa percutian ini. Kemudian kami bergerak ke Kobe dengan menaiki keretapi. Setelah daftar masuk di The b Kobe Hotel, kami berehat dan di sebelah malam kami keluar bersiar ke Kobe Harbour. 


Hari kedua, kami memulakan perjalanan ke Kochi di Pulau Shikoku. Dari Kobe kami menaiki keretapi ke Okayama. Di Okayama kami menyimpan beg pakaian di stesen keretapi dan kemudian kami mengambil peluang bersiar di kota Okayama. Kami menaiki keretapi sekitar 17 minit menuju ke Kurashiki Bikan Historical Quarter




Kurashiki Bikan Historical Quarter merupakan bandar tradisional Jepun yang berusia sekitar 400 tahun dan masih kekal dengan bangunan asli yang kini merupakan tempat lawatan di Okayama. Selesai melawat kota sejarah ini kami kembali ke stesen keretapi dan meneruskan perjalanan ke Bandar Kochi di Pulau Shikoku. Petang itu kami sampai di Bandar Kochi pada jam 18:00 petang. Kami menginap di Hotel Liberty Kochi selama empat malam. Malam itu setelah daftar masuk kami cuma berehat. Keesokkan paginya hari ketiga kami bergerak awal ke Stasen Keretapi Kochi. Rancangan kami hari itu adalah trekking di Nakatsu Gorge




Trek di Nakatsu Gorge sepanjang 2.3 kilometer dibina di tepi Sungai Nakatsu. Trek dijaga rapi dan sekali sekala trek bersimen ini menyeberangi sungai. Masuk trekking ke sini percuma namun kenderaan awam untuk ke sini amat terhad. Air terjun Uryu No Taki merupakan simbol Nakatsu Gorge. Selain itu trek jurang di Sungai Nakatsu ini juga menarik pengunjung dengan Stone Pillar dan Ryugibuchi. Dikelilingi hutan yang redup, bongkah-bongkah batu sepanjang sungai dengan air jernih dan sejuk menjadikan pemandangan di Nakatsu Gorge amat menarik.



Malam itu setelah pulang ke Bandar Kochi kami keluar bersiar membeli sedikit keperluan dan makanan. Kami juga mengunjungi bazar dan Hirome Market yang merupa salah satu tempat yang dicanangkan di Kochi





Hari keempat di Jepun, kami mendaki ke Gunung Tsurugi. Gunung Tsurugi merupakan gunung kedua tinggi di Pulau Shikoku. Cabaran ke gunung yang mempunyai jalur dan pemandangan yang indah ini adalah menyusun jadual perjalanan sekiranya kita menggunakan pengangkutan awam yang agak terhad. Kami menaiki keretapi dari Kochi ke Oboke. Menaiki bas dari Oboke ke Kubo dan meneruskan perjalanan dari Kubo ke Minokoshi juga dengan menaiki bas. Bas beroperasi dari Oboke ke Kubo empat kali sehari manakala dari Kubo ke Minokoshi dua kali sehari. Ada hari-hari tertentu bas tidak beroperasi ke Minokoshi




Dari Minokoshi ada dua cara untuk sampai ke puncak Gunung Tsurugi. Pertama mendaki dari Minokoshi hingga ke puncak dan kedua menaiki Chairlif dari stesen bawah hingga ke stesen atas pada paras 1750 mdpl dan meneruskan baki perjalanan ke puncak dengan mendaki. Kami memilih cara kedua untuk menjimatkan masa walaupun kena mengeluarkan sedikit wang untuk tambang Chairlif




Hari keempat di Pulau Shikoku dan kelima dalam perjalanan kami di Jepun, kami ke Sunday Market. Pasar pagi ini beroperasi setiap hari ahad dan berbagai barangan dari hasil tempatan diniaga di pasar ini. Kemudian kami melawat ke Istana Kochi






Setelah selesai melawat Istana Kochi, kami mengambil ticket bas persiaran My-Yu Bas sehari perjalanan. Bas persiaran ini singgah di beberapa perhentian tempat tarikan di Kochi dan kami cuma singgah di beberapa tempat sahaja seperti Godaisan Park, Makino Botanikal Garden dan akhirnya ke Katsurahama Beach





Petang itu kami lengkapkan dengan aktivity menjamu mata di deretan bazzar di Bandar Kochi sebagai penutup percutian kami di Pulau Shikoku. Hari keenam kami bergerak awal pagi. Tujuan hari ini adalah ke Tottori yang terletak di Pulau Honshu. Dari stesen Kochi kami menaiki keretapi ke Stesen Sakaide. Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan keretapi ke stesen Okayama. Di Okayama kami menukar lagi keretapi ke Tottori. Perjalanan mengambil masa lebih separuh hari dan kami sampai di Stesen Tottori sekitar jam 3 petang
Kami menginap di Tottori Washington Hotel sekitar 200 meter dari Stesen Tottori. Petang itu kami bercadang ke Sand Dune, tetapi difikirkan sudah agak lewat, kami hanya bersiar di kedai sekitar Stesen Tottori. Hari ke tujuh percutian kami ke Sand Dune Tottori



Sand Dunes Tottori ini berada sekitar 16 kilometer dari Bandar Tottori. Bukit pasir yang bertemu dengan laut ini dibuka sepanjang tahun dan masuk ke sini percuma. Berbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti menunggang unta dan kuda, paragliding, main papan longsor dan berbagai lagi.


Kemudian kami singgah di muzium pasir. Masuk ke muzium ini dikenakan bayaran. Pameran pasir di muzium ini bertukar tema setiap tahun. Ketika saya kesana pada tahun 2024, tema pameran di muzium ini adalah Perancis. Pameran pasir di muzium ini adalah hasil seni pengukir dari serata dunia. Setelah selesai melawat ke Sand Dunes Tottori, kami kembali ke Bandar Tottori dan meneruskan perjalanan kami di Kyoto. Kami sampai di Kyoto lewat petang dan kami bermalam di Caligraphy House untuk empat malam




Hari kelapan aktiviti percutian kami di Jepun, kami ke Arashiyama. Menaiki Sagano Romantic Train ke Kameoka dan pulang semula ke Arashiyama dengan Hazugawa Boat. Pagi itu kami ke Stesen Kyoto dan dari sana kami menaiki keretapi ke Saga-Arashiyama. Kami menempah tiket Sagano Romantic Train ini jam 09:00 pagi untuk ke Kameoka. 



Sagano Romantic Train merupakan keretapi gaya lama abad ke19 yang melakukan perjalanan antara Stesen Saga-Arashiyama ke Kameoka dan mengambil masa 25 minit. Ia beroperasi dari awal March hingga akhir Disember setiap tahun. Keretapi Sagano Romantic ini mempunyai lima gerabak dan gerabak kelima adalah gerabak terbuka. Sampai di Kameoka kami bersiar sebentar di bandar ini sebelum ke Jeti Sungai Hozugawa untuk menaiki bot pulang ke Arashiyama



Hozugawa Boat Ride ini beroperasi sepanjang tahun dan pada bulan November dan Disember, aktivity ini sangat popular di kalangan pelancong ketika daun bertukar warna kuning kemerahan. Perjalanan ke arashiyama sejauh 16 kilometer dan mengambil masa sekitar dua jam menyusuri arus sungai dan masa sampai di Arashiyama bergantung aras air sungai



Setelah tiba di arashiyama kami bersiar di kawasan pelancongan yang sesak dengan pelawat sepanjang tahun itu. Kami makan dan solat di Restaurant Yosida Arashiyama. Lewat petang itu kami pulang semula ke Kyoto menaiki keretapi


Hari kesembilan percutian kami di Jepun, kami ke Ine Town dan Amanohashidate. Seawal pagi kami ke Stasen Kyoto dan menaiki keretapi ke Amanohashidate pada jam 08:00 pagi. Sampai di Amanohashidate kami ke View Point dahulu. Kami berjalan kaki ke stesen chairlif dan cable car. Kami memilih menaiki chairlif naik dan turun dengan tambang 1700 Yen untuk dua orang. Dari atas bukit di Amanohashidate kami menyaksikan pemandangan indah benteng pasir yang dipenuhi pokok pine yang membelah laut di Teluk Miyazu


Setelah puas merakam gambar di Amanohashidate View Point, kami melawat Bandar Amanohashidate sementara menunggu waktu bas ke Ine Town. Ine Town terletak 15 kilometer di utara bandar Amanohashidate. Tarikan utama kampung nelayan ini adalah Funaya iaitu boat house yang terdapat di Telok Ine.



