Cara Buat Jemput Jemput Pisang Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak Bukan Resepi Rahsia Lagi
Cara Buat Jemput-Jemput Pisang (Cekodok Pisang) Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak Bukan Resepi Rahsia Lagi | hi there. Ok siapa di sini PALING suka makan cekodok pisang? mr.Husband suka, tapi masalahnya aku tak pandai nak buat cekodok yang tidak berminyak!
Fuh, penat aku adjust resepi sebelum-sebelum ni, tapi semua gagal untuk buatkan cekodok tu tidak berminyak. Dan satu lagi, cekodok aku buat memang agak leper tau, tapi seingat akulah kalau mak aku buat cekodok, cantik membulat saja cekodok dia.
Mau tanya mak aku kenapa cekodok aku leper, korang tahu apa mak aku jawab?
Standard jawapan mak aku : GOOGLE kan ada.
Hurm
Tapi aku bukannya nak salahkan mak aku bilamana dia jawab macam tu. Memang betullah kan, guna sahaja perkhidmatan google untuk search semua benda yang kita mahu, insya allah akan dapat jawapannya!
Dah mr.Husband beli setandan pisang dengan orang kampung di sini , murah tau dorang jual, RM15.00 setandan, saiz pula besar besar
Kalau beli di pasar, satu sisir pisang tu dah berapa ringgit. Mahal.
cer tengok cekodok pisang yang aku buat guna resepi yang aku jumpa di Google, serius memang membulat dengan cantik sangat kan
Aku nampak rupa bentuk macam ni, aku punya teruja dan happy sangat tu, haip memang sampai ke bintang kot! Kan lama sangat nak cekodok cantik macam ni.
ok gais, aku jumpa resipi ni di laman web iluminati, kalau aku tak silap. Terima kasih sangat kepada pemilik asal resipi ni.
You. Save. Me. And. Make. My. Day. Happy.
Mari kita tengok teknik untuk hasilkan jemput-jemput pisang senang membulat dan tidak berminyak di dalamnya
Bahan-bahan Buat Jemput-Jemput Pisang (Cekodok Pisang) Paling Senang Membulat Dan Tidak Berminyak :
5 biji pisang besar - aku tak tahu pisang apa yang mr.Husband beli, tapi aku yakin pisang tu yang selalu orang guna untuk digoreng dan dijual di gerai-gerai kuih.
Nota: Jika pisang bersaiz kecil, bolehlah guna antara 8 - 10 biji pisang.
2 sudu besar Mentega (boleh guna marjerin)5 sudu besar gula pasir (kurangkan ikut citarasa korang)1 sudu kecil soda bikarbonat (aku tak letak pasal aku kehabisan stok)1 sudu kecil garam2 cawan tepung gandum
Cara Penyediaan:
Lenyekkan pisang, dan bila betul-betul dah lenyek, masukkan semua bahan kecuali tepung.Gaul sebati dulu, kemudian baru masukkan tepung sedikit demi sedikit.Dan gaul sehingga semuanya betul-betul sebati.Rehatkan seketika sekitar 15 minit sebelum mula menggoreng
Rahsia Cekodok Membulat Cantik Dan Tidak Berminyak :
Mentega akan merangupkan tekstur luaran kulit apabila cekodok digorengMentega bertindak supaya minyak tidak masuk ke dalam isi cekodok tersebutDan, cekodok sedikit wangi kerana ada mentegaTidak perlu letak air, gaul sahaja pisang lenyek dan tepung sehingga betul betul sebati
ok, kalau menggoreng tu, guna api sederhana panas. Jangan guna kuat sangat api tu nanti isi cekodok tak masak la pula
Tak pun, ketika cekodok sudah pun digoreng seketika, cuba cucuk cekodok dengan lidi satu dua lubang untuk tengok isi dalam tu masak atau tidak
Kalau lidi selepas ditarik keluar bersih, tiada lekitan tepung, maka isi cekodok masak dengan baik
alhamdulillah, bukan aku sahaja yang happy makan , mr.Husband dan anak-anak (si Iman terutamanya) paling happy makan jemput-jemput pisang aka cekodok bulat cantik tanpa minyak ni tau
selamat mencuba
cheers
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/12/resipi-buat-cekodok-pisang-tidak-berminyak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)