Check In Di Ksl Hotel Resort Johor Bahru
Check In Di KSL Hotel & Resort Johor Bahru | Hai Readers, Assalamualaikum..
Harini nak tepek pasal duk menginap dekat hotel la. Al-maklumlah, orang jarang jarang dapat peluang nak check in hotel tuk bercuti kan. Bila dah merasa, jom ler kita share. Cerita pengalaman sendiri. Entri throwback aje la ye. Sementara masih belum lupa.
Pada hari jumaat 07.02.2020 cik Mimi satu family check in di KSL Hotel & Resort. Sebab ddy diorang ada nak join 1 program seminar. So peluang kitorang la nak merasa tidur dekat hotel again.
Actually ni first time masuk KSL Hotel & Resort. Dok pikir sebab nama dia gah, so mesti harga dia pun mahal kan?
Disebabkan malas lah nak pusing cari hotel lain, so tawakal je lah. Sebab ada juga tengok di Traveloka harga semalam berapa. Tapi tak booked pun disitu. Tunggu respon ddy Dorang.
So sampai KSL hotel, tanya juga masa di Lobby. Berapa harga semalam. Then katanya Rm150 semalam. Untuk Superior Room. Rasanya laaaa.. Cik mimi tak tau sangta jenis jenis bilik. Haha.. Then kami inform nak keluar esoknya pukul 6petang. Katanya tambahan Rm70. So total Rm220.
Kami decide ambil je sebab harga still berbaloi. Before this kami menginap di hotel lain, harga sangat mahal. Bilik pun kecik. Terasa sangat sangat berbaloi pilih KSL Hotel ni.
Banyak juga kemudahan yang ada di dalam KSL Hotel & Resort Johor Bahru ni tau. Dalam satu bangunan ada Mall. Teruja sekejap. Tesco pun ada okeh. Mudah sangat! Tapi cik Mimi tak beli pun barang disitu. Means barang makan semua. Sebab dah get ready bawa dari Mersing. Orang kata standby semuanya siap-siap.
Hari jumaat tu lepas register, turun meronda di Mall pulak. Cari food court tak jumpa pulak. Dah terjah L2 (Level 2)
Mungkin ada tersorok kut. Sebab tempat terlalu besar. Puas musing sampai naik lenguh kaki. Zhareef cakap dah penat. Last-last kitorg keluar ada kedai mamak, singgah situ la. Sebab kedai sekitar depna hotel banyak kedai makan cina je.
Berbaloi pilih KSL Hotel & Resort ni sebab segala kemudahan ada dalam satu bangunan. Ada Tesco, Popular, Mr.DIY, Watson, KFC, Pizza Hut, Sushi, ehhh banyak lagi lah. Tak ingat semua dah.. Kalau terlupa bawak charger pun don't worry. Bersepah dijual dalam tu. Nak shopping baju pun boleh aih..
Janji ada duit aje..
Macam harga Rm150 untuk bilik macam cik Mimi ambik ni, dia takde sediakan breakfast. Ni takde hal la. Sebab anak anak pun bangun lewat. So makan je apa ada. Cuma kalau tak silap ada bagi free SPA rasanya di Tingkat 7. Tapi tak dapat nak ke sana sebab program ddy Dorang sampai petang. Kecuali ddy Dorang ada boleh handle kan.
Lagi 1 sejenis cik mimi ni, takut nak turun naik lif sendirian. Seram. Cerita pasak lif nanti cik mimi share lagi. Haha
Okay, program ddy zara zhareef bermula hari sabtu jam 8.30pagi. So ddy nya tu keluar pun dalam 8.15 macam tu. Kan mudah duduk dalam 1 bangunan, kalau lain hotel satu hal berkejar nak ke sana kan..
Program berlangsung sampai petang pulak tu.
Kitaorang duduk melepak aje dalam bilik puas puas. Malas nak keluar. Malas juga nak ke theme park. Kena bayar. Makan pun apa ada je. Dah kata alang alang teman ddy dorang, mama dorang ambik peluang la nak rehat puas-puas.
Sampai la ke petang pukul 6. Barang dah kemas. Anak anak semua dah selesai mandi semua. So tunggu jugak la mana ddy dorang tak sampai lagi.
Nervous jangan kata. Sebab dah janji nak checkout jam 6 kan. Actually program selesai dalam plan jam 5.30petang.
Sampai ke 6.15 pihak lobby dah call suh checkout. Masa tu memang nak turun juga dah. Walaupun ddy nya tak habis lagi. Nervousnya sebab takut nak naik lift. Tapi tawakal jugak la. Sebab nak pegang 3bag. Dengan anak lagi. Risaunya kalau anak tercicir. Fuh masa ni gigil 1 badan usah dikata. Dengan tak makan benda beratkan. Cuak dia tu sampai naik pucat muka.
Ddy dorang cakap suruh turun tingkat 7. Tempat program dia berlangsung. Kami masa tu di tingkat 14. Masa tu dia punya tawakal, memang mintak anak anak pun elok baik je la. Suruh zara pegang tangan adik. Mama pegang tangan adik juga.
Alhamdulillah dapat turun dengan baik. Memang la takde apa masalah. Tapi dengan keadaan tangan penuh barang, anak anak lagi. Memang tak pikir apa dah. Harap anak tak cicir je.
Plannya sebelum balik nak masuk tesco beli barang. Tapi semuanya leburrrrrr.. Tak terpikir dah nak cari barang lepas checkout. Sebab dah lewat. Perut pun dah lapar. Terus la kitorag gerak balik Mersing.
View Waktu Pagi
Secara keseluruhan, best sangat sangat dapat menginap di KSL Hotel & Resort Johor Bahr]u ni. Berbaloi dengan harga, then dapat bilik dengan view yang sangat sangat indah. 😍
Paling best sebab view dia tu la. Puas tengok waktu malam ke, siang ke, cantik je. Tapi bilik just cermin je, dia punya gayat tu... Terbayangkan badan jatuh melayang!
So kalau sesiapa berpeluang ke KSL Hotel & Resort, memang best sangat la. Don't worry. Harga masih mampu milik. Memang terbaik..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2020/02/check-in-di-ksl-hotel-resort-johor-bahru.html