Kampung nelayan ini antara kampung cantik di jepun. Rumah nelayan yang didirikan di Telok Ine bertingkat di mana tingkat bawah merupakan tempat parkir bot manakala bahagian atas pula tempat penginapan mereka. Aktivity menarik di sini adalah menaiki taxi air dan memberi makan burung camar sambil bersiar di kampung nelayan ini





Hari ke sepuluh kami bercuti di Jepun, kami ke bandar tua Higashiyama. Kami menaiki bas dari Stesen Kyoto dan turun di Bandar Higashigama. Kemudian kami berjalan sepanjang deretan kedai cenderamata menghala ke sebuah rumah ibadat orang Jepun. Ramai pengunjung menyewa pakaian kimono di deretan kedai di sini. Lambakan pelancong ke sini menyebabkan kesesakan semasa kami naik dan turun bukit menghala ke tokong tua.



Kami merakam gambar dan kemudian berehat seketika di pekarangan tokong tua ini. Kebanjiran pelancong di sini menyebabkan kami sepakat bergerak turun untuk ke lokasi lawatan lain






Kami menjamu mata di sepanjang deretan kedai cenderamata ketika berjalan ke stesen bas untuk pulang ke Bandar Kyoto. Kemudian kami ke Restaurant Halal Honolu Grande untuk makan tengahari. Kami juga menumpang solat di restaurant ini. Kemudian kami bersiar sekitar bandar Kyoto. 



Hari kesebelas percutian kami di Jepun, kami berpindah dari Kyoto ke Osaka. Pagi itu setelah daftar keluar dari Caligrafhi House, kami ke Stesen Kyoto dan menyimpan beg di sana. Kami kemudian ke Kyoto Botanical Garden. Bergambar di kebun bunga, kawasan pokok daun gugur dan di kawasan pokok daun kuning kemerahan.




Kemudian kami singgah makan di Restauran Halal Don-Don Ayam Ya. Setelah menjamu selera di restauran nasi ayam tersebut kami ke Kyoto Tower untuk solat. Surau di tingkat 3 bangunan tersebut berkunci dan kami perlu daftar nama di Information Center di tingkat yang sama dahulu untuk meminta kebenaran menggunakan surau tersebut



Selesai solat kami mengambil beg dan terus bergerak ke Osaka dan menginap di City Heim Fuyajo untuk tiga malam. Apartment dua bilik ini amat selesa untuk kami berdua, berdekatan dengan stesen keretapi dan kedai-kedai. Cuma cara "self check in" agak rumit sedikit pada saya yang kurang mahir di penginapan "self check in".



Hari kedua belas percutian, kami trekking ke Air Terjun Minoh National Park
Mengunjungi Air Terjun Minoh setinggi 33 meter di Minoo National Park ini percuma. Kami ke sini dengan cara menaiki keretapi dari Stesen Osaka ke Hankyu Minoo Stasen. Dari Hankyu Minoo Stasen kami menapak sejauh 2.6 kilometer seperti pengunjung lain. Jalan ke Air Terjun Minoh jelas bertanda, terdapat beberapa kemudahan sepanjang perjalanan ke sana seperti gerai makanan gerai cenderahati dan tandas. Kerepek daun maple sangat popular di sini ketika musim luruh.


Selepas melawat Air Terjun Minoh kami ke Masjid Jamek Osaka. Dari Stasen Osaka kami menaik keretapi ke stesen terdekat masjid dan kemudian kami berjalan kaki ke Masjid Osaka ini sekitar 10 minit. Seperti biasa terdapat beberapa restaurant halal di sekitar bangunan masjid dan terdapat juga kedai runcit pengusaha muslim



Setelah melawat dan solat di Masjid Osaka, kami kembali ke Bandar Osaka dan menghabis baki hari itu dengan berkunjung ke Datonburi







Hari ke tiga belas percutian kami, kami mendaki Gunung Wakakusa di Nara Park. Dari Osaka kami menaiki keretapi ke Stasen Nara Park sekitar 45 minit dan kemudian berjalan kaki sekitar 20 minit ke ke Taman Nara. Terdapat sekitar 1200 ekor rusa hidup bebas di Nara Park ini. Rusa merupakan simbol Bandar Nara


Masuk ke Nara Park ini percuma namun mendaki ke Gunung Wakakusa di Nara Park ini dikenakan bayaran 150 Yen. Tiket dibeli di pondok pengawal di permulaan trek dan pendakian ke puncak mengambil masa sekitar 30 minit.




Trek redup, jelas bertanda dan pemandangan ketika kami mendaki hari itu sungguh indah kerana daun pohon di gunung ini kebanyakannya berwarna kuning kemerahan. Di atas terdapat bongkah batu besar penanda puncak.


