Yura Yunita Raikan Sedekad Dalam Industri Seni Bersama Peminat Di Malaysia


YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua. Yunita Rachman atau lebih dikenali sebagai Yura Yunita dilahirkan di Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada 9 Jun 1991. Merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu Indonesia berketurunan Sunda

Industri seni dari mana pun pasti mempunyai pelbagai kisah. Namun, bagi Yura Yunita ia adalah satu perjalanan yang mendewasakan beliau. Mula aktif di dalam dunia nyanyian dan komposer muzik sejak 2014. Melalui pelbagai ujian dari kecil. 
Dari rasa protes dengan kehidupan, beliau memilih untuk merawat diri dan menerima keadaan tersebut. Kemudian bangkit dengan lebih berani. Ini kerana, ujian kehidupan tetap ada. Bagaimana kita mengharunginya adalah cara kita dapat membantu diri kita. 
Bantu diri kita sebelum orang lain. Masyarakat akan terus menghukum walau jahat atau baik kita. Maka, sentiasa berbuat baik agar kehidupan kita lebih berkah. Begitulah konsep muzik Self-Help dari Yura Yunita tercetus. Dari pengalaman kehidupan dan healing journey. 
YURA YUNITA RAIKAN SEDEKAD DALAM INDUSTRI SENI BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA


Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur dianjur oleh Renjana Idea dan disokong oleh Wardah Cosmetics. Ini merupakan Konsert Pertama dan Solo Yura Yunita. Sebanyak 17 lagu akan dipersembahkan. Kesemua lagu itu adalah lagu sepanjang 10 tahun beliau di dalam industri seni. 
Persiapan Konsert Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur telah bermula sejak 2 bulan yang lalu dan terus berlatih. Kejutan pada malam ini adalah penyanyi jemputan yang bakal berduet bersama Yura Yunita

Karya Self-Help dari proses Yura melalui kehidupan. Healing Journey di Bali. Insecure, Hormonal Inbalance. Kita perlu menyembuhkan diri dari dalam dan menerima trauma dan luka lama. Berdamai dengan masa kecil. Belajar untuk Sabar. Apa yang terjadi di dalam kehidupan peribadi menjadi isnpirasi untuk menghasilkan sebagai lagu. Agar ia menjadi inspirasi dan bermanfaat buat semua pendengar

10 lagu dari album Tutur Batin adalah dari pada pengalaman peribadi. Piawaian industri muzik suatu ketika dulu menginginkan banyak kriteria dari segi kecantikan, warna kulit dam lain-lain. 
Kita perlu suarakan isi hati. Maka, ia terhasil dari proses perjalanan. Semakin ramai cuba menghalang. Jalan jauh sendiri dan terus berjalan sehingga berjaya. 
Mendiang Glenn Fredly merupakan mentor yang membawa Yura ke dalam industri muzik. Berkarya perlu ikhlas dan dari hati. Kesederhanaan dalam terus berkarya lebih menenangkan. Jangan lupa asal usul. 
Susunan muzik pada Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur berbeza dari Album dan dari Indonesia. Ada surprise. Memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert pertama. Ia hadiah buat peminat. Selepas Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita akan lakikan jelajah di Indonesia selepas bulan Ramadan

PERTUNJUKAN TUTUR BATIN LIVE CONCERT KUALA LUMPU 2 FEBRUARI 2023
Yura Yunita tunai janji buat peminat di Malaysia Hampir 10 tahun mencipta nama sebagai anak seni, ternyata nama Yura Yunita tidak lagi asing buat peminat muzik di Indonesia dan Malaysia. 
Terkenal melalui lagu lagu ciptaannya yang cukup puitis, setiap karya bekas peserta pertandingan realiti, The Voice ini juga bagaikan magis yang mampu menjadi penyembuh jiwa buat si pendengar. 
Bakal membuat Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, ternyata ini merupakan momen penting buat penerima anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik pada Anugerah Anugerah Musik Indonesia 2022.

Berkongsi perasaan teruja untuk bertemu dengan peminat di negara ini, jelas Yura tempoh dua tahun menyimpan impian untuk beraksi secara langsung di hadapan peminat di Malaysia membuatkan dia cukup bersyukur diberikan kesempatan ini. 
Tambahnya, konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur ini juga merupakan lokasi pertama jelajah konsertnya

“Menjadi impian terbesar saya untuk mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Jadi ini adalah antara impian yang direalisasikan, saya sangat bersyukur dengan komitmen yang diberikan semua pihak dalam menghasilkan konsert ini

“Paling indah, Kuala Lumpur juga merupakan lokasi pertama konsert sebelum ke lokasi lain. Semoga dengan penghargaan kecil ini dapat melunaskan hutang saya kepada peminat di sini yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya

