Ku Li Jelaskan Mengapa Anwar Akan Terus Berdepan Defisit Sokongan Melayu


malaysianow.com.my
MalaysiaNow
Julai 26, 2024 

Veteran Umno itu mengakui kebersamaan Umno dengan PH akan menenggelamkan parti Melayu itu.
Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh Hamzah berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sukar mendapat sokongan Melayu disebabkan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya masih berteraskan bukan Melayu.

"Base (teras) dia Cina, macam mana orang Melayu nak berharap pada pimpinan yang kepentingannya bukan Melayu?" Razaleigh, yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li, memberitahu MalaysiaNow dalam wawancara baru-baru ini.

"Selagi Anwar tidak mempunyai base Melayu, selama itu orang Melayu tak akan sokong Pakatan Harapan yang dipimpinnya."

Beliau membandingkan Anwar dengan semua perdana menteri terdahulu yang menurutnya mempunyai sokongan orang Melayu.

"Orang sokong Tunku Abdul Rahman dulu kerana teras yang dibawanya ialah Melayu," kata Ku Li.

Ku Li mengakui kebersamaan Umno dengan PH mendatangkan risiko.

"Kalau Umno nak bersama dengan dia (PH) maka satu jalan sahaja ada: tenggelamlah. Apakah Umno nak tenggelam?

"Kalau nak kepada jalan lain kena fikirlah apa pakatan yang diterima oleh rakyat terutama menjaga kepentingan Melayu," tambahnya.

Sebelum ini, pelbagai penganalisis mengesahkan pentadbiran Anwar tidak mendapat sokongan majoriti Melayu, di sebalik kebangkitan Perikatan Nasional (PN) sebagai alternatif kepada Umno dan Barisan Nasional sejak pilihan raya umum yang lalu.

PH memenangi 82 kerusi di Parlimen, kebanyakannya kerusi dengan bilangan pengundi bukan Melayu yang ramai, yang dilihat bersatu dalam menyokong calon gabungan itu ketika undi Melayu berpecah kepada PN dan BN.

Sementara itu, PN menang 74 kerusi, manakala BN memperoleh 30 kerusi.
Corak kemenangan sama berlaku pada pilihan raya enam negeri tahun lepas, di mana kerusi-kerusi majoriti Melayu hampir disapu bersih PN, manakala kerusi bukan Melayu dibolot PH, sementara Umno pula hanya menang 19 kerusi.
'PM jangan pegang portfolio kewangan'

Sementara itu, Ku Li yang pernah menjadi menteri kewangan di bawah pentadbiran Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan langkah Anwar turut memegang jawatan itu.

"Menteri Kewangan ini orang yang 'check and balance'. Belanja pentadbiran negara dan sebagainya akan disemak oleh menteri kewangan," katanya.

Menurutnya, tindak tanduk dan keputusan seorang perdana menteri seharusnya dipantau kesan kewangannya oleh menteri kewangan, termasuk apabila mengadakan rundingan di luar negara.

"Kalau saya sebagai menteri kewangan tengok dia nak masuk rundingan itu rundingan ini, kalau dia nak kepada satu dua pakar, itu sahaja yang saya akan benarkan. Walau dia PM, tapi saya tak benarkan lebih daripada itu, kerana ia membazir duit negara. Itu yang penting, lebih penting daripada Anwar Ibrahim."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/ku-li-jelaskan-mengapa-anwar-akan-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Jamin Kebebasan Bersuara Terus Ada Di Media Sosial

Anwar Jamin Kebebasan Bersuara Terus Ada Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 116 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan bersuara tetap wujud di media sosial walaupun dengan rancangan kerajaan untuk memperkenal lesen dan kawal selia untuk platform tersebut Kenyataan Anwar itu di tengah kritika...
Tangani Politik Kebencian Fokus Tarik Sokongan Melayu Zahid

Tangani Politik Kebencian Fokus Tarik Sokongan Melayu Zahid

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 66 hits
malaysiakini comUMNO perlu menangani politik sentimen dan politik kebencian selain menekankan politik perkhidmatan dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berk...
Pas Terbuka Temu Melayu Pap S Pura Hukum Anwar

Pas Terbuka Temu Melayu Pap S Pura Hukum Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 141 hits
Pimpinan PAS bersama delegasi Biro Ehwal Melayu PAP Singapura di Kuala Lumpur pada hari ini 26 Julai 2024 1 PAS Biro Ehwal Melayu PAP adakan pertemuan di KL Harakahdaily 26 Julai KUALA LUMPUR Pimpinan PAS Pusat yang diketuai Timbalan Presid...
Tiada Ubat Yang Boleh Ubati Tampar Lalat Hinggap Dekat Muka Lelaki Ini Terus Buta Mata Sebelah Kiri

Tiada Ubat Yang Boleh Ubati Tampar Lalat Hinggap Dekat Muka Lelaki Ini Terus Buta Mata Sebelah Kiri

papar berkaitan - pada 28/7/2024 - jumlah : 111 hits
Melalui laporan Sinar Harian seorang lelaki telah buat sebelah mata selepas menampar seekor lalat yang hingga di mukanya dan kejadian tersebut difahamkan berlaku di negara China Selepas saja menampar lalat tersebut mata kiri lelaki bernama ...
Dihentam Kerana Cilok Logo Elephant Army Pada Baju Kieda Crepe Mohon Maaf Kita Tengok Cantik Di Google Terus Ambil

Dihentam Kerana Cilok Logo Elephant Army Pada Baju Kieda Crepe Mohon Maaf Kita Tengok Cantik Di Google Terus Ambil

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 92 hits
Usahawan yang dikenali sebagai Kieda Crepe mendapat kritikan hebat warganet selepas dilihat menggunakan logo Ultras Pahang iaitu Elephant Army tanpa izin Menerusi aplikasi X hantaran seorang individu meraih perhatian ramai apabila dia mende...
Miti Terus Usaha Tingkat Perdagangan Tarik Pelaburan Majukan Sektor Perindustrian

Miti Terus Usaha Tingkat Perdagangan Tarik Pelaburan Majukan Sektor Perindustrian

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 117 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industi akan terus berusaha meningkatkan perdagangan menarik pelaburan serta memajukan sektor perindustrian negara Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang memetik unjuran awal J...
Zunar Tetap Saman Walau Memohon Maaf Mp Machang Terus Dikecam Rakyat

Zunar Tetap Saman Walau Memohon Maaf Mp Machang Terus Dikecam Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 81 hits
Kartunis Zunar bertegas akan mengenakan tindakan undang undang terhadap seorang penyokong pembangkang yang telah menyiarkan kartun palsu Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarule Haque berkata pengguna X yang menggunakan akaun biker2...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Lirik Lagu Dusta Ukays

Makanan Yang Meredakan Emosi

Valdy Nyonk Mengapa Kau Berubah Chord

Chella Julia Enda Sanggup Agi Chord

Nota Grammar Paling Mudah

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je