China Labur Di Pp Ini Kesan Ke Melayu


 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow -NSTP/MIKAIL ONG
1. Banyak syarikat China berminat melabur di Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Pulau Pinang menerima peningkatan pertanyaan daripada syarikat China yang memburu peluang pelaburan sejak lebih setahun ini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, pertambahan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap potensi ekonomi dan persekitaran mesra perniagaan di rantau ini.
"Banyak syarikat China berhasrat untuk melabur di Asia Tenggara, termasuk Pulau Pinang dan Malaysia. Buat masa ini, kami belum menyaksikan banyak pelaburan yang berjaya, tetapi telah menerima banyak pertanyaan.
"Terdapat kemungkinan syarikat di China berwaspada untuk membawa pelaburan mereka di luar negara itu kerana melibatkan aliran keluar modal," katanya dalam sidang media bagi mengumumkan Sidang Kemuncak dan Ekspo Semikonduktor Asia Pasifik (APSSE) 2024 di sini, hari ini. 
APSSE akan diadakan pada 16 hingga 18 Oktober ini di Pusat Konvensyen SPICE.
Acara berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) menerusi kerjasama strategik dengan Persatuan Industri Peralatan Pengeluaran Elektronik China (CEPEA) dan disokong oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. 
Sementara itu, Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai, berkata terdapat potensi dari segi peningkatan pertanyaan di Pulau Pinang dan Malaysia berikutan ekosistem sedia ada di negeri berkenaan.
Beliau berkata, banyak syarikat di China dalam subsektor teknologi yang tidak beroperasi di Malaysia. 
"Kami mahu syarikat yang boleh menambah nilai kepada kami dan mengukuhkan ekosistem, dan China mempunyai banyak subsektor teknologi sedemikian yang boleh meningkatkan ekosistem kami.
"Subsektor ini termasuk material, antara muka, semikonduktor dan lapisan penebat. Subsektor berkenaan akan dapat mengisi jurang dalam rantaian bekalan tempatan," katanya.
Siew Hai berkata, syarikat China berminat untuk melabur di Pulau Pinang dan Malaysia menerusi pelbagai kaedah termasuk kerjasama, pelaburan bersama dan penyumberan luar.
Beliau berkata, CEPEA memutuskan penganjuran APSSE di Pulau Pinang selepas melakukan tinjauan di Malaysia selain operasi industri elektrik dan elektronik serta semikonduktor yang signifikan di Pulau Pinang.
Katanya, persidangan itu akan menjadi platform penting kepada pihak berkepentingan, bukan sahaja bagi Pulau Pinang, malah Malaysia.
"Mereka mahu penganjurannya di sini untuk memaklumkan kepada dunia mengenai kepentingan China dan menunjukkan kehadiran mereka di Asia Pasifik. Kami berharap lebih banyak kerjasama akan terhasil daripada acara ini dan limpahan positif kepada ekosistem," katanya.
Setiausaha Agung Cawangan, CEPEA, Steven Huang, mengakui syarikat China berminat untuk bekerjasama dan melabur di Malaysia dan Pulau Pinang.
Beliau berkata, CEPEA berharap dapat menggalakkan persahabatan dan kerjasama bersama antara China dan Malaysia serta negara lain di rantau Asia Pasifik dalam APSSE akan datang.
"Ini kali pertama CEPEA bekerjasama dengan MSIA dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengadakan persidangan antarabangsa selama dua hari itu," katanya. -BERNAMA


2. Melayu tolak Malaysian Malaysia, DAP yang tolak ‘Bumiputera’ 
PAS menolak sekeras-kerasnya pendirian DAP yang masih mahu mempertahankan dasar ‘Malaysian Malaysia’ dan konsep negara sekular di negara ini.

Pendirian DAP yang dipertahankan melalui kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ini membenarkan amaran Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Awang yang telah beberapa kali menulis dalam siri artikel Minda Presiden PAS.

1. DAP Menyanggah Islam, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid025Qf1T9mdrgrnSkxDWVKhyEMYhFyve7rRPvyJQcd8G4FcwrPKtgt3t2gyGv6no7brl&id=100044222510324 
2. Bukan Islam Tidak Selamat Kalau Melampau Terhadap Islam, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SaizZNfUoZZbwkyyHqp5un4SdSzKHS9DYnQUkdEDDSvordCFd4PCGV7hgfoRQDCAl&id=100044222510324 
3. Sekularisme Dan ‘Malaysian Malaysia’ Wajib Ditolak, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02teEgAx2Dag6L3ANhM5NYB3N9ZS9YPhCaukyspunaDt2jCq94JTC3qmuCXkh3Wbol&id=100044222510324 
4. DAP Parti Terbesar Pakatan Harapan, https://m.facebook.com/search_results/?q=+DAP+PARTI+TERBESAR+PAKATAN+HARAPAN 

Setelah memperoleh kuasa, DAP semakin lantang dan tanpa berselindung membuka topeng mereka yang kononnya menjunjung Perlembagaan Persekutuan, namun hakikatnya sedang merungkai Perlembagaan Negara ini dengan tafsiran sekuralisme mereka.

Sejarah telah menulis kepada kita pejuang kemerdekaan tanah air ini bermati-matian membebaskan negara daripada agenda sekular penjajah dan konsep kesamarataan yang menggugat kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

Dasar Malaysian Malaysia ini bukan semata-mata untuk membela kaum minoriti yang tidak pun terancam di Malaysia, tetapi lebih kepada cubaan menghapuskan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan dan melucutkan agama dalam pemerintahan negara.

Hak kesamarataan menuntut kaum minoriti berasimilasi kepada cara hidup kaum majoriti. Konsep ini akan mendorong kepada isu diskriminasi dan perkauman yang membawa kesan lebih buruk kepada keharmonian kaum di Malaysia dan membahayakan kalangan bukan-Islam sendiri.

Konsep yang batil dan zalim ini tidak boleh dibawa masuk kembali atas apa jua alasan lebih-lebih lagi oleh parti yang terang-terangan mengganggu dan mempertikai urusan agama orang Islam. 

Konsep integrasi kaum lebih sesuai dilaksanakan di negara ini berbanding konsep asimilasi kaum kerana semua agama dan bangsa diraikan dan diberi kebebasan mengikut sempadan yang telah ditetapkan. 

PAS berpendirian mempertahankan Islam dan kedudukan Melayu yang nyata dalam Perlembagaan Persekutuan akan membawa keadilan kepada semua agama dan bangsa dalam pemerintahan negara Malaysia.

Sekian.

YB Ir. Ts. HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS
Ahli Parlimen Jerantut
4 September 2023 – HARAKAHDAILY 4/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, PAS Perak alukan kerjasama BN-DAP untuk PRU16. Di Bagan Serai, PAS Negeri Perak komited bersama Perikatan Nasional (PN) memperjuangkan ketuanan Islam dan bangsa Melayu serta rela menjadi pembangkang berprinsip daripada menjadi alat kepada pihak lain.
Perjuangkan ketuanan Islam dan bangsa Melayu. Bukan jadi Pak Pandir..

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria sehubungan itu menyambut baik pengisytiharan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan DAP oleh Pengerusi BN Perak bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang.
“Kita (PAS) komited dengan perjuangan mendaulat Islam dan ketuanan Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pembelaan terhadap kaum yang tertindas dan miskin juga menjadi agenda besar perjuangan PAS.
“Kita akan bersama dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima perjuangan parti PAS,” ujar beliau yang juga ADUN Gunung Semanggol dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengimbau peristiwa lalu kata Razman, dakwaan Pengerusi BN konon pihaknya tidak ditawarkan jawatan Exco sewaktu ingin membentuk kerajaan selepas PRU15 adalah satu pembohongan.
Sedangkan katanya, parti itu menolak pertemuan perbincangan membentuk kerajaan negeri bersama PN yang telah memenangi 26 daripada 59 kerusi DUN di negeri itu.
“Kerakusan terhadap jawatan menjadikan BN melupakan agenda Perpaduan Ummah. Sedangkan Perpaduan Ummah yang diusahakan PAS adalah mengajak seluruh umat khususnya orang Melayu dan bukan-Melayu yang tidak ekstrem untuk bersama,” tegasnya.
Justeru PAS bersama PN Perak katanya, berazam akan memberi tumpuan kepada kerusi Melayu milik BN dan Pakatan Harapan (PH) demi menyelamatkan bangsa yang dikhianati Umno pada PRU lalu.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru kepada seluruh pengundi Umno yang merasa dikhianati agar bersama PAS dan PN dalam merealisasikan agenda Perpaduan ummah.
Kepada pemimpin BN Perak, khususnya Umno, beliau mengingatkan agar Kisah Pak Pandir menang sorak kampung tergadai wajar diteladani dan diambil ikhtibar. – HARAKAHDAILY 29/7/2024
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.









...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/china-labur-di-pp-ini-kesan-ke-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Jaga Orang Melayu Nanti Warga Spore Mai Beli Reta Melayu Baru Hangpa Tau China Pun Banyak Dah Beli Tanah

Jaga Jaga Orang Melayu Nanti Warga Spore Mai Beli Reta Melayu Baru Hangpa Tau China Pun Banyak Dah Beli Tanah

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 89 hits
From badminton to Musang KingSemoga PAS berhenti jadikan PAP dan Singapura sebagai propaganda dan momokan untuk menakutkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sebab hari ini tiada masalah pula untuk PAS dan PN berjumpa PAP berbincang T...
Mentang Mentang Sekarang Ni Baik Dengan Cipap Mana Ada Pelabur Melayu

Mentang Mentang Sekarang Ni Baik Dengan Cipap Mana Ada Pelabur Melayu

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 114 hits
Mari la membangun bersama ulama2 pas kelantan soalan nya mna nama melayu kat snarai tu errkkk
Pas Terbuka Temu Melayu Pap S Pura Hukum Anwar

Pas Terbuka Temu Melayu Pap S Pura Hukum Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 141 hits
Pimpinan PAS bersama delegasi Biro Ehwal Melayu PAP Singapura di Kuala Lumpur pada hari ini 26 Julai 2024 1 PAS Biro Ehwal Melayu PAP adakan pertemuan di KL Harakahdaily 26 Julai KUALA LUMPUR Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presid...
Ku Li Jelaskan Mengapa Anwar Akan Terus Berdepan Defisit Sokongan Melayu

Ku Li Jelaskan Mengapa Anwar Akan Terus Berdepan Defisit Sokongan Melayu

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 86 hits
malaysianow com myJulai 26 2024 Veteran Umno itu mengakui kebersamaan Umno dengan PH akan menenggelamkan parti Melayu itu Tengku Razaleigh Hamzah Tengku Razaleigh Hamzah berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sukar mendapat sokongan Melayu d...
Ego Halang Kerjasama Parti Utama Melayu

Ego Halang Kerjasama Parti Utama Melayu

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 83 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Penganalisis politik berpendapat mustahil melihat kerjasama PAS Bersatu dan Umno pada PRU16 jika semuanya gagal mengetepikan ego serta memikirkan keuntungan parti sendiri semata mata Awang Azman Pawi dari Universi...
Tangani Politik Kebencian Fokus Tarik Sokongan Melayu Zahid

Tangani Politik Kebencian Fokus Tarik Sokongan Melayu Zahid

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 66 hits
malaysiakini comUMNO perlu menangani politik sentimen dan politik kebencian selain menekankan politik perkhidmatan dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berk...
Politik Melayu Tentang Arak

Politik Melayu Tentang Arak

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 91 hits
Jamzuri ArdaniDulu Umno pernah sebar gambar ni untuk burukkan PAS bila kerajaan Selangor terpaksa pulangkan balik arak yang dirampas dari premis kedai kerana tindakan tersebut bersalahan dengan undang undang Sekarang PAS pulak buat poster m...
Isu Dap Ramai Melayu Koyak

Isu Dap Ramai Melayu Koyak

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 123 hits
Isu DAP ramai Melayu koyak ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be kf4kG9rTKpQ src in org https www youtube com embed kf4kG9rTKpQ wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed kf4kG9rTKpQ ...
Kerajaan Madani Terus Pertahan Islam Melayu Dan Bahasa Kebangsaan

Kerajaan Madani Terus Pertahan Islam Melayu Dan Bahasa Kebangsaan

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 97 hits
kosmo com myOleh MUSTAQIM MOHAMED3 Ogos 2024 4 13 pmAhmad Zahid menyampaikan buku rekod hafazan kepada murid Tabika Tahfiz Kemas Muhammad Kashfi Muhammad Hakim 6 sempena Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Kemas Kelantan di Dewan Besar Tam...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je