Menjadikan curahan jiwa sebagai bekal dalam karyanya, penyanyi berusia 31 tahun ini juga memberitahu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas terbaik buat dirinya berkongsi apa yang dilaluinya bukan sahaja sebagai seorang anak seni tetapi seorang wanita dan juga isteri

“Sejak album pertama sehingga Merakit dan kini, Tutur Batin, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya. 
"Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi pentas saya dan peminat berkongsi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh berliku, tetapi tidak pernah patah semangat untuk sentiasa berjuang. 
Soalnya setiap daripada kita mempunyai dugaan berbeza, sama seperti saya. Cumanya saya diberi kelebihan untuk berkongsinya melalui lagu-lagu ciptaan saya yang akan saya persembahkan kepada peminat saya di Malaysia,” katanya

Merupakan rakan duet mendiang Glenn Fredly untuk lagu, Cinta Dan Rahasia, Yura yang juga penerima anugerah Pencipta Lagu Terbaik pada Anugerah Musik Indonesia 2017 (AMI 2017) dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik (AMI 2018) akan membawakan lagu-lagu terbaiknya pada konsert tersebut antaranya Tutur Batin dan Dunia Tipu Tipu

“Dua tahun saya menantikan saat ini, jadi saya janji untuk memberikan yang terbaik buat penonton di konsert ini.Saya juga memohon peminat saya untuk hadir memberikan sokongan kepada saya

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak penaja Wardah yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghiburkan peminat di sini,” katanya. 
Sementara itu Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati membawa Yura ke Malaysia dalam menjawab permintaan peminat penyanyi ini yang mahukan Yura mengadakan persembahan di sini

Yakin dengan kemampuan yang dimiliki penyanyi kelahiran Bandung itu jelas Aliya Arisya Anuar pihaknya yakin Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan memukau peminat di Malaysia

"Karya Yura mempunyai aura yang kuat dan selalu berbicara mengenai semangat dan inspirasi dalam kehidupan

"Karyanya banyak menyentuh mengenai kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita agar kuat percayakan diri

"Lagu seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia dan Tutur Batin antara bukti karya Yura memberi inspirasi kepada kita. Disebabkan itulah, Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam konsert nanti," katanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/02/yura-yunita-raikan-sedekad-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Peminat Di Malaysia Henry Lau Kongsi Sedang Bercuti Di Pulau Pinang Kini

Rindu Peminat Di Malaysia Henry Lau Kongsi Sedang Bercuti Di Pulau Pinang Kini

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 129 hits
Mengejutkan ramai peminat di Malaysia penyanyi Henry Lau berkongsi bahawa dia sedang berada di Pulau Pinang kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 7 Februari Henry Lau telah memuat naik beberapa fotonya di laman Instagram dengan kapsyen yang d...
Yura Yunita Jalan Pulang Chord

Yura Yunita Jalan Pulang Chord

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 292 hits
OST Jalan Yang Jauh Jangan Lupa Pulang ChordC F Fm C jalan yang jauh Fjangan lupa pulang Dm pesan pesan yang Fm C C Cselalu saja terngiang C ku terbang jauh Fkepak tak berbilang Dm lewati awan dan G C C Cangkasa tak berbayang Dm Emcari menc...
Song Kang Batal Perjumpaan Peminat Di 5 Negara Termasuk Malaysia Tapi Kenapa

Song Kang Batal Perjumpaan Peminat Di 5 Negara Termasuk Malaysia Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 113 hits
Rasanya ramai yang tak sabar menantikan kedatangan Song Kang ke Malaysia untuk menjalani perjumpaan peminatnya kan ARTIKEL BERKAITAN Walau bagaimanapun terdapat berita sedih yang dikongsikan oleh penganjur Song Kang Asia Fan Meeting Moment ...
Senarai Kasut Hiking Terbaik Murah Malaysia 2023

Senarai Kasut Hiking Terbaik Murah Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 148 hits
Senarai Kasut Hiking Terbaik Murah Malaysia 2023 ANDA seorang pengemar sukan lasak dan melakukan aktiviti hiking di luar Apakah jenama kasut Hiking Terbaik di pasaran Malaysia bagi tahun 2023 Perhatian buat anda pencinta dunia hiking yang i...
Gambar Di Sekitar Teriang Di Pahang Di Malaysia

Gambar Di Sekitar Teriang Di Pahang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 382 hits
Teriang atau Triang Tedi tak pasti mana satu ejaan yang betul adalah pekan terhampir dengan Felda Sungai Lui Negeri Sembilan walaupun ia terletak dalam negeri jiran iaitu Pahang Darul Makmur Memandangkan ia pekan maka Teriang mempunyai kemu...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke