China Beri Amaran Bungkusan Sales 11 11 Berisiko Tercemar Covid 19


China beri amaran, bungkusan Sales 11.11 berisiko tercemar Covid-19



Tarikh 11.11 merupakan tarikh yang dinantikan oleh para pembeli setia dalam talian seperti Shopee dan Lazada serta banyak lagi platform lain yang disediakan. Ini kerana tarikh tersebut menjanjikan diskaun yang luar biasa. Pembeli  sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkan barang yang diingini dengan harga murah. 


Namun begitu dalam keterujaan shopping 11.11, pembeli perlu berhati-hati ketika menerima bungkusan daripada pihak kurier. Ini kerana satu laporan amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa China  mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan Covid-19. Kejadian ini disedari ketika tiga pekerja di sebuah syarikat kecil yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif virus berbahaya itu.


Pihak berkuasa China juga sedang menguji pakej dan memantau orang yang telah mengendalikannya selepas jangkitan itu dikesan di Haohui Ecommerce Co., yang berpangkalan di Hebei, wilayah sekitar Beijing. Perkhidmatan penghantaran bungkusan di dua bandar iaitu Xinji dan Jinzhou, serta bandar Shenze telah dihentikan pengoperasiannya, menurut satu kenyataan kerajaan. Kira-kira 300 pakej telah diuji dan semuanya didapati negatif.


Ujian juga telah dilakukan di sebuah daerah kecil di selatan China, Guangxi, di mana 16 bungkusan daripada syarikat itu dihantar dalam apa yang pihak berkuasa gambarkan sebagai 'rantaian mel berkaitan Covid-19'. Suruhanjaya kesihatan tempatan berkata, sesiapa yang menyentuh bungkusan itu perlu menjalani ujian dan pemantauan Covid-19.


Sementara itu, pihak berkuasa di Xilinhot Inner Mongolia telah memaklumkan, orang ramai yang membeli-belah atau menerima bungkusan dari kedai pakaian lain pada bulan lalu supaya melaporkan kepada jabatan pencegahan penyakit tempatan selepas lebih banyak kes Covid-19 dikesan. Tiada ujian positif telah dikaitkan dengan item tersebut.


China sebelum ini telah memeriksa barangan seperti makanan sejuk beku yang diimport untuk virus itu. Amaran terbaharu hadir ketika pembeli China bersiap sedia untuk 'Hari Tunggal' Khamis (11 November), bonanza beli-belah dalam talian terbesar di dunia yang dianjurkan oleh Alibaba Group Holding. Jualan daripada acara itu tahun lalu berjumlah kira-kira 500 bilion yuan (RM323.52 bilion).


China meneruskan pendekatan sifar Covid, memburu setiap kemungkinan jangkitan dalam usaha membendung wabak varian Delta. Langkah-langkah itu termasuk menutup sekolah dan tempat hiburan dan menguji orang yang pernah berada di kawasan umum yang sama dengan seseorang yang didapati telah dijangkiti virus berbahaya itu.


Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan 39 jangkitan tempatan hari ini, menjadikan jumlah kes dalam wabak semasa melebihi 1,000. Sesetengah orang mengadu di media sosial bahawa mereka terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana kod hijau mereka, yang menjejaki status kesihatan, menjadi kuning selepas mereka menerima bungkusan.


Pihak berkuasa China berkata, bungkusan dari luar negara atau domestik berisiko tinggi harus dibersihkan. Walaupun untuk barangan dari kawasan berisiko rendah, penerima digalakkan memakai topeng dan sarung tangan semasa mengambil dan membuka penghantaran. 


Sumber: Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2021/11/china-beri-amaran-bungkusan-sales-1111.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Infografis Kelompok Berisiko Prioritas Vaksin Booster Covid 19

Infografis Kelompok Berisiko Prioritas Vaksin Booster Covid 19

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 170 hits
Pemberian vaksinasi COVID 19 hingga saat ini terus digencarkan oleh Pemerintah Indonesia
Selepas Covid 19 Bill Gates Beri Amaran Satu Serangan Penyakit Baru Pula

Selepas Covid 19 Bill Gates Beri Amaran Satu Serangan Penyakit Baru Pula

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 173 hits
November 8 2021 Individu keempat terkaya di dunia Bill Gates memberi amaran negara antarabangsa perlu bersiap sedia menghadapi serangan cacar yang mungkin menjadi pandemik baharu pada masa depan Menerusi wawancara Policy Exchange bersama Pe...
Adakah Saya Bermimpi Gadis Menang Rm4 1 Juta Dengan Mendapatkan Vaksin Covid 19

Adakah Saya Bermimpi Gadis Menang Rm4 1 Juta Dengan Mendapatkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 195 hits
The ReporterJoanne Zhu 25 dari Australia menjadi jutawan selepas memenangi kempen Million Dollar Vax yang mengalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin memberi peluang kepada hampir tiga juta orang untuk membawa pulang kemenan...
Covid 19 Cases Increase To 5 403

Covid 19 Cases Increase To 5 403

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 278 hits
PETALING JAYA The health ministry has reported 5 403 Covid 19 cases in the past 24 hours In a statement health director general Dr Noor Hisham Abdullah said the total number of infections now stands at 2 516 255 FMT
Malaysia Reiterates Commitment To Eradicate Covid 19 With Asean Partners

Malaysia Reiterates Commitment To Eradicate Covid 19 With Asean Partners

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 229 hits
Malaysia reiterated its commitment to work closely with Asean countries in combating Covid 19 from the point the virus was first detected until the emergence of a new variant at present Foreign Minister Saifuddin Abdullah said Asean health ...
Hiburan Takut Tak Tahan Kesan Sampingan Ayu Damit Tak Setuju Anak Anak Disuntik Vaksin Covid 19

Hiburan Takut Tak Tahan Kesan Sampingan Ayu Damit Tak Setuju Anak Anak Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 153 hits
Penyanyi dan juga usahawan Ayu Damit berkata bahawa dia tidak bersetuju jika anak anaknya diberikan vaksin COVID 19 kerana bimbang mereka tidak mampu menahan kesan sampingan setelah mendapat suntikan itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAyu a...
Hiburan Kelantan Catat Penularan Kes Covid 19 Tertinggi Negeri Paling Rendah Kadar Vaksinasi

Hiburan Kelantan Catat Penularan Kes Covid 19 Tertinggi Negeri Paling Rendah Kadar Vaksinasi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 187 hits
Menerusi sebuah laporan media negeri Kelantan telah merekodkan penularan COVID 19 tertinggi di Malaysia dengan bilangan kes sebanyak 820 jangkitan terbaru semalam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementDilaporkan bahawa peningkatan itu adalah dua k...
Awal Mula Klaster Takziah Sedayu Di Bantul Guru Positif Covid 19 Nekat Mengajar

Awal Mula Klaster Takziah Sedayu Di Bantul Guru Positif Covid 19 Nekat Mengajar

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 160 hits
Deni menceritakan saat itu sang guru mengajar 30 anak Usai diketahui sang guru positif pihak Satgas Kapanewon Sanden pun melakukan tracing hasilnya 6 anak dinyatakan positif
Pengurus Minta Rasuah Tutup Mulut Kes Kematian Covid 19 Direman

Pengurus Minta Rasuah Tutup Mulut Kes Kematian Covid 19 Direman

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 162 hits
Pengurus minta rasuah tutup mulut kes kematian Covid 19 direman SHAH ALAM Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan ditahan reman lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berju...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven