Che Nah Sujud Syukur Di Atas Jalan 35 Tahun Mohon Lesen Berniaga Akhirnya Berjaya
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga melakukan sujud syukur di atas jalan di depan kedainya kerana terlalu gembira dan terharu mendapat lesen perniagaan selepas menunggu 35 tahun mengusahakan mengusahakan perniagaan trak makanan di ibu kota.Lebih istimewa, lesen perniagaan milik Minah Awang, 71, atau lebih dikenali sebagai Che Nah yang berniaga nasi dagang di Jalan Medan Setia, di sini, diberikan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.Che Nah yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, ini berkata memperoleh lesen perniagaan adalah perkara yang paling diidamkan sepanjang bergelar peniaga dan tidak sangka ia diberikan sendiri oleh menteri.
Beliau tidak sanggup lagi berdepan pelbagai halangan seperti trak makanannya ditarik pihak berkuasa ketika belum sempat hasil jualannya dibeli oleh pelanggan."Sudah 35 tahun makcik berusaha untuk mendapatkan lesen, apabila menteri sendiri bagi lesen, makcik bersyukur dan ucap terima kasih, lama dok idamkan benda ini...bersyukur."Macam-macam makcik lalui dah, kena saman, kena tarik lori....kadang-kala itu tak sempat jual kejab penguatkuasa dah datang dan ambil."Ada sampai 10 kali rasanya lori kena tarik."Bagaimanapun, makcik tidak berputus asa dan bertawakal kerana ingat bumi Allah ini tempat cari makan. Makcik wajib cari makan jadi makcik tak takut, " katanya ketika ditemui selepas menerima lesen perniagaan dengan kelulusan sementara itu, di sini hari ini.
Pada masa sama, Che Nah yang juga seorang ibu tunggal berkata, dia sendiri memandu trak makanannya, selain memasak sendiri juadah jualannya dengan seorang pembantu.Katanya, dia memang suka berniaga apatah lagi perniagaan berasaskan makanan sejak dari muda lagi kerana lebih gemar hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan ahli keluarga lain.
"Makcik memang tak suka bergantung kepada orang lain, adik beradik atau anak...makcik tak mahu menyusahkan mereka, " katanya yang turut mempunyai anak mengikut jejak langkahnya yang suka berniaga.
Begitu getir penjaja kecil seperti Che Nah mencari rezeki, sebak bila tengok Che Nah sujud syukur-KM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.krissmerah.com/2020/06/che-nah-sujud-syukur-di-atas-jalan-35.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+krissmerah+(Kriss+Merah.com+(Blogger+Melayu))