Setelah mendaki Gunung Wakakusa, kami ke Visitor Centre Nara Park untuk solat. Sebelum pulang kami membeli sedikit cenderamata di Nara Park dan deretan kedai cenderamata sepanjang jalan ke Stasen Nara Park. Petang itu kami habiskan hari ke tiga belas ini di Dotonburi seperti semalam dan kedai sekitar kawasan penginapan kami




Pagi hari ke14 kami berangkat ke Lapangan Terbang Osaka untuk pulang ke Malaysia. Stesen Keretapi Osaka sedang meriah membuat persiapan menyambut Hari Natal. Saya berharap dapat bercuti lagi di Jepun jika ada rezeki. Terima kasih Allah

Nota: Keseluruhan perbelanjaan percutian kami di Jepun selama 14 hari adalah sekitar Rm9300 termasuk perbelanjaan tiket kapal terbang pergi pulang dan sedikit cenderamata








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2025/02/trip-dua-minggu-jepun-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Diberi Penghormatan Membangunkan Palestiine Bersama Jepun

Malaysia Diberi Penghormatan Membangunkan Palestiine Bersama Jepun

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 86 hits
KUALA LUMPUR FEB 4 Pengkritik harus melihat kepada penghormatan yang diberi kepada Malaysia untuk bersama sama dengan Jepun membantu membangunkan semula Gaza kata Menteri Luar Mohamad Hasan Beliau berkata walaupun usaha itu bukan sahaja men...
Ngo Sambut Baik Usaha Pm Bangunkan Semula Gaza Bersama Jepun

Ngo Sambut Baik Usaha Pm Bangunkan Semula Gaza Bersama Jepun

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 120 hits
PERTUBUHAN bukan kerajaan di Malaysia menyambut baik usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza melalui kerjasama antara Malaysia dan Jepun Ketua Pegawai Eksekutif Global Peac...
Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Jepun

Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Jepun

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 100 hits
Gambar CCTV menunjukkan kali terakhir pelajar Malaysia Nurin Hannani Hafizi dilihat keluar dari kampusnya di Kure Kosen sebelum dilaporkan hilang KUALA LUMPUR Seorang pelajar wanita Malaysia di Hiroshima Jepun dilaporkan hilang setelah tida...
Mendaki Gunung Wakakusa Di Nara Park Jepun

Mendaki Gunung Wakakusa Di Nara Park Jepun

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 103 hits
Saya dan seorang teman mendaki ke Gunung Wakakusa di Nara Park ini di akhir bulan November 2024 Hari itu merupakan hari ke tiga belas percutian kami di Jepun Kami menginap di Osaka Pagi itu kami menaiki keretapi dari Stesen Osaka ke Stesen ...
Hiburan Siasatan Salah Laku Projek Dbkl Dikaitkan Dengan Afdlin Shauki Dijangka Selesai Minggu Depan

Hiburan Siasatan Salah Laku Projek Dbkl Dikaitkan Dengan Afdlin Shauki Dijangka Selesai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 116 hits
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa berkata siasatan terhadap perolehan projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka selesai minggu depan Memetik laporan dia memaklumkan bahawa audit dalaman DBKL sedang menjalankan ...
Rezeki Pagi Selasa Minggu Pertama Februari

Rezeki Pagi Selasa Minggu Pertama Februari

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 137 hits
Rezeki Pagi Selasa Minggu Pertama Februari Hari ni akak masuk ofis semula Syarikat masih lagi mengamalkan waktu kerja tiga hari masuk ofis dan dua hari lokasi luar Team akak memilih untuk masuk ofis pada hari Selasa Rabu dan Khamis So macam...
Ayah Irish Bella Meninggal Dunia Di Belgia Kunjungan Beberapa Minggu Lalu Jadi Pertemuan Terakhir

Ayah Irish Bella Meninggal Dunia Di Belgia Kunjungan Beberapa Minggu Lalu Jadi Pertemuan Terakhir

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 94 hits
Tulis pesan menyentuh Irish kenang sang ayah sebagai sosok yang humoris dan betapa ia bersyukur memiliki ayah sepertinya
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 201 hits
USAHA kerajaan untuk membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin mendapat pujian dan reaksi positif dalam kalangan orang ramai Rata rata mereka ditemui Edisi Rakyat berkata usaha dibuat kerajaan Malaysia yang diterajui Perdana Menteri Datu...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Anak Seiras Bapa Coretan Ulang Tahun Ella Raih Perhatian

The Wagon Cafe

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor