Chef Faez Impi Jadi Penyanyi Dan Mahu Lebih Dikenali Di Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah. Mungkin ada antara pembaca yang pernah mendengar nama Chef Faez yang mana beliau pernah viral atau tular dengan Kunafanya yang sungguh menyelerakan, manis dan sangat sedap. Baru-baru ini aku berpeluang sendiri berjumpa dengan Chef Faez dan menikmati hidangan yang tersedia di restoran beliau yang terletak di Kuala Lumpur. 
MAHU DIKENALI DI MALAYSIA
Berasal dari Syria, Chef Faez yang berumur 34 tahun ini khabarnya sudah menetap di Malaysia hampir 10 tahun! Tempoh yang lama ini menjadikan beliau cinta dengan Malaysia dan lebih menariknya selama 10 tahun itu, beliau tidak pernah keluar daripada Malaysia tetapi selepas ini mungkin akan ke negara Asia Tenggara yang lain untuk mengembangkan perniagaannya. 
Menyentuh tentang soal perniagaan pula, Chef Faez yang kini mempunyai dua buah restoran masing-masing di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan Alor Star, Kedah, Chef Faez turut bercerita tentang perniagaan minyak wangi, Habibi. Menurut beliau, rangkaian minyak wangi ini akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, dan beliau juga sedang mencuba untuk rangkaian produk penjagaan wajah dengan serum wajah sebagai produk pertama. 
MAQLUBA & KUNAFA DI RESTORAN CHEF FAEZ
Pada acara santai di restoran Chef Faez, kami menikmati makanan Syria seperti Maqluba Mix Chicken & Lamb dan juga Kunafa yang sememangnya semakin di kenali di Malaysia sebagai salah satu manisan popular dari tanah arab. 
Pendapat peribadi aku sendiri, maqluba mix chicken dan lamb ni memang sedap terutamanya nasinya yang penuh rempah dan sangat lembut. Ayam dan kambingnya pula jangan cakap, memang rasanya sangat empuk dan dimasak dengan cukup baik. 
Kunafanya pula memang sangat sedap, manis dan kenyal, kejunya yang lembut dan sangat segar. Hidangan kunafa ni memang antara yang menjadi bualan ramai, terutamanya yang dihasilkan oleh Chef Faez sendiri


CEBURI BIDANG NYANYIAN & LAKONAN?
Sambil menikmati hidangan yang lazat, Chef Faez atau nama penuhnya Mohammad Faez, turut bercerita tentang cita-citanya untuk menghasilkan single nyanyian khas kepada rakyat Malaysia dan peminatnya. Beliau berharap agar masyarakat di Malaysia dapat menerima beliau apabila menceburi bidang nyanyian dan lakonan kelak

Ditanya tentang mungkin figura mana yang akan menjadi rakan duet, beliau menyatakan ingin berkerjasama dengan Dato' Alif Syukri. Beliau memilih Dato' Alif Syukri kerana figura itu merupakan  seorang yang sentiasa menjadi sebutan dengan perkara yang dilakukan. Apa yang dilakukan sentiasa tular dan menjadi bualan ramai. Tak sabar pula nak dengar lagu tersebut, bila ada lagu, nanti mesti ada muzik video pulak kan? 
Perancangan lain adalah untuk membuka lebih banyak cawangan dan lebih aktif dalam bidang perniagaan terutamanya produk minyak wangi dan produk penjagaan wajah


Mendengar ucapan dan cerita-cerita beliau yang cukup bertenaga dan bersemangat untuk mengembangkan perniagaan dan juga mahu namanya dikenali membuatkan aku sendiri respek dan bangga dengan Chef Faez ini. Aku berharap agar Chef Faez akan semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi serata dunia manakala perniagaannya akan berkembang lebih pesat

Kepada anda yang ingin mengikut Chef Faez di laman sosial, berikut adalah antara media sosial beliau;
Instagram : https://instagram.com/cheffaezTiktok : https://www.tiktok.com/@cheffaezFacebook : https://www.facebook.com/cheffaezFacebook : https://www.facebook.com/chefmohammadfaez


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/02/chef-faez-impi-jadi-penyanyi-dan-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Awal 2023 Penguatan Mata Uang Ri Lebih Baik Dibanding Malaysia Dan Filipina

Di Awal 2023 Penguatan Mata Uang Ri Lebih Baik Dibanding Malaysia Dan Filipina

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 385 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengatakan nilai tukar rupiah di awal 2023 menguat 3 89 persen dibandingkan dengan level akhir Desember 2022
Tengok Hidupan Laut Dengan Lebih Dekat Di Sea Life Aquarium Legoland Malaysia

Tengok Hidupan Laut Dengan Lebih Dekat Di Sea Life Aquarium Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 415 hits
Assalamualaikum Pergi Legoland tak lengkap kalau tak masuk SEA LIFE Aquarium Kebetulan pula hari tu cuaca pun hujan Nak buat aktiviti luar memang tak sesuai planning kami untuk masuk SEA LIFE Aquarium pada hari terakhir di Legoland berjalan...
Chef Faez Ingin Kembangkan Bakat Dan Nama

Chef Faez Ingin Kembangkan Bakat Dan Nama

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 349 hits
AM bersama Chef FaezBaru baru ini AlongMurni berkesempatan bersuai kenal dalam sesi Ramah Mesra bersama Chef Faez yang terkenal dan pernah Viral dengan Kunafa yang sehingga kini menjadi buah mulut dan perbualan hangat di media sosial Chef F...
How To Choose Acrylic Emulsion Malaysia For Construction

How To Choose Acrylic Emulsion Malaysia For Construction

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 408 hits
The production of water based construction paints is the objective of the acrylic emulsion process Because of the relatively high viscosity of this emulsion the production of other types of emulsion paint the formulas for which are presente...
Yura Yunita Raikan Sedekad Dalam Industri Seni Bersama Peminat Di Malaysia

Yura Yunita Raikan Sedekad Dalam Industri Seni Bersama Peminat Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 444 hits
YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA Assalammualaikum semua Yunita Rachman atau lebih dikenali sebagai Yura Yunita dilahirkan di Bandung Jawa Barat Indonesia pada 9 Jun 1991 Merupakan seorang penyanyi d...
Murray Hunter S Deep State In Malaysia

Murray Hunter S Deep State In Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 365 hits
Click here The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT By Syed Akbar Ali
Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang Di Pawagam 2 Februari 2023

Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang Di Pawagam 2 Februari 2023

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 409 hits
Tonton Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Februari 2023 Kisah tentang Special Task And Rescue atau Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim dibintangi pelakon Saharul Ridzwan Adlin Aman Ramlie Ha...
Anak Beranak Jaga Perbendaharaan Malaysia Bukan Milik Anwar Sahaja

Anak Beranak Jaga Perbendaharaan Malaysia Bukan Milik Anwar Sahaja

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 334 hits
agendaily com01 02 2023Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anak sendiri Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Ameerah Malaysia entiti kepimpinan wanita muda dalam PAS mempertikai pelantikan Naib Presi...
Kitchen Cooking Tool Set In Malaysia Essential Pieces For Every Home Cook

Kitchen Cooking Tool Set In Malaysia Essential Pieces For Every Home Cook

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 463 hits
Cooking is an art that requires the right tools to bring out the best in each dish In Malaysia cooking is a central part of the culture with local cuisine influenced by a mix of Malay Chinese Indian and Western flavors Whether you are a sea...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej