Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi Je


Sekali lagi berlangsung Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (16 Disember 2020). Kali ini penyertaan sangat mengagumkan dari kelas terdahulu.
Biarpun kelas dibuat secara atas talian namun sambutan sungguh menggalakkan. Masing-masing teruja dan gembira. Mungkin ada yang pertama menyertainya dan ada yang sudah menyertai sebelumnya.
Kelas bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin serta ditemani oleh Instafamous yang tidak asing Lynn Mikael. Kalau kita jenguk ke Instagramnya, penuh dengan ratusan resipi dan video-video masak pelbagai menu dan cita rasa.

Walaupun pertama kali buat Lynn ke udara secara langsung namun kedua personaliti ini nampak bersahaja dan begitu serasi bersama. Menariknya dalam kelas masakan ini, peserta dapat banyak tip dan info masakan yang boleh dimanfaatkan.
Tidak kurang juga ramai yang bertanya pelbagai soalan menjadi kelas tambah rancak. Chef dan Lynn sama-sama berinteraksi dengan peserta menjawab soalan yang diajukan.

Sebanyak empat resipi telah dikongsi bersama para peserta. Resipi yang mudah, kombinasi cita rasa tradisional dan moden. Tambah sedap bila masakan ini menggunakan produk-produk Maggi®.
Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu resipi penuh dalam kelas masakan ini. RASA kongsikan buat anda yang ingin mencuba. Hidangkan buat keluarga, pasti mereka suka.
CUCUR SAYURAN MAGGI
BAHAN A
200 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
½ camca teh serbuk kunyit
1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa
50 gm marjerin
1 biji telur
 BAHAN B
1 labu bawang besar-dicincang
100 gram udang kering -direndam & dicincang halus
1 biji cili merah-dicincang
50 gram kubis-dihiris
50 gram kacang panjang-dihiris nipis
50 gram lobak merah
300 ml air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan kesemua bahan A sehingga rata.Masukkan bahan B dan gaulkan sebati.Campurkan air dan telur, tuangkan dalam adunan tepung dan gaul rata.Panaskan minyak, goreng cucur seperti biasa hingga kekuningan.Hidangkan panas.
MUFFIN PAZZTA MAGGI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar mentega
100 gram ayam cincang
250 ml air
1 bungkus MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni
2 sudu besar lobak merah-dicincang
1 biji telur
1 sudu besar tepung
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masukkan mentega and ayam cincang, tumis sehingga wangi.Tuangkan air, masukkan MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni dan lobak merah.Biarkan ia mendidih, turunkan suhu dan reneh selama 5 minit.Biarkan ia sejuk sedikit, gaulkan tepung dan telur. Panaskan oven ke 180°c.Bakar selama 5-10 minit. Dihidangkan bersama MAGGI Sos Cili/MAGGI Sos Tomato.
LEMPENG KELAPA LEMAK DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
 LEMPENG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil tepung penaik
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 ½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 ¼ cawan air
1 sudu besar minyak
Sedikit minyak untuk memasak lempeng
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil minyak masak
½ biji bawang merah-dihiris
2 pek MAGGI Pes Sambal Tumis
80 gram ikan bilis-dibersihkan & direndam selama 10 minit
¼ sudu kecil asam jawa pes
100 ml air
2 sudu kecil gula
3 biji telur-direbus
100 gram timun- dihiris
CARA MEMASAK LEMPENG:
Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.Biarkan ia rehat sebentar, sementara itu panaskan kuali leper.Tuangkan adunan ke dalam periuk, masak selama 2-3 minit.Masakkan semua sehingga habis adunan.CARA MEMASAK SAMBAL:
Panaskan minyak.Tumiskan bawang merah dan masukkan MAGGI pes Sambal Tumis. Gaulkan rata.Masukkan ikan bilis, asam jawa pes, air dan gula. Reneh sehingga masak.Hidangkan nasi bersama sambal ikan bilis, telur dan timun.
PIZZA MAGGI SENANG
BAHAN A
2 sudu besar minyak
1 pek MAGGI 2 Minit Ayam- direbus & tapis
1 biji telur
½ pek Perencah MAGGI Ayam
BAHAN B
3 sudu besar MAGGI Sos Tomato
2 sudu kecil oregano
½ cawan keju mozarella
½ cawan bayam
1 batang sosej, dihiris panjang
 CARA MEMASAK:
Rebuskan air, masukkan MAGGI Mi dan masak selama 2 minit.Tapiskan bawah air sejuk, untuk menghentikan proses masak.Di dalam mangkuk, gaulkan ke semua bahan A sehingga rata.Panaskan periuk, masukkan minyak dan tuangkan adunan. Leper dan ratakan. Tutup periuk untuk masak dengan rata.Masak MAGGI MI selama 2-3 minit dan pusingkan.Dalam mangkuk kecik, gaulkan MAGGI Sos tomato dan oregano.Jika MAGGI Mi masak, sapukan adunan tomato, letakkan keju, bayam sosej. Perlahankan api dan masak selama 3-5 minit atau sehingga keju cair.
Keempat resipi sudah dikongsi, jangan lupa cuba .
Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini tambah rancak apabila  soalan-soalan kuiz diajukan kepada peserta. Hadiahnya memang lumayan iaitu baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.Memang berbaloi.
Inilah pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang.

Anda yang terlepas atau mahu mahu melihat semula Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, boleh tonton menerusi link di bawah ini.
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/chef-sharifah-kongsi-4-resipi-kudapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

Resipi Roti Kukus Mudah Paling Senang Nak Buat Sedapnya Makan Dengan Seri Kaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 486 hits
Resipi roti kukus tidak pernah menghampakan kita setiap kali memesannya di restoran Lembut gebu dan cukup enak kala digabungkan bersama sekaya Terasa nikmat kala disuap ke mulut Tidak perlu ke restoran untuk menikmati roti kukus panas bersa...
Masak Dulu Guna Bahan Perap Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak

Masak Dulu Guna Bahan Perap Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 298 hits
Ayam Bakar Rempah perkongsian saudari Rosma Ros ni memang nampak sangat membuka selera Bagi anda gemar mencuba resipi resipi baru resipi yang satu ni memang wajib cuba Biasanya jika membuat ayam bakar ayam perlu diperap bersama rempah sebel...
Kek Coklat Kukus Moist Ni Paling Senang Nak Buat Guna Sukatan Cawan

Kek Coklat Kukus Moist Ni Paling Senang Nak Buat Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 383 hits
Kek coklat sememangnya kek yang paling senang disediakan Hanya satukan sahaja kesemua bahan dan dikukus hingga masak Bila bila anak nak makan pun mama pasti tiada masalah untuk membuatnya Langkah demi langkah cara mudah yang dikongsikan ole...
Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 350 hits
Menu nasi telur dan kicap antara makanan wajib anak anak ketika membesar Tak sah jika tidak ada telur Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting ...
Comelnya Apam Teddy Bear Ni Nak Buat Pun Senang 7 Bahan Saja

Comelnya Apam Teddy Bear Ni Nak Buat Pun Senang 7 Bahan Saja

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 502 hits
Musim cuti sekolah yang panjang ini apa kata kita cipta bonding bersama anak anak dengan menyiapkan makanan kegemaran mereka Mencipta resipi comel dan unik seperti Apam Teddy Bear ini tidak kurang hebatnya Anak pasti teruja menunggu apam si...
Resipi Parpu Teloq Sedap Tak Terkata Bau Aroma Bahan Tumis Darat Sungguh Membuka Selera

Resipi Parpu Teloq Sedap Tak Terkata Bau Aroma Bahan Tumis Darat Sungguh Membuka Selera

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 324 hits
Orang utara mesti tahu masakan apa ni Inilah masak parpu teloq Makan dengan nasi panas panas tak usah lauk lain pun dah sempurna Kalau masak parpu teloq ni mesti nak kena letak telur rebus dengan telur pecah baru best Parpu teloqBahan bahan...
Cara Buat Jemput Jemput Pisang Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak Bukan Resepi Rahsia Lagi

Cara Buat Jemput Jemput Pisang Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak Bukan Resepi Rahsia Lagi

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 458 hits
Cara Buat Jemput Jemput Pisang Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak Bukan Resepi Rahsia Lagi hi there Ok siapa di sini PALING suka makan cekodok pisang mr Husband suka tapi masalahnya aku tak pandai nak buat cekodok yang tidak berminy...
10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020

10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 440 hits
10 Resipi Yang Paling Banyak Dicari Di Google 2020 Tak sampai berapa hari lagi nak masuk tahun baru Tahun 2020 banyak beri kenangan masam manis kepada seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh pelusuk dunia Boleh dikatakan tahun yang merubah k...
Senang Rupanya Masak Daging Merah Thai Yang Sedap Tanpa Guna Sos Labu

Senang Rupanya Masak Daging Merah Thai Yang Sedap Tanpa Guna Sos Labu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 408 hits
Nak masak Daging Merah Thai ni rupanya mudah je kalau tahu cara caranya Menu ni sememangnya popular di kalangan orang Malaysia Kalau ke kedai makan hidangan ni lah antara yang akan dipesan Bagi anda yang terasa nak makan Daging Merah Thai y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba